47 - Masak.

18.9K 395 5
                                    

Vote 🌟 , Thank you. 


"TERIMA kasih makcik, terima kasih abang Tahir" Haura memeluk Makcik Saleha sebelum pulang.


"Sama-sama. Terima kasih jugak sebab dulu adik kan pernah jaga mak abang. Kita sama-sama tolong kan? Tak gitu?" Kata abang Tahir, anak ke-3 Makcik Saleha.


"Betul tu nak.. jaga diri elok-elok. Nanti kalau nak berurut lagi, boleh call anak makcik ni ye? Dia boleh bagitau makcik nanti." Makcik Saleha menepuk perlahan bahu anak lelakinya.


"Kami balik dulu. Assalamualaikum dik" Dan kemudian Tahir bersalaman dengan suami si Haura, Zafran yang dari tadi muncung aje. Entah kenapa lah dia tu.



"Waalaikumussalam. Call atau whatsapp dengan dia bila urusan penting ja ya" Sempat Zafran bagi 'pesanan ringkas' untuk si Tahir ni.



"Erk ok. Bye..." mereka berdua masuk ke dalam kereta dan berlalu meninggalkan kawasan perumahan itu.



"Kenapa abang cakap macam tu? Buat malu je"



"Biarlah. Abang cakap benda betul je.. Dah dah jom masuk" Zafran menarik tangan Haura untuk mengajaknya masuk ke dalam rumah


"Eh ehh jangan la  tarik-tarik.... ni nak lock tak pagar ni?" Soal Haura.


"Tak payah. Kejap lagi ibu balik. Dia kata ada meeting persatuan dia tu malam ni...Jomlah masuk sayaaaaang" Dia menarik kembali tangan Haura supaya mengikutinya.

Aduhai nasib baik suami.



*******

Haura meletakkan sepinggan nasi yang telah disenduk dari periuk nasi. Ayam bahagian dada turut diletakkan ke dalam pinggan tadi.  Ayam masak kicap for today. Simple!


Baru sahaja dia mahu mencapai botol kicap


"Baaa"


"Allahh.. " Hampir terlepas botol kicap tadi! Diletakkan botol itu di atas meja


"Abang ni kan... eiiiii jahatnya. Nasib baik tak terlepas botol kicap ni. Kalau tak, berjahit lah kaki saya nan..."

Satu ciuman diberi di bibir untuk menghentikan bebelan Haura.


"Eh betul la kajian haritu. Ada satu aje cara untuk buat isteri yang membebel  ni senyap hehe" Ditariknya kerusi yang paling berdekatan untuk duduk.



"Eh sayang trauma ke kena kiss mengejut dari abang?" Zafran memandang Haura yang dari tadi memandangnya tidak berkelip.

Imperfect WIFE ✔Where stories live. Discover now