🐝 5 - Drive.

37K 694 4
                                    

Vote, thank you 🌟

----------------------------

DIA duduk di gazebo yang terletak di halaman rumah. Angin pagi yang menampar pipi membuatkan Zafran memeluk tubuh. Sejuknya walaupun sudah jam 10.30pagi.

Lepas membantu ibu mengambil begnya, Zafran keluar ke Taman Rekreasi berdekatan rumahnya. Dah turn on kot tadi. Ingat senang ke nak okay balik? Sobsobsob

So, better pergi taman. Melihat ciptaan Tuhan, keindahan, kehijauan. Baru lah benda tu boleh relax balik lepastu baru dia boleh balik ke rumah semula.

Tiba-tiba dia teringat semula peristiwa di bilik tadi. MasyaAllah. Dia pun tidak tahu bagaimana dia boleh bertindak seberani itu. Mujur sahaja Haura menolak badannya.

Memang tipulah jika dia mengatakan tidak kecewa apabila keinginanya ditolak oleh isteri. Tapi dia tahu, pasti ada hikmahnya.

Lagipula dia bukannya jenis suka memaksa. Dia juga tidak mahu jalankan tanggungjawabnya yang satu itu lagi tanpa perasaan cinta pada Haura.

"Yen. Macam mana aku nak cintakan dia? Aku tak boleh nak paksa hati aku, Yen." Yen hanya mengiau seperti menjawab soalan Zafran

"Haih kau ni Yen. Bagi lah jawapan bernas sikit" Kucing jantan bewarna jingga di hujung kakinya itu dipandang lagi.

"Meow meow"

"Kau ni kan Yen. Harap je comel tapi tak berguna. Sama macam tuan kau" Yen diambil. Didudukkan kucing jingga itu di atas ribaannya dan diusap manja. Terpejam-pejam mata Yen kerana menikmati sentuhan dan usapan Zafran.

"Hmm Yen, Yen"

************

"YEAYY jom jom!" Haura menarik tangan Puan Zaleha untuk duduk di tempat duduk di sebelah pemandu.

"Eh kamu nak duduk mana nanti kalau ibu duduk kat sini?" Soal Puan Zaleha dengan anehnya.

"Tempat driver lah ibu. Kenapa ibu?" Soal Haura semula.

"Eh bukan Zafran ke yang drive?"

"Kenapa ni ibu?" Soal Zafran yang baru sahaja selesai memunggah beg ke dalam bonet kereta. Boleh tahan banyak juga beg. Maklumlah ada perempuan.

Haura terus bergerak ke tempat pemandu. Dia masih segan dengan Zafran bila teringat peristiwa pagi tadi.

"Haura..." Lengan Haura pantas dipegang.

"Er ya? Kenapa?" Dia langsung tidak memandang wajah Zafran.Wajahnya dipalingkan ke arah Puan Zaleha.

"Biar aku yang drive"

"Err. Biar aku yang drive. Err.. k-kau kan tak tahu jalan" Haura kumpulkan kekuatan untuk memandang Zafran. Dia tersengeh-sengeh. Selepas itu, terus sahaja dia masuk ke dalam kereta di bahagian pemandu. Pintu ditutup dan seatbelt dipakai.

Kenapa dia gelabah dan takut semacam ya? Tentang peristiwa tadi ke? Terdetik pertanyaan di fikiran Zafran tetapi tidak mampu diluahkan.

************

"JAUH lagi ke Haura?" Hampir menjerit Haura dibuatnya apabila tiba-tiba sahaja Zafran menjegulkan kepalanya di tepinya. Ni sudah kali ke tiga dia bertanya soalan yang sama. Jauh lagi ke, jauh lagi ke arghh

"Haih Zaf sayang. Boleh duduk elok-elok tak? Sandar, pakai seatbelt tu. Saya tahulah awak kaya, mampu bayar saman. Tapi saya tahu awak tak mampu ganti nyawa kalau accident nanti" Haura tidak mengalihkan pandangannya langsung. Dia masih fokus pada pemanduannya.

"Kau tak jawab soalan aku pun. Membebel aje tahu" balas Zafran sambil bermain-main dengan tudungku. Tolonglah jangan macam ni Zaf. Saya tak cukup kuat untuk duduk sedekat ni.

"Lagi satu jam aje. Duduk diam-diam boleh tak? Rosak lah tudung saya ni. Penat tau lilit cantik-cantik"

"Cantik ke?" Sinis.

Haura senyap sahaja. Malas nak layan!!!!

