73 - Pipi.

18.2K 431 21
                                    

Vote 🌟 , Thank you! hehehe.    



SEPANJANG Haura drive untuk pulang ke rumah, mata Zafran galak merenungnya sampai naik rimas dibuatnya! 

Bukan nak perasan, tapi memang Zafran di sebelahnya ni sedang memandang dia. Eh bukan pandang tapi merenung!

Rasa macam tengah JPJ Test!  Gerun!

Kenapa ibu ja tak duduk sebelah aku ni. Kenapa mesti dia? Kenapa?



"Sayang"


"Sayang nampak lain la. Makin cantik"


"Sayaaaang. Kenapa lain eh" Haura rasa terganggu pula. Dia ni lupa ke yang aku ada trauma kalau dalam kereta ni?


"Sayang" Dicuitnya pipi Haura dan serta merta Haura berhenti mengejut. Kereta di belakang tidak henti henti hon. Jadi Haura mengambil keputusan untuk berhenti di tepi jalan.

Nafas panjang ditarik sebelum dia mengalihkan badan memandang Zafran dan berkata sesuatu.



"Saya bukan nak berlaku biadab dengan awak lah ya, Encik Zafran. Tapi boleh tak kalau awak duduk diam-diam dan jangan ganggu saya pandu kereta ni? Saya bawa nyawa orang. Saya ulang ya. N.Y.A.W.A bukan patung. Jadi please"

Dahlah kacau aku date dengan ibu. Lepastu nak ikut balik pula tu. Padahal dia boleh je drive balik sendiri. Datang situ sendiri kenapa balik tak boleh drive sendiri pula?


"Okay, okay.. I'm sorry . Janji tak buat dah" Zafran mengangkat tangan kanannya seperti berikrar. Dengan muka bersungguh-sungguhnya. 

Alahai comelnya

Eh Haura kau puji dia?

Ish bukan selalu.

Haura senyum sekilas sahaja sebelum kembali memulakan perjalanan. Tetapi senyuman mati apabila teringatkan sesuatu.

Bersediakah aku untuk kembali ke rumah itu? Jumpa madu aku? Bersediakah aku?




******

SUDAH lima minit aku masuk ke dalam rumah ni, tetapi masih tidak kedengaran suara dia... Kelibat perempuan tu pun aku masih tak nampak.... 

Err Zura lah maksud aku.

Matanya melilau memandang sekeliling.

Keadaan ruang tamu masih sama. Tiada apa yang berubah. 

Bilik aku pula macam mana ya? Bersepah tak? Yelah dah lama dah tak guna bilik tu. Zafran nak ke bersihkan bilik aku? Entah-entah masuk bilik aku pun dia tak hingin.



"Haura maaf lama tunggu. Air panas tak masak lagi tadi. Jemput minum"

Ibu meletakkan satu dulang yang terdapat tiga gelas kosong, satu jug air kiwi. Eh kiwi kot? sebab hijau hehe.


Imperfect WIFE ✔Where stories live. Discover now