24 - Mandi

22.1K 552 5
                                    

FUH seronoknya berborak dengan makcik tadi. Sedar-sedar dah pukul 12. Itupun sedar apabila makcik Saleha kata dia sudah mengantuk dan letih. Makudnya nak tidur lah tu.

Oh ya nama makcik tu Saleha. Lupa pula nak tanya awal-awal time kat taman tu. Tau pun tadi, time berborak.

Perlahan-lahan Haura membuka pintu bilik. Taknak mengganggu Zafran. Mesti Zafran dah tidur ni. Kesian dia tunggu aku.

Eleh yelatu dia tunggu aku. Kot kot tak ingat pun kewujudan aku dalam rumah ni. Yelah, dah malu tadi kata aku bodoh.

Heh kan betul. Dah tidur dah.

Perlahan-lahan, Haura naik ke atas katil. Dahlah gelap huhuhu.

Sebelum melelapkan mata, dia mengiring ke kiri, ke arah Zafran yang turut berbaring mengiring ke kiri.


"Hmm dapat tatap belakang badan kau pun jadilah"

Mereka sudah mula tidur sebilik sejak beberapa hari yang lepas. Itupun Zafran yang mengajaknya kerana takut. Ada ke patut dia kata ada hantu nak kacau dia tidur?!

Aduhai Zaf Zaf. Muka memang dah handsome dah. Tapi penakut Na'uzubillah.

Tangannya dilingkarkan ke pinggang Zafran dan matanya mula memberat. Dia teringin berada di dalam dakapan lelaki itu, tapi apakan daya.....

Harap Zafran tidak marahkan dirinya esok pagi. Ameen.



******

"

Ish apeni kacau orang tidur" Haura mengibas-ngibas benda yang berjalan dia wajahnya.

Sekejap di dahi, sekejap di hidung, nanti di pipi pula. Yang paling dia tak suka di bibir. Dah macam jari orang pun ada ni!

Eh wait, jari? Terus Haura membuka matanya seluas alam.

Zafran betul betul hampir dengan wajahnya. Dia menggunakan tangannya untuk menampung badannya daripada terus menghimpap badan Haura.

"Z-Zaf..."

"Nyenyak ya tidur malam tadi?" Jarinya mula bermain dengan rambut yang menutup dahi Haura.

"Er.. o-okay je. Ke-kenapa tanya?" Haura cuba untuk melawan pandangan Zafran tapi dia rasa tak mampu. Fuh godaan apakah ini


"Wow seriously? Tak sakit ke? Ke mimpi indah lepas stand one night together with me? Hmm?" Soalnya dengan suara menggoda.

"What?!" Terus dia menolak kuat tubuh Zafran sehingga dia terbaring di sebelah. Kain selimut yang menutup sebahagian badannya diselak untuk melihat keadaan dirinya.

'Alhamdulillah masih lengkap berbaju'

Serta merta tawa besar Zafran terlepas.

"Hahahahahahaha kau ingat aku serius ke? Kau ingat kita dah buat tu ke? Lagi satu, kau ingat aku teringin sangat ke kat kau? Hahahaha"

Haura rasa terhina sekali lagi. Kenapa hari-hari dia perlu lalui perasaan begini? Serta merta air matanya gugur dari tubir mata. Haura bingkas bangun turun dari katil dan masuk ke bilik mandi.

Di dalam bilik mandi, Haura membuka pancuran air dan membiarkan tubuhnya yang masih berpakaian dibasahi dengan air. Dia melepaskan tangisnya sepuas hati di situ.




*******

1 jam berlalu.

Keluar sahaja dari bilik mandi, dia terus ke meja solek. Dia duduk di situ dengan keadaan badannya yang basah lenjun. Tadi dia masuk tidak bawa towel bersama. Ya, lah hati tengah sakit mana sempat fikir towel dah.

Dia merenung wajahnya di hadapan cemin. Matanya sudah sembab sangat. Dengan hidung merah lagi. Rambutnya pula sudah tidak terurus. Serabai.

Dia duduk disitu lama tanpa mempedulikan lantai yang sudah mula becak sedikit.

Pintu dikuak dari luar namun sedikit pun Haura tidak menoleh.

"Ya Allah Haura. Apa ni? Sampai becak lah. Kau ni tolonglah jaga kebersihan bilik ni sikit. Ni bukan bilik kau sorang je. Menumpang tu, buat cara menumpang..."

Bebelan Zafran terhenti apabila dia melihat Haura mengalihkan pandangan padanya. Mata dia merah. Sembab. Dan baru dia perasan punca becak tadi.

Baju, seluar dan rambut Haura basah lencun.

Belum sempat Zafran bergerak ke arah isterinya, Haura telah rebah menyembah bumi



[581Words]

Do add my new story "BAHAGIAKAH dia?" to your library. Nanti-nanti free, boleh baca hehe

#votevote 🌟
#thank you ❤

Imperfect WIFE ✔Where stories live. Discover now