36 - Urut

24.2K 495 7
                                    

KEPALANYA dilentokkan di bahu suaminya. Tangannya pula mengurut lembut tangan Zafran. Part pergelangan tangan kiri tu dia slow lagi sebab di situ kan pernah terseliuh tersepit pintu.

Siapa yang tak faham, boleh baca balik bab 6 - Cekci. Hehe.

"Sayang urut lah kuat sikit. Tak rasa pun" Zafran memegang tangan Haura.

"Eh mana boleh. Kat situ pernah terseliuh. Nanti terseliuh balik macam mana?" Soal Haura. Tangan kanan suaminya yang memegang tangannya dialihkan.

"Sayang ni. Yang terseliuh tu dah berapa bulan dah tu. Mesti dah baik lah"

"Hmm yeke? Tapi saya tetap taknak urut kuat-kuat. Nanti jadi apa-apa susah pula"

"Risau eh? Alololo nampak sangat dia sayang sangat kat kita hehehe" Sempat Zafran cubit pipi Haura

"Eii siapa sayang dia? Perasan" Lantas Haura berhenti mengurut dan bangun. Rasa-rasanya muka dia dah merah. Segan.

Isteri mana lah yang tak sayang suami Zafran oiiii.

"Eleh tak sayang konon. Tapi muka dah merah-merah dahtu abang tengok" Zafran masih galak mengusiknya. Haura menutup minyak panas yang digunakan untuk mengurut tadi.

"Bisinglah dia ni." Terus dia menapak ke atas. Minyak angin tadi dibiarkan sahaja di situ. Dia mahu ke bilik mereka. Makin lama dia di situ, makin menjadi-jadi lah Zafran akan mengusik.

"Hahahaha sayang! Merajuk ke segan tuuuuu"

"Abang tengoklah tv tu sorang-sorang. Byebye" Haura menjerit dari tangga.

Berani buat macam tu sebab ibu tak balik rumah lagi hehehe.



*******

Bad all day
Bad all day
It's a paradise
And its our war zone...

"Abang kenapa off? Bak balik Ipod saya tu" Haura mencuba mencapai Ipod yang bewarna Grey yang berada dalam genggaman Zafran.

"No. You can't use this Ipod anymore" Kata Zafran dengan muka yang serius.

"Hey why? That's mine abang!" Tanpa sedar, Haura tertengking suaminya. Tak sedar. Tak sengaja!

"Amboi sebab Ipod tak seberapa ni awak tinggi suara pada saya ya?" Zafran sudah bercekak pinggang.

"Hmm sorry la.... Tak sengaja.... betul... maaf.... Abang, bagi balik. Saya beli tu pakai duit gaji pertama saya waktu form 5 tau. Sayang sangat"

"Sayang kerja? Time form 5? Seriously?" Zafran duduk di sebelah Haura. Ipod masih dalam pegangan tangannya. Kata-kata maafnya tidak di ambil peduli oleh Zafran. Isu dia bekerja ketika berada di tingkatan 5 itu yang menarik perhatiannya.

"Yelah. Habistu takda buat apa sementara tunggu result SPM tu. Saya kerja lah.. abang give back my Ipod"

Haura lagi panik bila Zafran macam nak campak Ipod tadi ke lantai.

"Don't do that abang. Please" Matanya dah berkaca-kaca.

Zafran yang melihat keadaan isterinya begitu jadi serba salah pula. Ingatkan nak menyakat sikit je tadi.

"Sayang. Listen here. Don't cry over stupid or small things okay? Saya tak campak lah benda ni. Saya cuma pelik"

"Hmm okay..pelik? kenapa pula?"

"Pelik lah. Kenapa sayang nak dengar lagu kat Ipod sedangkan sayang boleh dengar live dari suami awak ni"

"Taknak lah. Nanti hujan lebat, saya juga yang susah" Padahal takut dia melt. Suara Zafran menyanyi sedap! Sumpah sedap!

Sebab dia selalu dengar Zafran menyanyi time di toilet, di  bilik, di pejabat dan dalam kereta.


"Eh sorry sikit ya. Suara husband you ni kan, belum masuk audition lagi diorang dah bagi hadiah juara tau!" Keningnya dijongket berkali-kali.

Uish betul-betul riak ni.

"Berlagak lah abang ni. Okay cuba abang nyanyi sikit. Baru saya boleh comment apa-apa. Cakap aje apa guna, kan?"

"Okay fine. Sayang yang suruh kan? Kalau melting jangan salahkan abang"

Haura melihat sahaja Zafran keluar dari bilik. Eh tadi kata nak nyanyi. Tu pergi mana pulak tu?






[575Words]

Hi guys ❤ Baca ni sekejap. Tau tau tau. Please?


Sebenarnya Imperfect Wife memang dah pernah publish tahun lepas. Kalau korang perasan lah hehehe. Tapi saya unpublish. Dan sekarang ni saya sedang publish semula bab demi bab. Satu per satu.


Tapi makan masa.


Kenapa makan masa?


Sebab saya perlu perbetulkan kesalahan ejaan, ayat, perlu perbaiki jalan cerita sikit. Mana yang kurang, atau yang perlu ditambah, mana yang tak berapa logik tu, saya bagi lah logik sikit. Sikit la. Hahaha. Dan macam-macam lagi lah saya betulkan.


Tapi... ada tapi lagi. Hehehe.

Jangan risau. Saya akan update setiap hari sama ada double or tripple. ❤ Mengikut keadaan

Apa-apa pun terima kasih sebab sudi baca cerita yang tak seberapa ni

Much love,
CORETANHATI ❤

Imperfect WIFE ✔Où les histoires vivent. Découvrez maintenant