66 - Keputusan.

16.3K 470 46
                                    

Thankyou reader yang comment. Love yaaa 💞  Nak mention satu-satu banyak pula hehehehe.  Apa-apa pun, terima kasih untuk semuaaaa!  So here we go the real chapter 66.        


----------------------------


Vote 🌟 , Thank you hehehe



ZAFRAN menapak masuk ke biliknya. Suis lampu didinding di tekan. Terang benderang satu ruang biliknya. Di sudut hatinya, dia amat berharap agar ada suara yang memarahinya kerana buka lampu dan ganggu dia tidur. Tapi sayang, masih tiada lagi suara itu. Haura masih belum kembali ke bilik tidur mereka berdua sejak seminggu yang lalu. 


Ya, sejak mereka mula melancarkan perang dingin.

Ah, dia juga yang bodoh sangat sebab tak reti jaga hati isteri sendiri. Ada isteri tapi keluar dengan perempuan lain. Memang lah sepupu tapi dia masih perempuan dan kau tak menyedari hakikat tu.

Sekali lagi keluhan berat dilepaskan dari bibirnya.

Dia menghampiri katilnya dan duduk di atasnya dengan posisi duduk bersila.

Macam mana ni? Perlu ke aku ikut kata ibu dan Haura? Aku akan bahagiakan Zura ke? Aku akan bahagia ke? Haura pula macam mana?

'ah peduli kan Haura tu. Dia yang nak kau kahwin dengan Zura tu. Kau tak nampak ke yang Haura nak buang kau dari hidup dia?' Satu suara berbicara



"Ahhhh serabut" bantal di kepala katil dicampaknya satu per satu ke lantai sehingga tiada lagi bantal yang tinggal.

Tidur tak berbantal. Malas nak ambil balik bantai kat lantai.

Dia ingin berbaring. Sebelum tu dia mengeluarkan phone nya dari poketnya. Terdapat satu message. Ah siapa pula yang message malam-malam macam ni?



FROM: Zura

2310

Aan I need you rn

Dah kenapa perempuan ni? Tak reti hormat masa orang tidur ke? Sempat dikerling masa message diterima. Pukul 11:10malam iaitu 10 minit yang lalu.

Dengan malasnya, Zafran menari-narikan jarinya di skin phone untuk reply message.



TO: ZURA.

2320
It's 11pm already Zura & I'm not going anywhere at this hour.

Phone ditukar ke mode silent sebelum dia melelapkan mata untuk ke alam lain.




*******

Haura berjalan perlahan-lahan ketika menuruni tangga ke tingkat bawah. Bilik suaminya adalah sasarannya kini.

Harap dia dah tidur lah. Fuh. Eh jap tapi kenapa bilik dia terang benderang ni?

Haura yang baru sampai di hadapan pintu bilik Zafran berasa teragak-agak untuk membuka pintu sebab dari luar lagi dah nampak cahaya lampu bilik ni.

Imperfect WIFE ✔Where stories live. Discover now