84 - poor you little darling.

18.1K 399 17
                                    

Vote 🌟 , Thank you! hehehe.  


TUBUHNYA berasa tak bermaya harini. Rasa terlalu lemah. Tetapi pada siapa dia hendak mengadu selain daripada pencipta-Nya? Tiada. Tiada siapa peduli. Hanya DIA sahaja yang ada sentiasa dan mendengar rintihan hamba-Nya.

Satu harini memang dia tidak melawat Kak Syafiqah. Bukannya dia taknak melawat tapi memang tak larat. Harini aktivitinya cuma tidur, solat dan makan. Oh ya dan lagi satu call Zafran walaupun satu pun panggilannya dibiarkan tidak berjawab. Dia tidak putus asa.


"Abang... bagitahu pada saya apa salah saya. Saya akan perbetulkan apa yang salah tu untuk gembirakan hati abang" Haura berbicara sambil merenung gambar Zafran di wallpaper phonenya.

Baby papa marah mama... apa lagi yang patut mama buat? Diusapnya perut yang masih tidak kelihatan lagi. Di sini bukti cintanya dan Zafran.

Terlalu banyak peristiwa yang dia lalui sepanjang dia menjadi isteri Zafran. Bila diingatkan kembali membuatkan Haura tergelak dan menangis.

Masih dia ingat betapa Zafran tidak mahu dirinya di awal perkahwinan mereka sehingga dia terpaksa melakukan bermacam-macam cara untuk tambat hati suaminya. Kelakar pula rasanya. Daripada guna cara biasa sehingga cara halussss.

Teringat suprise birthday party yang Zafran buat dengan kerjasama anak buah daripada pekerja-pekerja syarikatnya. Hari itu lah Zafran buat pengakuan tentang hatinya yang dah mula cintakan dirinya. Rasa sungguh bahagia.

Tapi siapa sangka kebahagian itu hanya bertahan sementara? Zura datang semula dalam hidup Zafran. Dia mengubah diri Zafran sehingga aku terpaksa membawa diri untuk memberi ruang pada Zafran untuk berfikir. Mujur sahaja semuanya sudah berakhir. Zafran ternyata masih memilih aku. Aku bersyukur. Aku sepatutnya jaga hubungan ini baik-baik. Tapi apa yang berlaku sekarang? Kenapa Zafran buat aku macam ni......

Ketukan di pintu mengembalikan Haura ke alam nyata. Haura gagahkan diri untuk bangun. Tudung disarungkan di kepala sebelum melangkah ke pintu rumah.

Terkejut Haura apabila melihat raut wajah yang sudah lama tidak dilihatnya di depan mata. Haris. Nasib baik dia tidak membuka grill. Kalau tak, mesti lelaki ni dah terjah masuk ke dalam rumahnya, kan?


"Kau nak apa lagi?" Haura mengalihkan pandangannya dari terus menjamah wajah Haris.


"Kau okay ke? Kenapa muka pucat? Jom kita ke klinik" Meluat pula apabila lelaki di hadapannya itu seperti berpura-pura kisahkan dirinya.


"Aku okay ja. Dahlah Haris. Kau nak apa? Sorry la kau tak boleh masuk. Suami aku takda kat sini"


"Aku nak jumpa kau bukannya jumpa dia. Buka lah grill ni. Bagi aku masuk" Lagi lah Haura geram. Suka hati dia ja nak masuk. Dia ingat dia siapa? Dahlah pernah memporak-porandakan hubungan dia dengan Zafran.


"No. Bye" Pintu dihempaskan sekuat hatinya. Sorry I need to be rude.


"Haura. Aku nak cakap tentang Zafran. Let me in. Aku tahu Zafran kat mana"

Kata-kata Haris telah manarik minat Haura. Dia kembali membuka pintu. Tetapi hanya sedikit sahaja dibukanya

Imperfect WIFE ✔Where stories live. Discover now