Aku tidak memandang keretanya berlalu. Aktiviti menyidai baju aku teruskan.



"Okay last. Nasib baik sikit. Agaknya siapa lah ya yang jemurkan baju Zaf kalau aku takda kat rumah?"

Jubah yang aku pakai semalam ketika menghadiri kenduri kahwin Hanis, aku kibas. Nanti bergulung pula.

Oh yaa Hanis dah kahwin! Pilihan keluarga juga sebab kalau nak mengharapkan dia pilih sendiri, jadi anak dara tua lah jawabnya. Hanis ni bukannya jenis berkawan dengan lelaki apatah lagi bercinta.

Bagi Haura, pilihan keluarga sebenarnya sentiasa yang terbaik. Cuma kalau hendak berbincang tentang kebahagiaan tu, bergantung pada pasangan masing-masing untuk mencorakkan kehidupan mereka sebagai pasangan yang bahagia atau bermasalah.

Haura membawa bakul baju masuk ke dalam rumah.

Dalam kes aku ni, aku faham aku ni bukannya isteri yang terbaik. Aku masih tak sempurna. Dahlah tak cantik, tak pandai, kerja biasa-biasa, tak pandai masak, tak pandai jaga hati suami dan macam-macam lagi lah. Kalau list kan, mesti tak habis. Ya aku sedar tu.

Haura melabuhkan punggungnya pada sofa panjang di ruang tamu itu.

Phone dipandang lagi. Bila Zafran nak call? Dia tak perasan ke aku keluar dari rumah tu? Dia taknak cari aku ke? Ke dia masih perlukan ruang untuk berfikir? 

Banyak mana lagi masa yang dia perlukan? Ataupun dia... tak perlukan aku lagi?



"Ya, pasti dia perlukan masa. Okay Haura kau kena bagi dia ruang. Positive okay?"

Bismillahirahmanirrahim.

Lantas button off phone ditekan. Battery dan simcard dikeluarkan dari phone. Haura masuk ke dalam bilik dan keluar semula dengan membawa satu kotak kecil. Dimasukkan phone, battery dan simcard yang masing-masing dah diceraikan ke dalam kotak itu.



******


"Haura, awak ingat tak Kak Dila yang tempah cookies chocolate yang awak buat tu?" Soal Kak Syafiqah padaku.

Baru dua minggu aku kerja dengan Kak Syafiqah. Dia ada cafe sendiri. Cafe ni lebih kepada makanan yang simple dan western seperti spagethi, macaroni, kek dan roti-roti. Aku kerja di bahagian cashier sahaja dan akan masuk ke dapur jika tidak cukup pekerja. 

Nak dipendekkan cerita, masa tu Kak Sherry inform last minute dia tak dapat datang. Dahlah hari tu dua orang pekerja lagi memang cuti dah dua hari dah. Aku pun masuk lah tolong. Try buat cookies chocolate yang aku pernah belajar dekat class hari sabtu dulu-dulu tu. Tak sangka ada orang suka. Siap buat tempahan enam balang. Time tu taktau lah rasa nak gelak ke nangis ke terharu. Tak sangka cookies tu ada rasa hahaha.



"Haura awak dengar tak saya cakap?" soal Kak Syafiqah lagi



"Oh ya ya sorry. Haa kenapa dengan Kak Dila? Dia nak tempah lagi ke hehehe"

Imperfect WIFE ✔Where stories live. Discover now