31 - Shopping

19.5K 529 2
                                    

"KAMU tak ke mana-mana ke harini Haura?" Soal ibu sambil tangannya lincah mengemas barang-barang yang telah digunakan untuk memasak tadi.

"Rasa emm macam nak keluar. Tapi emm Haura tak tanya Zafran lagi...emm sedapnya ibu Lasagna ni!" Haura menjawab dengan mulut yang penuh.

"Ajaklah dia keluar sekali sebelum dia keluar pergi pejabat pula. Tambah lah lagi. Ibu masak untuk makan, bukan untuk simpan" Ibu meletakkan lagi satu piring kecil berisi Lasagna di hadapannya.

"Dah dua pinggan dah ibu hehehe. Nanti nak resepi tau ibu? Nak try. Tadi nampak macam senang juga nak buat.. cuma banyak bahan" Bibirnya yang comot dilap dengan tisu.

"Tak payah bagi ibu. Terbakar dapur nanti" Haura tak menoleh ke arah suara pun. Tahu dah. Siapa lagi jika bukan Zafran?

"Hei kamu ni Zafran sepatutnya support lah isteri" Tegur ibu pada kata-kata Zafran tadi.

"Hmm yelah ibu. Sayang...nanti abang tolong sayang ya?" Kepalaku diusap kasar.

"Eii annoying la. Sini duduk, aku dah hidang semua ni lama dah. Kau lambat sangat" Tangan Zafran yang berada di atas kepalanya ditarik.

"Zaf. Jom keluar sekejap lagi. Bosanlah duduk rumah" Tak tahu lah ni kategori ajak betul-betul ke ajak-ajak ayam.

"Keluar? Kau ajelah. Aku nak pergi pejabat" Katanya lalu mengambil gelas yang penuh itu dan bawa ke mulutnya

'Dia ni tak muak ke asyik minum susu Strawberry ja'

"Lah hari Ahad pun nak kena pergi ke?" Soal Haura semula.
Hai lah dia ni. Tak reti duduk dulu ke sebelum minum tu

"Dahtu aku takda apa-apa nak buat, baik aku pergi kerja. Duduk rumah, menghadap muka kau dapat apa?" Gelas yang kosong diletakkan di atas meja semula.

Tersentak dia mendengar kenyataan yang telah keluar dari bibir suaminya itu! Cakap tu tak boleh nak berlapik sikit ke????

Dalam pada hatinya menahan marah dan sedih yang bercampur-baur, susu HL Strawberry ditambah lagi ke dalam gelas Zafran.

"Ehem Zafran. Jaga sikit kata-kata tu" Sempat ibu menitipkan pesanan sebelum keluar meninggalkan kami berdua di ruang makan.

"Kau nak pergi mana?" Soal Zafran semula. Kerusi di hadapan Haura yang kosong ditarik dan dilabuhkan duduknya di situ.

"Mana-mana aje lah Zaf. Aku bosan... " Sengaja dibuat-buat muka sedih.

Tapi sayang.. Zafran hanya menghadiahkannya satu jelingan tajam!

Okay okay fine!

"Takpelah Zaf. Aku keluar sorang jelah. Mana tau kot kot terserempak dengan Haris ke. Sebab Mama Roz kata Haris turun KL"

Sengaja dia petik nama Haris. Tau, Zafran tak suka dengan si Haris tu.

Ada ke patut dia kata Haris minat kat dia? Haris tu anggap aku macam adik dia aje

"Fine kita keluar. Aku bawak kau shopping baju raya kat Sogo" Zafran terus mengangkat pinggannya dan dibawa ke singki.

Wah cepatnya makan.

"Amboi Zaf awalnya. Puasa lagi berapa bulan. Lama lagi wooo" Rasa nak tergelak pula. Sebut nama Haris jadi macam ni pula hahaha.

"Awal-awal lah" Katanya sambil tangan sibuk mencuci pinggan yang digunakan tadi.

