20 - Untuk Zafran.

20K 559 30
                                    

"ASAL kau ni bro? Pagi pagi dah ajak aku lepak mamak?" Soal Zikri

"Aku lapar lah. Ibu aku takda kat rumah" Zafran menguis-nguis dengan jarinya roti canai yang terdapat di dalam pinggannya.

"Buat apa ada bini kalau tak reti masak?" Pelik Zikri tengok si Zafran ni. Masam mencuka sahaja wajah sahabatnya itu. Sudahlah tak banyak bercakap seperti selalu.

"Hmmm" Zafran hanya tunduk.

"Dahlah, makan lah. Aku ada ni temankan kau"

"Thanks bro"

"No hal la"



*******

Jam 2 petang baru dia balik. Kereta ibu masih tiada di porch luar tu dan kereta Haura juga tiada.

Eh ke mana pula Haura pergi? Bukannya nak bagitau aku pun.

Dia duduk di sofa. Nak on tv. Tapi dia nampak sesuatu di screen. Ada sticky notes

Zafran bangun lantas mengambil sticky notes tadi dan membacanya

To : lovely hubby.

Aku keluar. Maybe balik lambat. Nanti dinner makanan sampai. Aku order Domino's dan jangan risau. Aku bayar.

Okbye hubby. Hug & kiss. Don't miss me.


"Jadah apa aku nak rindu kau? Haha" Sticky notes tadi di keronyok dan di baling di atas sofa di sebelahnya.


Zafran ke dapur. Dia buka tudung saji. Ada kuey tiaw pagi tadi.

Kuey tiaw diambil dan dimasukkan ke dalam microwave untuk dipanaskan semula.

Actually bagi Zafran, isteri dia dah pandai masak. Tapi dia malu la nak puji. Come on la takkan nak puji Haura? Ni Zafran okay

"Fuh dah panas. Sedap do. Nasib baik dia tak buang. Kalau tak, kempunan aku" Zafran makan dengan lahapnya sehingga licin.



*******

P

enat menjelajah satu shopping mall selepas habis kelas masakan tadi. Dia sanggup penat semata-mata mahu pikat hati suami sendiri. Kalau lah Zafran tak hargai juga, tak tahulah dia nak kata apa.

Kelas masakan tu sebab dia nak pikat perut dia. Nak ikat selera dia pada air tangan isteri.

Ubah penampilan sampai jadi 'hakak hipster' ni sebab taknak Zafran malu bila berdampingan atau keluar berdua dengan dia.

Semuanya untuk Zafran. Dia rela walaupun habis berjuta-juta. Ceh over. Takdalah sampai berjuta. Gajinya jika dikumpul setahun pun, belum tentu boleh mencapai  sehingga sejuta. Lainlah Zafran tu.


*******

Hampir 4 petang baru sampai ke rumah. Kelam kabut Haura mengangkat beg plastik barang-barang yang telah dibelinya tadi. Sakan sangat shopping sampai lupa solat.

Astaghfirullah...Ya Allah ampunkan aku!

"Ingat aku tugu ke?" Sergah Zafran

"Ish kau ni. Tepi lah. Aku nak cepat ni" Haura mencuba juga untuk lalu di celah celah yang ada ruang.

Zafran dah block pintu dengan berdiri di tengah-tengah sambil mendepakan tangannya di tepi pintu.

Hei la dia ni. Menguji kesabaran betul!

"Weh aku nak cepat ni" Haura membelek jam D&W di tangannya.

"Kau pergi mana? Petang baru nak balik?!" Soal Zafran lagi. Eh soal ke kalau suara memetir macam nak mengamuk

"Zaf sayang. Saya dah lambat sangat ni. Nanti saya jawab soalan awak ya? Nak dating dengan Tuhan ni, byebyeee!" Haura mencium pipi kiri Zafran dan Zafran terkejut sehingga melepaskan tangannya pada pintu.

Haura mengambil peluang keemasan ini untuk lari masuk ke dalam rumah.

"Hauraaa!!"


[495Words]


#votevote 🌟

Imperfect WIFE ✔Where stories live. Discover now