69 - Rindukan.

17.5K 500 75
                                    

Disebabkan reader rajin comment banyak-banyak dekat previous chapter, chapter  67 tu, saya belanja double update malam ni hehehe.

Selamat membaca!






DIRENUNGNYA wajah Zafran yang menjadi wallpaper home screen nya. Rindu weh serious weh rindu sangat! Rasa nak menangis berguling-guling sekarang ni.

Dah hampir dua minggu dia keluar dari rumah. Mulanya memang balik rumah Mama Roz. Tapi hanya empat hari. Kemudian dia pergi ke Melaka. Entah kenapa Melaka yang menjadi tempat pilihannya. Nak kata dia nak lari dari kesesakan lalu lintas tak juga sebab Bandar Melaka ni pun dah hampir sama dengan KL. Jalan Jammed.

Mesti Zafran tengah busy sangat dengan persiapan terakhir perkahwinannya dengan Zura. Bila dikira-kira rasanya hanya tinggal lagi beberapa hari sebelum mereka bernikah. Buktinya Zafran sekali pun tak call, message atau Whatsapp Haura.

Keluhan berat dilepaskan

Jadi, keputusannya untuk keluar dari rumah tu memang benda betul. Dia nak bagi Zafran ruang dan masa untuk berfikir. Dia Redha kalau Zafran betul-betul akan berkahwin dengan Zura.

Satu-satu gambar Zafran di gallery ditatap. Itu sahaja pengubat rindu yang dia ada sekarang ni. Dia tahu dia perlu kuatkan hati melawan semua rasa ni dan dia tahu dia mampu lakukannya! Ya, Haura pasti boleh!




*******

"Hai Haura. Buat apa tu?" Teguran Hakim agak mengejutkan Haura. Yelah tetiba je ada suara garau tegur pagi-pagi. Selalunya pada setiap petang, suara garau ini pasti akan muncul. Heh.

Diberi pandangan yang annoying pada Hakim. Takkan tak nampak lagi yang dia tengah sidai baju? Kenapa lah suka tanya soalan yang bijak bijak ni haih.

Hakim ni bukannya annoying sebenarnya cuma kadang-kadang tu suka ganggu Haura. Tahu lah aku ni jiran baru dia tapi jangan lah jadi terlebih ramah sangat.

Tapi mungkin juga salah aku sebab tak bagitau aku ni isteri orang?



"Amboi kita tanya, dia boleh buat bodoh aje" Hakim bersuara lagi.



"Eh haha sorry Hakim. Ni haa tengah jemur baju ni. Hakim tak kerja ke harini?" Kang buat bodoh kata aku sombong pula kan? Tadi dah kata aku buat bodoh.


Hmm. Layankan aje lah.



"Hari minggu kita relax relax ja. Buat apa nak fikir kerja? Cukuplah hari lain dah busy dengan kerja" ujanya sambil membuka pintu kereta.



"Oh yelah betul juga tu. Nak ke mana?"



"Jumpa tunang hehe. Bye, gerak dulu" Hakim mengangkat tangan dan aku hanya senyum memandangnya.

Imperfect WIFE ✔Where stories live. Discover now