🐝 9 - Haris mana?

32.5K 888 3
                                    

Tekan simbol 🌟 di bawah untuk vote. Thank you

SUASANA di meja makan agak meriah dengan suara mama Roz dan Puan Zaleha yang sakan berborak.

Papa sekali-sekala sahaja akan menyampuk. Apa yang menarik pun taktahu. Haura tiada mood untuk bercakap disebabkan peristiwa semalam.

Dia memandang sekilas pada suaminya.

'Amboi selera betul kau makan ya. Macam takda jadi apa - apa pula semalam'

"Kenapa pandang aku macam tu? Nak ke pancake ni?" Aku tersentak apabila ditegur Zafran. Kantoi lah tenung lelaki ni. Ya tahu, suami aku juga.

Aku hanya menggeleng dan memandang pinggan yang seperti tidak luak sahaja mee goreng di dalamnya.

"Kenapa tak makan bagi habis? Bukan favourite kau ke mee goreng masakan mama?" Haura memandang Zafran. Meminta jawapan. 

" Er ma-macam mana kau tahu?"

"Ha ada pun suara. Ingatkan dah bisu tadi" Gelas di sebelah kiri dicapai dengan terkial-kial oleh Zafran.

Haura mengambil gelas tersebut dan dihulurkan kepada Zafran. Marah atau kecewa, tanggungjawab tetap tanggungjawab

"Terima kasih.. dan terima kasih juga sudi rawat aku semalam"

"Hmm.. ma, Haura nak keluar jumpa Haris sekejap"

"Okay sayang" Mama membenarkan dan ibu hanya mengangguk sahaja. Haura bangun dan membawa pinggannya sekali untuk dibasuh di dapur.


************

"KENAPA kau datang sini pula harini? laki kau mana?" Matanya melilau-lilau. Mungkin mencari kelibat Zafran.

"Rumah"

"Lah kenapa dia tak ikut kau sekali ke sini? Dan macam mana kau tahu aku dekat sini?" Matanya mula berhenti melilau dan kemudian pandangannya dilemparkan ke arah laut.

"Entah. Oh, kau kan selalu duduk sini."

"Kau ni kenapa sebenarnya?" Dia memandang sekilas wajah polos Haura.

"Aku okay ja"

"Kau sihat ke tidak ni?" Dia mula duduk menghadap Haura. Mata bundar milik Haura ditatap.

"Sihat"

"Kau gaduh ya dengan suami kau?" Haris melihat Haura hanya senyap. Cuma kedengaran dia mengeluh seperti terdapat satu beban di kepalanya.

"Haura. I know you more than anyone else. I know you're not okay..." Haura tunduk menekur pasir-pasir halus di kakinya.

"Please tell me what happen to you. I know there's must be something wrong happen to you" Kepalanya di angkat. Tidak lagi menekur pasir.

Dia mula memandang pelancong yang mula memenuhi pantai Desaru ini. Semua orang nampak bergembira di sini dengan kawan-kawan, suami, isteri dan keluarga. Setitis demi setitis air matanya gugur jua ke pipi

Haris terkejut. Sudah lama dia tidak melihat air mata itu. Kali terakhir adalah ketika Haura berusia 17 tahun. Ya, itu yang last!

"H-Hau-ra..." dia terus memeluk bahu gadis itu. Haura memang perlukan seseorang saat ini. Tapi bukan lelaki ini. Dia tidak mahu lagi berada dalam dakapan lelaki ini seperti dahulu.

Haris terkejut apabila Haura menolak tubuhnya jauh darinya.

"Kenapa tolak? Bukan dulu kau okay ja?"

"Haris I'm sorry. Tapi tu dulu. Waktu aku tak matang lagi. Aku tak kenal mana dosa dan mana pahala"  Sejak dia tinggal bersama Mama Roz di banglonya, Haris yang selalu mendengar luahan hatinya.

Kadang-kala apabila dia bersedih mengenangkan keluarganya, bahu ini lah yang akan dijadikan tempat meluah rasa.

Ya, dia akui dulu dia salah. Dia masih tidak mengerti semua ni. Haris pula seakan tidak boleh menerima Haura yang baru ini.

"But Haura, I know you need a shoulder to cry on"

"Yes. But not you. I have Allah. I'm leaving. Sorry Haris" Haura berlalu pergi ke motor yang ditunggangnya tadi. Sengaja bawa motor harini sebab lama tak bawak. Padahal boleh aje jalan kaki. Dua minit pun tak sampai.

Aku bukan nak terus balik rumah. Nak melencong ke tempat lain. Nak makan ice cream!

***********

ZAFRAN POV

HAURA seperti tiada mood untuk bercakap. Entah kenapa?

Haura memandang sekilas pada aku. Sekejap pada wajahku, sekejap pada pancake di pingganku. Entah apa agaknya dia fikir eh. Sampai berkerut-kerut wajahnya.

"Kenapa pandang aku macam tu? Nak ke pancake ni?" Dia hanya menggeleng dan memandang pinggan yang tidak luak mee goreng di dalamnya.

"Kenapa tak makan bagi habis? Bukan favourite kau ke mee goreng masakan mama?"

Sebenarnya semalam, sempat juga Mama Roz bercerita serba sedikit kesukaan Haura. Jadi, harini dia ingat lah.

"Ha ada pun suara. Ingatkan bisu tadi" Gelas di sebelah kiri aku capai dengan terkial-kial. Tangan aku kan masih berbalut.

"Nah" Haura menghulurkan padaku. Nasib baik dia masih sudi membantu.

"Terima kasih.. dan terima kasih juga rawat aku semalam" Dia tidak membalas apa-apa sebaliknya terus meminta izin daripada mama untuk keluar berjumpa Haris.

Siapa Haris?

Mama membenarkan dan ibu hanya angguk sahaja. Haura bangun dan membawa pinggannya sekali untuk dibasuh di dapur.

Ergh Haris mana pula ni dia nak jumpa? Pakwe lama dia ke? Sepupu dia ke?

"Nak ikut ke? Pergilah" Mama seperti faham menantunya itu kelihatan gelisah.

"Thanks ma. Zafran pergi dulu" Dia mengikuti Haura dari belakang.

Peh pandai bawa motor rupanya.

************

ZAFRAN melihat Haura duduk di atas kerusi kayu dan tiba-tiba dia didatangi oleh seorang jejaka.

Wah kacaknya. Tapi aku kacak lagi. Huh !

Dia melilau-lilau seperti mencari sesuatu.

Beberapa saat selepas itu, jejaka tadi mula berhenti melilau dan kemudian pandangannya dilemparkan ke arah laut.

Haura macam nak taknak je cakap dengan jejaka persis Xian Lim itu. Hahaha padan muka!

Tapi kenapa?

Dia mula duduk menghadap Haura. Mata bundar milik Haura ditatap.

Fuh, hati aku dah panas. Apa hak dia nak tenung bini aku macam tu?! Haura tunduk menekur pasir-pasir halus di kakinya.

Kemudian dia tidak lagi menekur pasir. Dia mula memandang pelancong yang mula memenuhi pantai Desaru ini.

Aku turut berbuat perkara yang sama. Semua orang nampak bergembira di sini dengan kawan-kawan, suami, isteri dan keluarga.

Saat Zafran memandang ke arah Haura semula, Haura sudah berada dalam dakapan jejaka tadi.

Hati dia panas. Lebih panas dari tadi. Rasa nak meletup! Lantas dia keluar dari persembunyian dan berlari pulang ke banglo mama Roz


************

Edited version : 9 July 2018

Imperfect WIFE ✔Where stories live. Discover now