40 - Pergi mana ni?

20.2K 448 17
                                    

Vote 🌟

"Sayang jom" Ditariknya tangan Haura yang sedang duduk di ruang menunggu.

"Abang...eh Tuan... Kenapa pegang-pegang ni? Nanti staff lain nampak macam mana?" Haura cuba untuk merungkaikan pegangan tangan Zafran.

"Mana ada orang lah sayang... cuba tengok... Dahlah, jom!"

Betul lah kata Zafran. Takda orang kat sini. Taktau lah ke mana staff staff  lain. Senyap semacam aje. Dari pagi tadi lagi dia perasan sebenarnya.

Mereka berdua terus berjalan beriringan dan masuk ke dalam perut kereta

Sebenarnya kedudukannya sebagai PA Zafran sebenarnya membuatkan dia kurang dapat berinteraksi dengan staff lain. Zafran yang mengasingkannya daripada mereka semua. Bukan dia yang minta!

Kalau boleh, dia teringin duduk bersama mereka semua, berbual-bual pada waktu free. Ini tidak. Hanya dapat bertemu ketika lunch hour sahaja.

Haura mula berasa pelik kerana mereka makin jauh dari Bandaraya Kuala Lumpur. Nak kata pergi Shah Alam, tak juga.

"Err abang, nak pergi mana ni? Jauhnya lunch?"

"Takpelah jauh. Kita kan tak masuk pejabat balik" Zafran sempat menoleh ke arah isterinya dengan riak wajah yang bersahaja.

"Hei abang. Pandang depan" ditepuk lembut paha Zafran.

"Sayang, janganlah pukul. Usap bolehlah hehehe"

"Eii gatal. Saya usap benda lain kang...haaa" usik Haura. Sengaja.

"Uish sayang. Makin berani dah ya..." Zafran merasakan fokus pemanduannya agak terganggu sedikit. Fuh.

"Eii whatever lah bang. Nak pergi mana ni?" Soal Haura semula.

"Ada la. Sayang tidur dulu. Nanti dah sampai abang gerak sayang ya" sempat Zafran mencubit pipi Haura.


******

"Haura..." Haura terdengar seseorang memanggil namanya.

Terasa ada seseorang menyentuh pipinya.

"Hmm" Dibuka matanya perlahan-lahan. Kantuknya masih terasa sebenarnya. Jarang dia dapat tidur waktu tengahhari begini.

"Ya Rabbi jauhnya lunch abang oiii"
Hampir terbeliak matanya apabila melihat nama yang terbentang pada papan tanda.

'The Grand Lexis Port Dickson'

Biar betul suami aku ni?

Dia ni okay ke tak okay ni? Demam ke? Sejak kejadian dia pulang ke rumah sendiri selepas Zafran leka berbual dengan Zura, perangai dia jadi lain macam.

"Jomlah keluar sayang..."  Haura ikutkan sahaja kata Zafran tadi. Takut Zafran mengendongnya pula. Naya buat drama free nanti.

Sambil berjalan, Haura dapat merasakan pinggangnya dirangkul dari tepi.

Dan... mereka sudah menapak masuk ke dalam Hotel tersebut. Haura jadi terpegun dengan apa yang dipandangnya.. cantik! Nampak mewah tapi masih klasik.

Matanya melilau memerhati dekorasi sekelilingnya.

Terpegun! Cantik!

Ni belum tengok dalam bilik lagi ni. Baru ruang bawah ni.

"Eh sayang jomlah.. tengok apa lagi tu?" Ditariknya tangan Haura supaya mengikutinya masuk ke dalam cafe.

Imperfect WIFE ✔Where stories live. Discover now