34 - Movie

36.2K 503 10
                                    

HAURA memandang ruang tamu yang kosong dari atas. "Mana dia ni? Takkan keluar lagi? Dah pukul 12 ni"

"Cari saya ke?" Sergah satu suara. Dari jauh pun suara macam raksasa!

"Allahuu!!" Aku mengusap dadaku. Ya Ampunnnnn. Dari mana pula si Zafran ni muncul.

"Eh sorry terkejut ke?" Zafran menapak ke tangga tempat Haura berdiri. Iyelah, dari tadi duk intai-intai dari tangga. So, Zafran tegur lah.

"Haha takdalah. Tak terkejut pun. Gembira ni. Tak nampak ke?" Haura buat muka annoying nya. Ish! Dah tahu lagi mahu tanya.

"Hahahaha sorry sayang. Jom turun teman saya tengok Movie. Siang tadi kita tak sempat tengok wayang kan?" Zafran menarik lembut tangan Haura untuk turun ke bawah, duduk di sofa.

Memang lah tak sempat. Dari pagi kau sibuk bershopping. Malam kau sibuk dengan si Zura tu pula.


"Amboi bila siapkan semua ni? Siap snek, air gas bagai" Ada dua bungkus Twisties perisa Cheese, satu botol air gas F&N yang tentunya perisa Strawberry dan dua gelas yang berisi beberapa ketul ais


"Tadi lah sayang. Tunggu awak bersiap, saya sempat hidang semua ni tau" Kata Zafran sambil menuang air ke dalam gelas.


"Eleh saya bersiap sekejap aje tau. Ha nak tanya ni. Kenapa tiba-tiba tukar nama panggilan ni? Buang tebiat?" Haura duduk di sebelah Zafran. Zafran bergerak duduk makin rapat pula.

Dia jadi terikut-ikut pula apabila Zafran membahasakan dirinya 'saya'. Tiada lagi kau-aku.


"Lama la. See saya sempat siap semua ni. Oh..panggilan? Saja je. Bila lagi kita nak ubah kan? Hampir 3 bulan kita kahwin tapi masih takda apa-apa perubahan. So why not we give ourselves chance to change. Haa gitu"

Zafran bangun semula untuk off lampu. Baru lah acah-acah wayang sikit hehe. Kemudian dia kembali duduk di sisi isterinya.


"okay bagus jawapan. Haura bagi lima bintang yeahh"


"Bajet Nora Danish lah sayang ni"

"Eleh biarlah. Daripada awak tu bajet Mario Maurer" Dijelingnya Zafran yang sedang memilih movie yang bakal mereka tonton.

"Ala bukan saya yang cakap tau. Ramai orang kata muka saya macam dia. Saya Redha dan tabah je lah. Ingat sis je boleh 'sis tabah'? bro pun boleh tau. 'Bro tabah'"

"Hahaha bangga diri sangat! Dahlah shh shh jom kita tengok ni. Awak senyap ya. Tangan tu pun senyap. Jangan nak buat kerja pula"

Sempat Haura bagi amaran.


"Alaa habistu kenapa awak pakai cantik-cantik kalau taknak bagi suami awak ni?" Haura memandang wajah monyok suaminya.

Comel! macam budak-budak.


"Gedik betul suami saya ni. Saya pakai baju tidur kelawar ni pun awak kata cantik? pelik betul lah... dah dah meh baring sini. Takmau monyok macam tu. Buruk tau tak?"

(Padahal comel taknak mengaku)



"Hmm yalah isteriku yang cantik. Saya senyum ni. Mesti comel sampai awak melting kan hehehe"

Haura cuma senyum.

'Awak buat apa pun, di mata saya tetap comel tahu? Hmm bila sayang memang semua indah'




[504Words]


Maaf masih bab yang agak pendek. Saya tak pro lagi. Tak mampu nak type banyak-banyak. Apa-apa pun thanks yang sudi comment hehe. I'll try to improve myself hehehe.

#votevote 🌟

Imperfect WIFE ✔Where stories live. Discover now