35 - Tarik muka.

24.9K 491 9
                                    

Vote 🌟 Thank you ❤



ZAFRAN POV

Lengannya dijadikan bantal sementara. Dia memandang Haura yang masih nyenyak tidur seperti baby. Cuma bezanya baby ni rambut panjang macam pontianak grr

Tak sampai hati pula dia nak mengejutkan Haura. Lagipun masih awal. Baru 4:30 pagi. Cuma dia yang tidak dapat tidur semula selepas terjaga tadi. Dia tahu Haura tidur lambat malam tadi.

Dia yang terlelap dulu memandangkan dia dah pernah tengok cerita Conjuring 2 yang dipilihnya. Jadi dia rasa mengantuk. Sedar-sedar je bila dia terasa ada benda berat atas paha dia.

Bila buka mata tengok Haura yang terlelap di atas pahanya.

Tv dah tutup dah. Jap jap, ni terlelap ke sengaja tidur atas paha aku ni?

Nasib baik bini.

Jadi dia mengambil keputusan untuk dukung isterinya yang sudah tidur itu ke dalam bilik mereka. Nasib baik lah dia ni ringan.

Mungkin berat dia dalam lingkungan 50kg kebawah.

Haura tidak bergerak langsung sepanjang Zafran mendukungnya masuk ke dalam bilik. Nampak sangat tidur mati.

Dia menongkat muka dengan tangannya.

Wajah Haura ditatap lama. Jarinya mula berani menyentuh kelopak mata, turun ke hidung, pipi dan akhir sekali ke bibir.

Rasa macam bibir tu memanggil-manggil suruh datang jeee.

Perlahan-lahan wajahnya didekatkan pada wajah Haura. Satu ciuman diberi pada bibir pink milik Haura. Lama.

Tiba-tiba dia rasa seperti ada gerakan. Alamak Haura!

Terus dia menjarakkan wajah.


"Shh shh sayang tidur tidur" Dia menepuk perlahan Haura supaya tidur semula.

"Hehehe betul-betul macam baby. Geram"




*******

"Dah puas tidur?" Soal Zafran pada Haura yang baru sahaja menapak ke halaman rumah. Dia tahu sebab dengar bunyi selipar. Pagi ni hanya ada mereka berdua sahaja di rumah.


"Hehehe puas. Abang kenapa semalam tak teman saya tengok Conjuring sampai habis? Bosan tau takda teman borak" Adu Haura sambil mengemaskan sedikit rambutnya.


"Lah tengok movie kan? Kenapa nak borak?" Zafran masih tidak mengalihkan pandangannya pada Zafran.


"Takdalah. Cerita tu tak seram sangat so, saya bosan" Dia tak jadi duduk sebaliknya datang dekat ke arah Zafran yang nampak busy dengan pokok bunga di laman.

Dia memegang dari belakang bahu Zafran yang sedang mencangkung itu. Kemudian dia turut buat perkara yang sama. Mencangkung di sebelahnya.

Muka handsome. Mat bunga. Ya itulah Zafran. Tepuk tangan sikit.


"Amboi kutuk abang lahtu? Tersengeh lebar semacam" Zafran mencucuk pipi Haura dengan hujung jarinya.


"Macam mana tahu?" Kata Haura sambil mengelap pipinya. Tangan kotor, sentuh muka aku haih dia ni.


"Eh betul lah ya kutuk abang? Fine lah. Macam ni lah isteri kannnn"

Mula dah tarik muka si Zafran ni. Pastu mulut tu dah muncung. Rasa-rasanya tinggal nak ambil hanger je untuk gantung kat situ.


"Alolo suami saya yang comel, handsome, baik hati lagi bergaya ni merajuk ke?"


Zafran cepat-cepat bangun dan mengubah posisinya membelakangi Haura. Malu lah kalau kantoi tersengeh lepas kena puji hehehe.


"Alaa abang pandang lah sini. Bunga tu lagi cantik dari saya eh?" Dipegangnya lengan Zafran.


"Hmm sekurang-kurangnya bunga tak kutuk sesiapa dalam hati" Bingkas dia berdiri berpura-pura untuk pergi.


"Alaaa abang ni. Saya main-main je la" Dipeluknya Zafran dari belakang. Kepalanya disandarkan pada belakang badan Zafran.

"Hmm" Zafran memusingkan tubuhnya menghadap Haura. Mata isterinya ditatap lama.

Dia tunduk dan dahi Haura dicium. "Pandai pujuk ek? Belajar dari mana?"

"Hehehe tahlah. Idea spontan. Abang tak merajuk lagi lah ni ya?"

"Tak tahan nak merajuk lama-lama lah sayang...dahlah jom masuk. Kita sambung kat bilik ya?"

Haura memandang wajah nakal suaminya. Dia masih kaku di situ. Taknak berganjak.


"Lah sayang, jomlah masuk. Abang main-main je. Takut sangat kenapa? Abang tahu, sayang tu tak sarapan lagi..."


"Fuh selamat. Okay, jom. Abang masak ke?" Mereka jalan beriringan masuk ke dalam rumah.


"Ibu masak sebelum keluar jumpa ahli persatuan dia tu. Nak harapkan suami awak ni sayang, mati kebulur lah jawabnya"


"Hahaha abang pun tak reti masak ke?" Hmm soalan dia tu.


"Yelah sayang. Macam sayang" Dipicitnya hidung Haura.

"Eyyy sakitlah. Dahlah meh sini duduk. Saya ambil pinggan" Aku memandang Haura yang mula bergerak ke rak pinggan.

Aku menyingkap tudung saji. "Okay sayang.. hmm sedapnya bau makaroni bakar ni"


"Abang. Buka lah tudung saji tu letak tepi. Jangan singkap macam tu"


"Sayang lah buat. Saya malas" Hehehe malas plus nak bermanja dengan isteri.


"Ish pemalas betul la" Haura membuka tudung saji dan meletakkannya di atas kerusi. Pinggan yang diambil tadi diletakkan ke atas meja.

"Guna satu pinggan je. Nak sayang suap" Entah kenapa harini aku rasa nak bermanja sahaja!

Manja ke gedik ke malas ni eh? Haha tak kisahlah. Bukan selalu aku jadi macam ni, kan?

Lagipun bolehlah aku tebus semula kesalahan aku semalam.


"Kenapa mengada-ngada sangat ni? Dari semalam saya perati je ni" Bebel Haura sambil menyenduk makaroni ke dalam pinggan.

"Mengada dengan isteri, nanti isteri saya tu yang dapat pahala tau" Zafran mengambil dua cawan dan menuang air teh o suam ke dalamnya.

Ceh cawan taknak pulak share.

"Yelahhhh. Dah dah shh jangan membebel"

Dan mereka pun makan bersuap pagi tu. See, pengantin lama pun boleh sweet sweet tau hehe.




[825words]

So, how guys? OK ke KO bab kalini? 😅

Imperfect WIFE ✔Where stories live. Discover now