23 - Doa

19.3K 540 5
                                    

Vote 🌟 thank you ❤



DENGAN malasnya Haura bangun dan mara ke arah suaminya.

"Nak apa?"

"Keluar tak bagitahu pun"

"Tak sempat bagitahu, dah kena marah" Haura ingin ke kerusi bangku yang diduki makcik tadi tapi tangannya ditarik oleh Zafran

"Okay, I'm sorry. I didn't mean to do that..." Dia menunduk, mencari mata Haura.

"Okay whatever" Haura merungkaikan pegangan tangan Zafran tadi dan bergerak semula ke arah makcik.

Makcik tadi tersenyum manis seraya bertanya " Gaduh dengan suami ke?"

"er. Taklah makcik. Makcik, saya call number ni dulu ya?"

Haura mengeluarkan phone nya. Nasib baik bawak. Walaupun leceh sebenarnya jog and your phone at your pocket.

"Makcik lagi makan garam daripada kamu nak.. ada masalah berbincang lah baik-baik"

Haura cuma tersenyum. Tak tahu nak balas apa.

"Hello...ya saya Haura. Boleh bercakap dengan..."

Kata-kata Haura terberhenti di situ. Dia memandang makcik tadi.

"Izat" jawab makcik

"Oh ya maaf. Boleh saya cakap dengan Izat?"

... ... ...

"Okay maaf. Saya Haura. Encik Izat busy ke sekarang?" Soal Haura semula pada Izzat

... ... ...

"Meeting? oh takpelah macam tu. Pukul 8 nanti datang rumah saya. Ibu encik Izat ada dengan saya. Nanti saya mesej bagi alamat"

... ... ...

"Eh tak tak. Bukan saya culik. Saya borak-borak dengan ibu encik tadi di taman ni"

... ... ...

"Okay Waalaikumussalam"

Talian dimatikan. Dia memandang makcik tadi semula.


"Makcik. Makcik boleh tak jalan sikit? Rumah saya jauh sikit. Sebab tadi pun saya datang sini dengan jogging je. Nanti malam anak makcik datang rumah saya"


"Susah-susah kamu je nak... "


"Tak susah mana pun makcik. Jom makcik..." Haura memimpin tangan makcik tadi. Apabila lalu di sebelah Zafran, dia hanya menjeling tajam sahaja. Malas nak layan!




*******

9 malam

"Mana ni? Dah lewat sejam. Call tak angkat. Whatsapp bagi bluetick" Bebel Haura sambil menyelak sedikit langsir tingkap untuk tinjau keadaan di luar. Mana tau kot-kot si Izat tu datang ke

"Yang kau ni tak boleh rileks sikit ke? Gelabah aje. Nanti dia datang lah tu"

Haura menoleh ke arah empunya suara. Ceh pandai rupanya dia ni berkain pelikat dalam rumah bila ada tetamu. Kalau tak, tau pakai seluar pendek je takpun boxer. Iman aku yang tak berapa nak ada ni, asyik gugur ja.


"Lahh tadi gelabah semacam, sekarang sibuk pandang aku pulak. Macam nak tertembus badan aku ni kau pandang"

ops segera Haura mengalihkan pandangannya.


"Nak. Makcik rasa dah menyusahkan kamu pula menumpang di sini" ujar makcik sebaik sahaja sampai ke ruang tamu


"Eh takdalah makcik. Tak susah apa pun" Haura berlalu dari tepi tingkap untuk memimpin makcik tadi untuk duduk di atas sofa.


"Makcik duduk mana?" Zafran pula mengambil tempat duduk di sebelah Haura.

"Huh" Haura mendengus

Sofa ni panjang tau. Boleh masuk lima atau enam orang tapi kenapa dia duduk rapat gila dengan aku macam takda ruang dah kat sini.


"Ampang tinggi, Kuala Pilah" ujar makcik

"Eh bukan Selangor ke tu?" Soal Haura semula.

"Bodoh lah kau. Dah makcik kata kuala pilah tu, terang-terangan la bukan Selangor. Negeri Sembilan la!"

Haura tersentak. Dia panggil aku bodoh? B. O. D. O. H?? Like seriously ??

"Ya Allah kau kurniakan lah aku akal dan fikiran yang cerdik lagi bijaksana supaya tiada lagi orang memanggil aku bodoh ya Allah"

Tiba-tiba sahaja Haura mengangkat tangan untuk berdoa. Sengaja nak perli. Amekau!

Tidak semena-mena makcik meraup wajahnya dan mengaminkan doa tadi.

"Ameen"


"Err..." Zafran tidak mampu untuk berkata apa-apa. Hanya wajahnya yang mula naik merah sahaja yang menggambarkan perasaannya sekarang.

"Sayang makcik hehehe" kata Haura lalu memeluk bahunya.


[579Words]

Agak hambar, kan? huhuhu maaf saya ketandusan idea *nanges* 😭

Imperfect WIFE ✔Where stories live. Discover now