🐝 6 - Cekci.

32.5K 595 2
                                    

APA maksud mama tadi? Zafran benar-benar ingin penjelasan tetapi Haura pula yang tiba-tiba muncul dan membuatkan Zafran menelan liur yang kesat.

Er kenapa lah minah ni comel sangat?

"Morning Ma, Morning ibu" Selambe badak dia sahaja wish morning. Padahal sudah jam 5 petang dah ni. Pukul 2 petang tadi sampai ke rumah Mama Roz, dia terus tidur.

"Morning Haura" Puan Zaleha membalas loyar buruk menantunya manakala Mama Roz pula hanya menggeleng melihat telatah anak bongsunya itu.

Tetapi Zafran?

"Ehem Zafran. Kenapa tak berkedip mata tu?" Tegur Mama Roz.

"Apa dia ma?" Matanya masih tidak dikalihkan daripada memandang tubuh Haura.

"Kenapa kau pandang aku macam tu?" Soal Haura pula dengan mata digosok-gosokkan berkali-kali. Baru bangun kan.

"Hahaha sorry sorry. Pahal kau comel sangat ni Haura?"

"Comel? Apa yang comelnya? Kau ni pelik-pelik aje. Dahlah aku nak keluar ke depan sekejap. Nak ambil angin"

"Jangan Haura! Pergi tukar baju dan jangan lupa pakai tudung dulu. Nanti terkejut orang kat luar tu, ingat orang utan mana terlepas dari zoo"

Pesanan Zafran tadi membuatkan dia tersedar yang tadi dia hanya keluar dari bilik tidur dengan pakaian tidurnya. Huwaaaa malunyaaaaa!

"Diam la" Dan sepantas kilat Haura berlari masuk ke dalam bilik semula.

"Hahaha budak-budak" Mama Roz menggeleng.

"Dah besar lah ibu"

"Eleh besar apa bendanya? Asyik menyakat aje kerjanya... Lepastu kenapa terkejut sangat tengok Haura tadi? Bukan kamu tidur dengan dia ke tadi kat bilik dia?" Soal Puan Zaleha

"Hehehe tak. Saya tidur bilik atas. Haa mama, share lah apa apa story tentang Haura ma"

*******

HAURA POV

Aku keluar dari bilik dalam keadaan mamai. Series beb aku penat dan mengantuk gila. Dah lama tak drive balik JB. Bila balik ni, memang rasa penat sangat.

Ceh padahal setiap kali balik memang aku Qada' tidur. Bak kata mama setiap kali aku balik, aku akan Qada' tidur yang sepuluh tahun lepas

Selepas aku wish morning dekat mama dan ibu baru aku perasan yang Zafran di situ. Yang peliknya kenapa dia pandang aku semacam aje? Lepastu boleh pula dia kata aku comel? Aku rasa macam aku masih tidur dan masih bermimpi sebab suami kesayangan aku tu puji isteri dia ni.

Aku minta diri nak keluar ambik angin kat depan tapi...

"Jangan Haura! Pergi tukar baju dan jangan lupa pakai tudung dulu. Nanti terkejut orang dekat luar tu ingat orang utan mana yang terlepas dari zoo" Aku rasa nak tutup muka ni. Macam mana aku boleh cekci depan Zafran?!

Aku cuma memakai gaun tidur mickey mouse tanpa lengan dan labuhnya sehingga separuh betis. Maksudnya betis aku terdedah lah juga?

Can you imagine that?! Hanya mama dan bibik aje pernah tengok keadaan aku macam ni. Tapi harini? Zafran. Sobsobsob.

Imperfect WIFE ✔Where stories live. Discover now