72 - Haura. Bukan sayang.

Start from the beginning
                                    


"Saya nak makan macam sayang juga. Lama tak makan nasi ayam. Order dua. Untuk saya dan ibu. Air pun sama macam sayang"

Eh eh eh dia ni. Ada aku tanya dia ke? Perasannya mamat ni. Pastu sibuk-sibuk nak tiru makanan aku dah kenapa? Aku pang kang

Seperti biasa, Haura bagi muka annoying pada Zafran.



"Excuse me! Dik saya nak tambah nasi ayam dua, milo ice satu dan strawberry juice satu"

Gadis itu mencatat menu tambahan yang baru aku order tadi sebelum berlalu ke bahagian dapur.



"Wow sayang ingat lagi favourite saya? Terharunya!" Wajah teruja Zafran tak menarik perhatian Haura pun. Dia cuma menjongket bahu kanannya.

Sementara menunggu makanan mereka sampai, Haura mengeluarkan phone nya. Tak tahu nak buat apa, baik dia on istagram ke Wattpad ke. Nak borak dengan ibu tapi Zafran mengganggu. Dia taknak pandang wajah tu lama-lama. Risau hati bertambah sayang

Stalk Zafran lah can ah? Walaupun manusia ni ada depan mata dia, dia tetap nak stalk Instagram dia. Lama tak stalk tapi bising pula mulut dia ni. Macam murai tercabut ekor! Macam lama tak borak dengan ibu. Aku ni dah macam tunggul pula.

'Eh eh Haura bukan ke kau yang taknak dia layan kau? Tapi sekarang ni kau harapkan Zafran tegur kau?'



"Sayang sihat?" Soal Zafran

Okay dia tegur kau tu. Balas lah



"Ha er saya ke?" Haura menunjukkan jari telunjuknya pada diri dia sendiri.



"Yes you my dear" Zafran terseyum manis tapi senyumannya mati bila Haura menjelingnya dan memandang phone kembali.



"Hmm sorry ya tapi nama saya Haura. Bukan sayang. Dari tadi lah saya dengar orang panggil sayang-sayang. Entah siapa ya sayang dia tu?" sinis. Come on la

Zafran melepaskan nafas berat. Okay Zafran sabar. Dia perlu masa untuk terima kau kembali dalam hidup dia



"Maafkan saya Haura? Okay saya tau banyak salah yang saya dah buat pada awak tapi tak boleh ke awak maafkan saya dan terima saya kembali dalam hidup awak? Lama saya tunggu awak"



"Tunggu saya? Buat apa? Tak puas dengan seorang, nak lagi yang lain? Dah dah lah Zafran. Berubahlah. Belajar bersyukur dengan apa yang awak ada sekarang. Jangan terlalu tamak nakkan semuanya. Nanti semua benda awak tak dapat di akhirnya"

Zafran memberi peluang pelayan meletakkan dua pinggan nasi ayam dan air ke atas meja sebelum menyambung semula apa yang hendak dia bicarakan.



"Ya Haura. Saya tahu saya tamak dulu. Saya sibuk dengan Zura sampai lupakan awak. Abaikan awak. Tak pedulikan awak. Ya, saya tu. Maafkan saya. Saya menyesal sekarang. Allah ambil dua-duanya dari saya dan sekarang saya akan mencuba untuk dapatkan apa yang telah pergi dalam hidup saya iaitu awak, Haura"

Jujur, Haura ada berasa agak tersentuh dengan apa yang Zafran katakan sebentar tadi.

Tapi..



"Macam mana dengan Zura? Awak sakitkan hati dia? Tak berlaku adil pada dia?"



"Saya berlaku tak adil dengan awak Haura. Bukannya pada Zura dan sekali lagi saya betul-betul minta maaf pada awak. Kalau awak nak saya sujud di kaki awak sekarang pun, saya boleh buat"

Zafran bangun dari kerusinya dan seperti mahu ke arah kaki Haura. Bukan Haura sahaja yang terkejut, ibu turut terkejut. Sampai macam ni sekali kah penangan Haura?



"Hei tak perlu. Zafran jangan!" Lantang Haura bersuara sehingga beberapa pasang mata memandang ke arah meja mereka.



"No. I want your apologize!" Tegas Zafran sambil memegang kedua-dua belah kaki Haura. Memanglah dia tak sujud, tapi sekarang ni dia melutut. Macam nak lamar pun ada? Oh grr Haura berhenti mengarut.



"Yes yes apologized accepted but please don't do that again!" Haura menarik tangan Zafran supaya lelaki itu berdiri kembali.

Saat itu, mata mereka bertatapan kembali. Saling membalas pandang. Sudah lama mereka tidak berkeadaan begitu.

'Haura kenapa dengan kau ni? Wake up!'



"Err okay dah lah jom makan. We'll continue our discussion later" Haura kembali duduk di kerusinya. Macam tengah meeting pula! Haha


Ibu yang dari tadi asyik menjadi pemerhati, memandang kedua-dua insan yang berada di hadapannya ini dengan senyuman. 

Dia tahu ada sinar kebahagian buat pasangan ini nanti. Cuma perlu berkorban dan bersabar. InsyaAllah.





[1010Words]


Maaflah hambar. Update pun sebab saya bosan ni. Kalau yang nak sembang/borak-borak ke dengan saya, bolehlah hantar private message hehehe.

Imperfect WIFE ✔Where stories live. Discover now