********

MAMA Roz mengerling jam di dinding. "Sudah pukul 5 ni. Taknak bangun lagi ke budak bertuah tu? Melampau betul lah"

"Takpelah kak. Dia penat drive tu. Jom kita berborak-borak dulu. Sebelum-sebelum ni tak sempat saya nak kenal-kenal sangat dengan akak"

"Haah kan.. Jomlah kita ke ruang tamu" Pelawa Mama Roz pada besannya, Puan Zaleha.

"Nita, buatkan teh 'o' dua. Hantar ke ruang tamu" Sempat juga Mama Roz membuat pesanan pada interkom di situ yang membawa pesanan ke dapur.

"Baik Mama" Ibu yang kehairanan dengan sahutan tadi ingin membuka mulut bertanya sesuatu tapi Mama Roz terlebih dahulu menjawab.

"Mama tu panggilan saya dekat sini. Saya taknak lah mereka panggil saya Puan. Walhal ada yang umur lebih tua dari saya"

"Ohh macam tu rupanya" Tiba-tiba sahaja Zafran yang entah dari mana datang dan menyampuk.

"Zafran. Kamu ni kan suka sangat menyampuk orang tua-tua bercakap" teguran ibu bersama satu 'hadiah' ketam import dari Kuala Lumpur. Haa amekauu.

"Adududu sakit. Ibu, bila la ketam ibu ni nak pencen? Sakitnyaa" Pahanya yang dicubit tadi disapu.

"Hahaha kamu ni Zafran. Siapa suruh kacau lagi? Kan dah kena" Mama Roz turut terhibur melihat telatah anak beranak ni.

"Hehe sorry mama, ibu. Zafran bosan duduk dalam bilik sebab Haura tu tidur aje kerja dia" Bibirnya dicebikkan.

"Haura tu memang macam tu Zafran. Kalau balik sini, habis dia Qada' kan tidur dia yang sepuluh tahun lepas tu"

"Hahaha yeke Ma? Waa nampaknya banyak benda yang saya kena korek dari mama ni. Nanti boleh pekena dia. Ha padan muka dia"

"Heiii Zafran. Betulkan sikit niat tu" Sekali lagi paha menjadi sasaran ketam Puan Zaleha. Perit woo.

"Mama ini airnya. Jemput minum ya puan...eh tuan. Maaf saya tambah lagi satu cawan ya?" Pembantu rumah Indonesia tu terkejut sebab tadi dia mengatakan hanya ada dua orang tetapi sekarang ni ada tiga orang pula.

"Takpa. Saya tak minum teh. Nanti saya pergi dapur sendiri ya" Pembantu rumah itu mengangguk dan berlalu keluar dari ruang tamu.

"Akak, mana yang lain? Sunyi ja rumah ni dari kami sampai tengahhari tadi"

"Haha mesti pelik kan? Tapi macam ni lah selalunya. Sunyi aje. Anak ramai tapi masing-masing duduk jauh. Suami saya dan semua pembantu rumah aje lah penemannya" Mama Roz melemparkan senyuman manisnya.

"Mama. Maaf menyampuk lagi hehehe. Mama umur berapa? Nampak muda la" soal Zafran pula

"Haha yeke? Ke nak bodek mak mentua je ni?"

"Eh series mama. You look young. Like my mum hehe" Dipeluknya bahu Puan Zaleha.

"Oh haha really? 55. Dah tua dah Zafran. Rumah kata pergi, kubur kata mari"

"Mama, mati tu tak kira umur mama. Saya yang muda lagi ni pun tak mustahil boleh pergi dulu. Ajal tak kira masa dan tempat. Semua orang akan merasainya." Sempat pula Zafran menyampaikan ceramah ringkasnya hahahaha terasa macam ala ala pencetus ummah

"Tapi mama harap kamu tak pergi dari hidup Haura terlalu cepat. Dia terlalu banyak rasai kehilangan..." Mata mama Roz bekaca-kaca semasa mengungkapkan kata-kata tadi.

Apa maksud kata-kata mama tadi? Rasai kehilangan? Haura pernah tunang ke sebelum ni? Ke pernah kahwin dan kemudian suaminya meninggal?

Ishh merepek lah kau ni Zafran. Sudah terang-terangan status dia single sebelum berkahwin dengan kau. Bukannya janda atau balu.

"Apa maksud mama tadi?" Zafran benar-benar inginkan penjelasan dari Mama Roz sekarang tapi.....


************

Edited version : 9 July 2018

Imperfect WIFE ✔Where stories live. Discover now