74 - Sleep here?

19.8K 478 20
                                    

Sorry previous chapter tu pendek sikit ennn? Hehehe. Sorry. Ohhhhh yaaa.... Kat bab ni tentang keberadaan Zura akan terungkai. Selamat membaca~ 

Vote 🌟 , Thank you! hehehe.    

-----------------


"KAMU naik la mandi dulu. Baju-baju kamu masih ada dalam bilik tu, jangan risau" 


"Hmm takpa ke Haura naik atas? Tak ganggu ..." Haura berhenti memotong dan meletakkan pisau di atas papan pemotong.


"Takpa sayang. Dah dah pergi naik. Dah petang dah ni. Busuk tau. Dari tadi ibu bau" Ibu menolakku agar menjauh darinya.


"Ibu lagi busuk eiiiii hahahahaha" Hidungnya dikepit sebagai efek tambahan yang ibu memang busuk.


"Eh ada ada ja lah kamu ni. Dah, pergi mandi sana. Nanti Zafran balik, kita dinner sama-sama, okay?"

Zafran keluar dalam pukul 6 petang tadi dan sampai sekarang masih tak nampak batang hidung. Pergi jemput Zura mungkin?

Ah, baik kau naik atas sekarang Haura sebelum kau kena serang dengan madu kau.


"Haura naik dulu ya"



*******

RASA lega sangat apabila dapat berdiri bawah pancuran air ni lama-lama. Rasa lega, nyaman dan sejuk. Kalau dapat masuk dalam bath tub mesti lagi 'peh'. Tapi bilik mandi ni takda tub. Bilik mandi di bilik Zafran ada lah.

Pili air ditutup. Tuala dicapai dan dalam keadaan basah kuyup, Haura berjalan keluar daripada bilik mandi.

Biliknya memang sangat bersih dan cantik. Nampak seperti ada orang duduk dalam ni dan mengemaskannya setiap hari.

Dia berjalan ke arah sliding door. Langsir disingkap sedikit. "Kereta Zaf takda. Yess, maksudnya dia tak balik lagi yes yes"

Bilik Zafran here we go

Segera aku berlari anak naik ke tingkat dua. Bilik Zafran. Segala pakaian tidak kiralah luar atau dalam, Haura bawa sekali ke bilik Zafran. Bukanlah satu almari dia bawa. Cum satu set yang akan dipakai untuk malam ni.

Haura menolak daun pintu bilik Zafran yang tidak bertutup rapat. Bau vanilla mencucuk lubang hidungnya. 

Peh wangi sangat ni. 

Oh.... dan baunya sama macam masa aku masuk bilik aku tadi. Mungkin ibu kot yang meletakkan pewangi yang sama?

Tanpa membuka lampu terlebih dahulu, terkedek-kedek aku berlari ke bilik mandi. Mujur sahaja aku ingat kedudukan perabot dalam bilik ni. Jadi takdalah isu tersepak kaki katil ke, langgar bucu almari ke.



********

DAH banyak tempat aku pergi tapi satu pun masih tak jumpa. Okay, sebenarnya bukan tak jumpa. Aku yang taktau nak pilih hadiah yang sesuai untuk diberi kepada Haura. 

Hadiah bersempena apa pun aku tak tahu. Yang aku tahu, hati ni melonjak-lonjak ingin memberi Haura hadiah. Ceh ayat!


Imperfect WIFE ✔Where stories live. Discover now