Satu yang dia suka tentang Zafran. Basuh pinggan sendiri selepas makan. Huhu.

"Lagipun time puasa tak larat nanti...." Sambungnya lagi

"Aku okay ja. Kau tu yang lembik" Dia terus menoleh ke belakang dan merenjiskan air ke wajahku!

"Hei hei. Aku pulak kena" Buang tebiat betul main renjis-renjis. Itulah dulu taknak buat majlis bersanding. Tak dapat lah peluang nak merasa 'direnjis' sewaktu sesi menepung tawar seperti yang sering dilakukan oleh pasangan pengantin yang lain.

"Dahlah. Nanti jangan lupa Iron baju aku tau. Aku pakai je apa yang kau Iron"

Eh pelik. Encik Zafran bukan ke cerewet?


"Okay" Balasku, ringkas.



*******

"HAURA meh lah try baju ni. Cantik lah" Lengan Haura ditarik-tarik.

"Yang ni ke? Eh gelapnya colour. Kau nak kita warna dark blue ke?" Soal Haura sambil membelek baju yang berada di tangan Zafran.

"Eh apa kita kita ni? Kau jelah dark blue. Aku nak pakai warna Maroon" Baju tadi dihulur pada Haura.

"Hmm why Zaf? Dahlah first time nak berpuasa dan beraya dengan suami. Bagi lah sedondon hmm" Huluran baju tadi tidak disambut Haura.

"Ngada-ngada lah kau ni. Yelah, sedondon. Try lah dulu tu. Cantik" Sekali lagi baju tadi dihulur.

"Yess hehehe sayang kau muah" Satu ciuman dihadiahkan di pipi Zafran. Baju di tangan Zafran diambil.

"Hei tak malu ke orang ramai tengok tu?" Terjegil matanya memandang Haura.

"Werk"


5 minit.

"Weh Zafran" Haura memanggil Zafran dari dalam bilik persalinan.

"Yes miss. May I help you?" Tegur suara seseorang di luar. Tapi suara dia nak kata garau tak garau sangat. Macam perempuan pun ada huh confuse

"Oh sorry. Ada suami saya tak kat situ? Nama dia Zafran"

"Oh model yang Hot tu ke? Omg husband you?" Aduhai tak payah lah nak puji melambung sangat. Suami aku tu.

"Haa err ya. Panggilkan dia sekejap"

"Yes sayang. Why? Muat tak? " Tak sampai dua minit kedengaran suara Zafran. Amboi sayang bagai.

"Sweetnya you Zafran. Wife you ke dalam fitting room ni?" Oh patutlah. Nak tunjuk kat orang rupanya.

"Err yes. My wjfe. Excuse me"

"Ops sorry" Pekerja yang Haura confuse jantina tadi memberi laluan pada Zafran.

Pintu dibuka. Haura keluar. Dia terus memandang Zafran.

Kenapa Zafran ni senyap je. Tenung aku macam nak tembus.

"Zafran? Hello?" Tangannya dilambaik-lambaikan berkali-kali di hadapan Zafran

"Cantiknya kau..." Meleret sahaja suara Zafran

"Hmm tapi taknak lah ni" Haura mencebik. Sebenarnya hatinya sudah kembang kuncup dipuji Zafran tadi! Susah woo nak dengar kata-kata pujian dari Encik Zafran kita ni!!!

"Lah kenapa pula?" Soal Zafran. Pelik. Dah cantik ni.

Haura mendekatkan wajahnya pada Zafran. Zafran panik.

"Mahal sangat" Haura bisik di telinga Zafran. Meremang bulu roma bila dia buat macam tu.

Zafran memusingkan tubuh Haura. Tag dibahagian tengkuk Haura ditarik keluar. RM399. Okay lahtu. Takdalah mahal sangat. Berbaloi.

"Take it sayang. I can afford it" Zafran berlalu tanpa menunggu balasan Haura.


"Eh ehh Zaf sekejap..."



[951Words]

#Votevote

Imperfect WIFE ✔Where stories live. Discover now