45 - Menyorok.

18.2K 413 18
                                    

Vote 🌟 , Thank you. 



SEMINGGU KEMUDIAN


HAURA memuncungkan bibirnya. Sempat dia menjeling Zafran.

Zafran mencuba mencapai tangan Haura tetapi segera Haura menepis.


"Alaaa sayang... please. Takmau lah macam ni" Zafran duduk semakin rapat dengan Haura.

Haura menjarakkan lagi kedudukan mereka. Sekali lagi dia menjeling Zafran.


"Sayang merajuk eh tu?" Zafran mencuba untuk memegang dagu Haura.


"Ish mana ada merajuk lah. Takpayahlah pegang-pegang" Marah Haura.


"Lahh ada suara rupanya? Ingatkan bisu" Haura hanya mendengus. Dia geram grrrrrr


"Lah bisu balik? Sayang I yang manis lagi menarik tertawan kau memang deboom, cuba bagitahu kenapa sayang merajuk ni? kalau sayang tak bagitau, abang tak boleh pujuk"


"Gedik la nak letak deboom deboom tu...." Diberikan jelingan tajam sekali lagi. 


Zafran tidak tahu hendak cakap bagaimana lagi. Dia bukannya pernah bercinta. Mana lah faham ragam-ragam begini. Aduh pening pening.


"Abang hmmmm" Dilentokkan kepalanya di bahu suaminya. Lah tadi bukan merajuk ke? Hmm layankan aje la.


"Kenapa ni sayang? Hmm?" Diusapnya kepala Haura.


"Jealous hmm"  Haura mengangkat wajahnya memandang Zafran.


"Eh jealous? Kenapa ni? cuba cerita. Abang dengar, okay?" Zafran mengubah posisi duduknya. Kini dia duduk menghadap Haura.


"Okay now tell me" kata Zafran lagi.


"Zura... " belum sempat Haura menyambung ayat seterusnya, Zafran sudah menyampuk.

"Zura tu cousin aku aje. Aku memang rapat sangat dengan dia dari kecik lagi. Dari kecik dah habiskan masa sama-sama. Ke hulur ke hilir semua dengan dia. Sampai orang ingat kami adik beradik. Not more than that okay!  Kau tu tak payahlah nak cemburu buta bagai.Makin lama suara Zafran makin meninggi. Panggilan juga sudah ditukar. Tiada lagi sayang-abang.

Haura tersentak. Dah kenapa dia ni nak emosi pula ni? Cukup lah aku sorang je tadi emosi lebih.


"Ya.. saya tahu. Bukan saya cemburukan yang..."


"Dahlah aku nak naik" Terus sahaja dia naik ke bilik. Kemudian kedengaran pintu dihempas kuat


"Kenapa dia nak marah tiba-tiba? Stressnya aku... Dahlah aku tak sempat nak habiskan cerita..." Haura menekup wajahnya dengan cusion kecil. 



******

Pagi itu Haura bangun dari tidurnya agak lewat sedikit. Dia menoleh ke sebelah, tempat tidur suaminya. 


Bantal berselerak. Selimut tidak berlipat. Cadar tidak dibetulkan.


Pemalasnya dia ni. Perangai tu tak pernah nak ubah. Haura bebel sendiri.


Oh sekejap. Maksudnya Zafran tidur di sini lah malam tadi? Walaupun mood nya pada malam tadi seperti dilanda ribut angin taufan mengalahkan perempuan period.


Selepas menyusun bantal-bantal dan melipat selimut, Haura membuka baju tidurnya. Tak apa kut. Bukannya Zafran ada pun.


Belum sempat dia memakai towel dengan elok, dia dengar pintu dibuka dari luar.

"Abang jangan masukkkk" Jerit Haura.


Lagi lah Zafran masuk bila dengar Haura kata macam tu.

"Kenapa tak boleh ma-..."

Bantal peluk panjang dicampak ke arah Zafran dan dalam masa yang sama dia mengambil peluang itu untuk menyorok.


"Gila ke campak-campak ban- ... eh mana isteri aku ni ya? Siapa yang campak tadi?" Zafran berbicara sendiri. Seperti orang bodoh pula. Sudah tentulah isteri kau, Zafran! Korang berdua sahaja yang duduk di dalam bilik ni.


"Sayang? sayang? Ohhh sayang?" Terjerit-jerit Zafran memanggil Haura.

Aduh mamat ni cari aku ke? Janganlah dia datang sini. Aduhh

Haura panik. Sebenarnya tadi dia sorok tepi katil tu dalam keadaan berkemban dan berbaring. Ulang ye, berbaring!  Mana sempat nak lari.

Lagi satu. Kenapa lelaki ni tercari-cari dia? Bukan semalam lelaki tu marah-marah dia ke?



"Mana sayang ni? Nak main nyorok-nyorok eh?... okay, abang cari ni" Zafran menapak perlahan lahan ke arah bilik pakaian mereka.


"Eh takda pun. Hmm takpe sayang. Abang cari kat sini pula..."

Haura gelabah sebab suara suami dia macam makin dekat dengan katil. Haura hanya mampu memejamkan mata dan beristighfar berkali-kali. Huh rasa nervous dia ni macam tengah tunggu giliran untuk ujibakat Kilauan Emas.

Eh jap kenapa Kilaun Emas? Aduhh author ni pun! Aku muda lagi kot !



"Sayang ma-..."



[612Words]


Imperfect WIFE ✔Where stories live. Discover now