70 - Pengecut.

17.2K 468 31
                                    

Kesian Zafran ramai marahkan dia hahahahaha! Come on guys, kasi chance lah sikit couple tu nak berbahagia hahaha werk *jelir lidah*

p/s: saya baca tau semua comment. Thank you! Love love love!

-----------------------



Vote 🌟 , Thank you hehehe   


"ZAFRAN teringat Zura?" Soal ibu pada Zafran yang dari tadi dia tengok sedang asyik duduk merenung kolam ikan buatan di halaman rumahnya. Rasanya Zafran tak minat pada ikan. Dia hanya minat bunga tapi lama dah tak nampak Zafran menanam pokok bunga yang baru. Yang lama tu pun seperti menunggu mati sahaja.



"Haah. Macam mana ibu tahu?" Zafran mengalihkan posisinya. Duduk menghadap ibu pula.



"Kalau kamu teringat Zura, kamu akan termenung jauh macam ni. Kalau teringat Haura, kamu menangis" Ibu menepuk-nepuk bahuku perlahan.



"Err. Ibu nampak Zafran menangis?" Zafran dapat rasakan pipinya bahang sekarang. Malu.



"Yelah sayang. Dahlah dengan ibu tak payah malu. Kecik-kecik dulu tu dah banyak kali ibu nampak kamu menangis"



"Alaaa ibu tu kecik lain lah. Malu la Zafran macam ni" Aku menepuk lembut paha ibu. Aduhai.



"Hahaha tak payah malu lah. Dahlah jom masuk. Kita sarapan sama-sama okay?" ibu menarik tangan Zafran dan Zafran meletakkan tangan kanannya di pinggang ibu. Mereka jalan beriringan masuk ke dalam rumah.



*******

"NAK call ke taknak? Call ke taknak?" Haura mundar mandir di hadapan pintu



"Kenapa ni Haura?" Hanis pula yang rasa macam nak halau Haura pergi dari sini padahal ni rumah sewa Haura. Dia saja datang menjenguk kawan dia yang dah lama tak jumpa ni.


"Harini birthday husband aku weh. Aku rasa nak wish dia tapi aku.." Haura duduk di sisi Hanis yang sedang duduk di sofa panjang.


"Dahtu? Call lah. Ke kau jumpa je lah dia. Sampai bila kau nak lari dari dia?"

Haura jadi serba salah pula bila Hanis berkata begitu. Dia bukan lari dari Zafran

'Eleh Haura kau lari dari masalah. Kau pengecut'

Tak aku bukan pengecut. Aku cuma tak sedia nak berjumpa dengan dia. Aku tahu bahawa dalam tempoh dua bulan sepanjang aku tiada di sisi Zafran, berbagai perkara boleh berlaku. Aku takut untuk menerima hakikat itu.



"Dahlah puasa dan raya pun kau tak sambut dengan dia... Apa salahnya birthday dia kau sambut sama-sama? Kau tak rasa seba salah ke? Time birthday kau, kau kata dia celebrate besar-besaran, kan?" Sengaja Hanis memprovok Haura. Penat dah dia bebel  dalam telefon waktu call, tapi macam takda kesan apa-apa. Jadi dia ambil keputusan untuk turun padang. Jumpa depan-depan harini. Mana tau terbuka hati dia untuk berbaik semula dengan suami dia.

Imperfect WIFE ✔Where stories live. Discover now