🐝 16 - Tak save?

20K 578 13
                                    

Click 🌟 thank you


HAMBARNYA harini. Dah dua minggu hidupnya rasa hambar tanpa Zafran. I really miss you husband! Memang dirinya dah dilupakan terus ke?

"Haura? Kau ni kenapa? Asyik termenung je? Kau nak lepak dengan aku ke taknak ni?" Soal Hanis lalu menyisip sedikit kopi yang suam-suam kuku itu.

"Hmm I miss him" Mata memandang lurus ke hadapan tapi fikiran melilau ke benda lain.

"Do you mean Zafran?" Soal Hanis lagi.

" Hmm yes" Dia mengacau-ngacau air di dalam gelas dengan strawnya.

"Kau memang dah cintakan dia ke?" Keningnya berkerut.

Soalan Hanis tu tak logik. Contohnya, kau dah berkemban, on the way masuk ke bilik mandi selepastu orang tanya 'hei bro kau nak mandi ke?' Haa lebih kurang macam tu lah.

"Of course lah! Dia suami aku. Mestilah aku cintakan dia. Aduhaiiii " Haura merenung wajah Hanis.

"Lek lek hahaha. Pandang aku macam nak makan aje. Dahtu buat apa lepak kat sini lagi? Pergi lah jemput dia"

"Err jemput? Dah kenapa? Dia outstation lah. Dah dua minggu"

"Hek eleh kau ni. Nampak sangat tak on Instagram kan? Dia upload gambar ticket flight dia harini. Pukul 3 flight dia tak silap. Gambar tu dia upload."

"Erk.. aku taktau pun. K-kau follow Instagram dia ke?" Haura terkocoh-kocoh mengeluarkan phone nya dari handbag.

"Of course lah. Dah dia kan hot model Xiulem" Jawab Hanis tanpa rasa serba-salah. Dahlah puji suami aku haih.

"Erk. Iyalah. Apa-apa je lah"

Senyap. Haura fokus pada phone. Dia stalk seseorang.

"Bapak la! Betullah kau kata tadi. D-dia nak balik Malaysia. Wahhh Alhamdulillah... weh weh weh weh aku gerak dulu" Terus handbagnya disandangkan pada bahunya.

"Oh ohh lupa lahh. Nah duit ni. Bayar... Bye" Selepas meletakkan not 50 di atas meja, lantas dia bergerak pergi meninggalkan Hanis. Sempat dilambai Hanis dari jauh.

"Haura...Haura..." Hanis hanya mampu menggelengkan kepala.

************

DUPDAPDUPDAP. Nervous sebab sudah dua minggu tidak berjumpa si suami. Dia jadi tidak senang duduk.

Betul ke tudung aku pakai ni? Senget ke? Lantas cermin di dalam handbag dikeluarkan. Nasib baik cermin kecik comel je.

Nombor Zafran didail. Dua kali tapi masih tidak berangkat. Tak masuk voicemailbox maksudnya dia dah sampai Malaysia dah kan?

Tak mengapalah. Sekejap lagi dia call aku balik kot. Tak pun dia mesej!

Bipbip

From: Sayang

Ha panjang umur! Dibuka mesejnya. Eh kenapa dia tak Whatsapp je? Kan lagi senang. Jimat pun jimat.

From: Sayang
Siapa ni?

Aku tersentak.

Pedihnya hati bila dia tanya soalan macam tu. Selama dua bulan berkahwin ni, dia tak tahu number aku? Tak save?

To: Sayang
Dah sampai KLIA?

From: Sayang
Yup. Who are you?

Amboi cepatnya reply. Mesti bosan ni. Haura off kan phone nya dan mencari kelibat suaminya. 5 minit mencari dan tadaaaa tu pun dia.

Lantas dia berlari untuk berdiri sedekat yang dia boleh. Apabila makin menghampiri, dia berjalan berjengket-jengket dan tiba betul-betul di belakang Zafran. Mata Zafran ditutup dengan kedua belah tangannya.

"Hauraaa I know its you!" Haura masih menahan suara tetapi pedih perut sebab menahan gelak.

"Haura I know its you" Okaylah aku mengalah. Tangannya daripada mata Zafran dialihkan.

"Macam mana tahu?" Haura mencium tangan dan pipi Zafran. Zafran mengelap pipinya yang dicium Haura tadi.

Haura agak terasa juga. Tapi disabarkan hatinya. Beg sandangnya dihulur pada Haura dan Haura menyambutnya.

"Sebab kau sorang je yang tak matang yang suka buat benda mengarut macam tadi tu. Memalukan betul lah!" Terus Zafran menarik bagasinya dan berlalu pergi daripada situ tanpa menunggu Haura.

Okay, statement kali ni agak mengguris hatinya yang tadi hanya menunggu masa untuk terkoyak.

Terus mood Haura melayang. Dia tidak menjawab apa-apa. Beg sandang Zafran digalas dan dia terus berjalan keluar.

**************
[Edited version : 5 August 2018]

Imperfect WIFE ✔Where stories live. Discover now