25 - Puji diri sendiri

21K 476 4
                                    

WAJAH Haura yang pucat dipandang lama.

Jahatnya aku ni siksa hati dia macam ni. Tapi takkan aku nak kena jauhkan diri dari dia? Tinggal sebumbung, pergi tang mana pun terserempak juga. Nasib baik dia belum buat keputusan lagi nak pindah JB atau stay dengan aku.

Rambut di dahi Haura diselak ke tepi telinga. Wajah itu terus ditatap tanpa rasa jemu.

TOK TOK

"Oh makcik, masuklah. Haura tak bangun lagi" Zafran mempelawa Makcik Saleha masuk ke dalam biliknya.

"Kesian dia ya. Kenapa tiba-tiba demam ni? Semalam okay ja" Makcik Saleha ingin duduk di bawah, tepi katil yang menempatkan Haura.


"Eh makcik, duduk sini atas katil ni. Jangan duduk bawah. Sakit pinggang makcik nak bangun nanti. Lagipun lantai tak kering lagi. Tadi..." Segera Makcik Saleha bangun.

"Kenapa lantai tak kering? Bocor ke syiling ni?" Soalnya sambil mendongak memandang syiling di atas. Kemudian dia melabuhkan punggungnya di sisi Haura yang masih lena dibuai mimpi.

"Eh ta-tadi..."

"Zaf..." Tak sempat Zafran beri penjelasan. Haura sudah bangun, dan memanggil namanya. Wah! Tiba-tiba rasa terharu.

"Ya Haura. Kenapa?" Kain lembab pada dahi Haura dibetulkan sedikit.

"Lapar" Terus Haura tersengeh sehingga ternampak lesung pipitnya.

"Ceh kau ni buat aku risau ja. Sekejap. Aku turun ambik makanan tadi" Zafran terus keluar daripada bilik. Nasib baik dah siapkan makanan tadi. Tinggal nak bagi Haura makan sahaja.

"Hehehe.. eh makcik. Hai" Sempat dia melambai pada Makcik Saleha yang duduk di sisinya itu.


"Kamu rasa macam mana sekarang? Okay sikit tak? Sakit kepala tak?"


"Saya okay je hehe. Sakit kepala? Ermmm takdalah. Saya okay je" Haura mengalihkan sesuatu yang lembab di atas dahinya.

Oh, kain lembab.

Eh aku demam ke?

"Saya demam ke makcik?" Soal Haura sambil bangun dari pembaringannya. Tidak selesa berborak dalam keadaan berbaring begitu.

"Ni demam lah ni. Lagipun tadi kamu pengsan. Panas sangat agaknya badan kamu tadi. Itu yang diletak kain tu tadi"

Aku hanya mengangguk. Kisah pula dia tentang aku ya?


"Nak, suami kamu tu risau sangat kamu pengsan tadi" Makcik Saleha mengusap rambutku.


"Yeke makcik? Dia berlakon je tu. Dia bukannya sayang-..."

"Ha kutuk aku lahtu" Zafran masuk ke dalam bilik dengan menatang dulang yang ada sepinggan mee goreng, segelas susu chocolate dan segelas air suam.

Amboi sekejapnya ambil makanan.

"Makcik keluar dulu ya" Makcik Saleha mahu berikan privasi pada pasangan suami isteri itu.

"Mana adaaa..."Meleret sahaja Haura jawab

"Ah gedik lah kau. Dah pergi duduk kat meja sana. Kau ingat kau princess nak makan kat katil?


Terkial-kial aku bangun. Zafran? huh tengok je tahu.

"Sebelum suap erm, boleh tak erm.." Haura ingin mengatakan sesuatu tapi takut Zafran tak setuju pula.

"Apa dia? erm erm apa? Straight to the point please" sesudu Mee goreng sudah berada di tangan Zafran

"Takpalah takda apa...ak- Uhuk uhuk uhuk" Tersedak Haura dibuatnya apabila Zafran terus menyuap mee goreng tadi ke dalam mulutnya.

Agaklah. Haura tengah bercakap kot tadi grr

"Sorry sorry. Nah air hahahaha"
Dia menguhulur air suam pada Haura.

'Sorry sorry tapi gelak. Takguna. Tunggu lah kejap lagi Zafran'

"Amboi garangnya muka. Aku dah suapkan. Sepatutnya kau bersyukur tau dapat suami mithali macam aku ni. Dahlah baik, rajin, pandai bergaya, menggoda, handsome, lepastu..."

"eh dah dah. Daripada aku demam biasa macam ni terus kena sawan bila kau puji diri sendiri macam tu"

"Eleh aku cakap benda betul" Sesuap lagi mee goreng selamat masuk ke dalam mulut Haura.

"Grr perasan. Dah tadi last. Takmau dah. Tak selera" Segera Haura menghabiskan mee yang berada di dalam mulutnya.

"Sikitnya weh. Habistu lagi separuh ni?"

"Kau lah makan. Aku nak mandi air panas ni. Bye"




[592Words]

#Votevote 🌟

Imperfect WIFE ✔Where stories live. Discover now