"Yalah saya salah. Tapi ibu okay ja makan dengan cucur tu.." Haura berhenti bercakap apabila dia melihat Zafran yang terkocoh-kocoh berlari masuk ke dalam rumah sambil menutup mulut. Terus dia bangun dari gazebo yang mereka bertiga duduki dan masuk mengikuti Zafran.

Haura mengusap tengkuk Zafran yang sedang terbongkok-bongkok di sinki memuntahkan makanan yang ada di dalam perutnya. Sampai berair-air matanya.

Dipimpin suaminya supaya duduk di meja makan. Ibu menghulurkan segelas air masak pada Zafran. Entah bila pula ibu masuk ke dapur ni. Lajunyaaa sampai tak perasan.


"Kenapa ni Zafran? Kamu salah makan ke?" Soalan ibu dijawab dengan anggukan sahaja. Dia rasa perut dia pedih sangat saat ni. Rasa macam nak muntah lagi...

Serta merta Zafran berdiri kembali dan berlari ke singki dapur. Kali ni sudah taida makanan yang keluar. Hanya air dan angin sahaja.


"Abang makan apa kat luar semalam? Tu lah saya dah suruh makan kat rumah sama-sama abang sibuk nak pergi pejabat juga. Entah apa lah yang dimakannya" Haura sudah mula membebel. Zafran memicit-micitkan kepalanya. Ibu pula yang seperti memahami keadaan anaknya, segera mencelah.

"Kamu bawa Zafran naik bilik dulu. Nanti ibu menyusul bawa ubat dan air dia ya. Lepastu tukar baju sekali. Tu kena muntah sikit" Zafran dan Haura memandang serentak ke arah yang ditunjukkan ibu. Ya, ada kesan muntah sedikit di situ.

Zafran dan Haura berjalan beriringan naik ke bilik di tingkat atas. Zafran baring sendiri di atas katil. Dia masih boleh bergerak cuma itulah. Badan rasa lemah semacam. Ni mesti sebab dia try makan kat kedai makan baru semalam. Tak pernah try kat situ pun sebelum ni.

Haura menghampiri suaminya dan di tangannya ada t-shirt bewarna kelabu. Dia duduk di sisinya dan meletakkan baju tadi di atas ribanya.


"Nak apa?" Soal Zafran dengan wajah yang aneh. Yalah, dia pelik kenapa isteri dia ni pandang dia macam ni.


"Hmm tukar baju lah sayang. Buka baju tu"


"Oh tak payahlah. Malaslah nak bangun" Selimut ditarik hingga ke paras dada. Haura menarik kembali.


"Janganlah sayang" Selimut ditarik lagi. Kali ni ditarik sehingga tutup satu badan.

Degilnya. 

Haih.

 Lantas Haura menarik selimut tadi sekuat hatinya sehingga Zafran terdorong sedikit ke tepi. Dan peluang yang ada itu Haura gunakan untuk mencampak selimut itu ke bawah.


"No more blanket, okay baby? Now take off your shirt or else..." Sengaja Haura buat muka gatalnya dan semakin lama, semakin rapat wajahnya ke wajah Zafran.

Terkebil-kebil mata Zafran memandang Haura. Haura pula makin mendekat dan...

Terus baju yang dipakai Zafran ditarik ke atas dan tindakan refleks, Zafran mengangkat tangannya ke atas. Lagi lah mudah kerja Haura nak tukar pakaian suami kesayangan dia ni.


"Degil ya abang ni. Kalah budak kecil yang nak dipaksa mandi..." Haura baru hendak mula membebel semula tetapi tubuhnya ditolak ke tepi oleh Zafran.

Zafran melulu ke tandas. Sekali lagi dia memuntahkan isi dalam perutnya. Tapi apakan daya hanya air sahaja yang keluar. Rasanya memang perit tekak.

Tengkuk Zafran diurut perlahan-lahan dengan jemari runcing Haura. Apabila melihat Zafran seperti sudah okay dan tidak mahu muntah lagi, Zafran dipimpin masuk ke bilik.

Sebelum dibaringkan tubuh itu di atas katil, dipakaikan t-shirt kelabu yang diambilnya tadi dari bilik pakaian. Minyak angin juga dicapai daripada rak kecil di tepi almari solek. Disapunya sedikit minyak itu pada tengkuk dan perut Zafran.


"Tidur ya sayang" Diselimutkan tubuh Zafran dengan selimut hingga ke paras dada. Belakang tapak tangannya diletakkan pada dahi Zafran. Ingin mengetahui sama ada panas atau tidak.


"Nasib baik tak demam"  Sempat diberi ciuman di dahi itu. Haura ingin bangun tetapi dihalang oleh tangan Zafran.


"Kenapa abang?" Dirungkaikan pegangan tangan Zafran pada lengannya. Diletakkan tangan itu di tepi perlahan-lahan.


"Stay with me" Sejurus itu Haura ditarik sehingga terbaring di sebelah. 

Aduhai suami suami. 




[962Words]

Jemput baca Mr DIMPLE. Karya saya yang ke dua. Dah complete. Jangan risau hehe

Imperfect WIFE ✔Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin