78 - Muntah.

20.4K 418 10
                                    

Vote 🌟 , Thank you! hehehe.       



"DAHLAH tutup lah mata tu. Tidur. Dah malam ni sayangggg" Punggung isterinya ditepuk-tepuk dari tadi lagi. Entah kenapa tidur lewat pula dia malam ni. Padahal mata Zafran dah berat sangat ni. Tadi tepuk tu pun mata bukannya bukak pun.


"Hmm tak boleh laaaa" Dikalihkan badannya menghadap Zafran. Matanya berkelip-kelip memandang Zafran yang menepuk punggungnya dalam keadaan mata yang tertutup.

'Hmm kesiannya laki aku ni. Tapi aku takboleh tidur.' Tepukannya terhenti.

Dicuit hidung Zafran "Hmm sayang. Tidurlah" Zafran menarik selimut ke paras dadanya dan maksudnya sampai kepala Haura!


"Abaaaaaang. Lemaslah sayaaaaa" Haura cuba keluar dari selimut tetapi pegangan Zafran pada pinggir selimut amat kuat.


"Abaaaaaaanggggggg. Saya gigit perut abang kang nanti"


"Gigitlah. Ingat takut ke?" Mata masih tertutup. Sungguh dia mengantuk. Seingat dia tadi sebelum tidur, jam menunjukkan 1pagi. Sekarang taktau lah sudah pukul berapa.


"Auuuuuu!!"

Terus Zafran bangun daripada pembaringannya. Haura betul-betul maksudkan apa yang dikatakannya tadi.

Ditarik bajunya ke atas kerana mahu melihat kesan gigitan Haura.

Gila lah Haura ni. Dracula ke manusia? Sakit wooooo. "Sayang ni nak kena ni" Terus ditindih tubuh isterinya.



"Err ab-anggg. Tepi-lah" Haura jadi gugup pula. Dia nak buat apa ni? Di-a dia nak sekarang ke? err

Zafran mula mendekatkan wajahnya pada dada Haura. Haura pula hanya mampu menutup mata. Hujung jarinya memintal-mintal selimut yang masih menutup separuh pada badannya. Makin lama badannya makin memberat dihimpap Zafran

Senyap. Tiada pergerakan.

Haura membuka matanya. 

Diperhatikan wajah Zafran yang disebamkan pada dadanya. 

Dah tidur rupanya. Patutlah senyap.

Diusap-usap manja rambut Zafran. Dibiarkan sahaja Zafran di atas badannya walaupun berat. 

Fuh berat.



*******

HAURA menuangkan air ke dalam dua gelas. Satu dihulurkan pada Ibu dan satu lagi dihulurkan pada Zafran tapi yang peliknya Zafran menggeleng tanda tidak mahu.


"Eh sejak bila kamu tolak susu HL Strawberry ni?" Soal ibu lalu memasukkan cucur udang ke dalam mulutnya. Boleh tahanlah bagi first or second try masak cucur udang ni. Lagipun menantu kesayangan yang masak. Mestilah dia puji.


"Taknaklah. Mana sesuai cucur dengan susu. Apalah sayang ni" Dilemparkan senyuman manis buat isterinya itu. Sungguh, aku dah terlalu sayangkan dia. Tak tahu lah macam mana hidup aku tanpa dia..

Imperfect WIFE ✔Where stories live. Discover now