"Sayang ni kan..." Diambilnya pinggan yang sudah Haura mengisi nasi dan lauk tadi.


"Err sorry. Abang makanlah. Saya naik atas dulu. Ada kerja nak buat" Haura berpaling ke belakang. Dicapainya satu tisu untuk mengelap tangannya.

Apabila dia lalu di hadapan Zafran, zafran menarik tangannya sehingga dia terduduk di atas riba lelaki itu. Takut berada di situ lama-lama.



"Teman abang, please?" Dikucupnya pipi Haura yang berada di ribaannya.



"Err.. sa-ya. Duduk kerusi lain" Haura segera bangun. Kenapa dengan suami aku ni? Selalu romantik tak kira tempat.


"Tahu takut hahaha. Eh sayang kenapa tak makan ni? Tak payah diet lah. Sayang ingat lelaki suka ke perempuan kurus kering ni?" ucap Zafran sambil menyenduk kuah ayam masak kicap terus masuk ke dalam mulutnya.



"Heii abang. Basi lah nanti lauk ni" Ditepuknya tangan Zafran. Ada ke patut buat macam tu. Risau ibunya tidak sempat pula merasa.


"Ingat abang budak kecik ke? Sedap lah" Zafran menyenduk lagi kuah ayam masak kicap tu. Tapi kali ni dia letak di dalam pinggan dia. Bukan terus masuk mulut. Nasib baik.


"Sedap ke?" Soal Haura semula. Perkembangan baru bagi aku pula harini. 


"Sedaplah. Tu lah sayang. Rugi diet diet ni tau" Zafran mula menyuap nasi ke dalam mulutnya.


"Saya tak selera lah. Lagipun tengok abang makan pun, dah buat saya kenyang" Haura menongkat dagunya dengan menggunakan tangannya. Dipandang sahaja wajah suaminya yang nampak berselera makan malam ni. Hilang sekejap rasa takut dan segannya tadi apabila melihat suaminya makan hasil air tangannya



"Eleh sayang. Tiru erm ayat novel eh? Ermm air tangan erm ibu memang sedap" Zafran masih hendak bercakap walaupun mulutnya sudah penuh.


"Tersembur nasi abang ni haa..." Dikutipnya beberapa butir nasi yang tumpah.



"Saya yang masak petang tadi. Sakit-sakit belakang pun, boleh lagi masak, tau. Perempuan bukan selemah yang di sangka" Haura berkata sambil menjongketkan keningnya berkali-kali.


"Wow sayang. Perubahan yang bagus. Bolehlah tukar imperfect wife kepada perfect wife selepas ni hehe"


"Eh macam mana abang tau?" Sungguh Haura terkejut.

Tu nama blog yang dia buat pada hari pertama dia jadi isteri kepada Zafran. Di situ lah dia luahkan apa-apa yang dia rasa tentang diri dia, perkahwinan dia. Tapi tiadalah sampai membuka aib Zafran atau rumah tangganya. 

Dia jadi lebih semangat untuk berubah sedikit demi sedikit atas dorongan orang sekelilingnya seperti ibu, mama Roz dan tak lupa juga orang yang sentiasa tinggalkan possitive or negative comment kat blog dia tu.

So now this is Haura. From nobody to somebody special in Zafran heart hehe.



"Sayang la tak logout. Bila abang masuk bilik nak tengok proposal yang abang suruh sayang buat tu, sayang tertidur depan laptop ..dengan tak shut down nya.." Dia berhenti makan seketika. Risau tersembur lagi atau Haura tak faham apa yang diceritanya.


"Abang ingat nak tolong shut downkan aje. Tiba-tiba ter tengok blog sayang pula. Lepastu ter baca. Ter hehehe. Tulah sayang, suruh buat kerja, pergi tidur pula. Nasib baik PA abang ni isteri abang tau. Kalau tak, lama dah abang pecat" Dicuitnya hidung Haura. 


"Malunyaaaaaaaaa" Haura menjerit dan menekup wajahnya dengan tapak tangannya. Jadi, suami dia baca semuanya?


"Comel je lah sayang ni. Tak payah malu lah.. ha sayang ambik la password Instagram abang. Abang dan jarang upload gambar. Busy. So, sayang boleh la tolong jaga kan, kan?" Kata-kata Zafran membuatkan mata Haura bersinar-sinar. 


Dah seperti pasangan kekasih yang hangat bercinta pula. Main tukar-tukar password hehehe


'Yesss boleh merasa jadi famous kejap hehehe'


"Eh sayang ni, mengelamun pula.. Nanti kat bilik ambik phone abang, okay?" kata Zafran.


[885Words]


Hambar lagi eh? Hahahaha. 

Imperfect WIFE ✔Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