🐝 1 - Future.

90.4K 1.1K 8
                                    

DIA melilau-lilau mencari orang yang katanya hendak berjumpa dengannya pada malam ini.

"Mana dia ni? Kata nak jumpa aku pukul 9."

"Eh kau yang lambat la. Dah 9:30 dah ni." Hanis menjeling sahabatnya yang berdiri bersebelahnya.

"Kau ni Hanis. Back up lah aku"

"Tak kuasa aku. Kau tu yang salah... Dah, sekarang ni kau masuk sana. Cari dia elok-elok. Mesti dia ada kat dalam tu tunggu kau." Pesan Hanis lalu beredar meninggalkan dia terpinga-pinga di hadapan restaurant yang tertulis 'steak house' itu.

Perlahan-lahan dia menapak masuk. Handphone dipegang. Mana tahu kot-kot si dia akan call . Mataku terus memerhati segenap ruang. Tiba-tiba, bahuku disentuh dari belakang.

'Aiseymen buat aku gelabah aje!'

"Lambatnya kau datang. Dah 30 minit aku tunggu kau tau tak." Zafran berkata dengan wajah yang menahan geram. Mesti lah geram kan? 30 minit tu kira lama juga.

Aduhai maaf maaf.

"Sorry sorry. Aku ada hal sikit. Err jom lah duduk dulu." Aku pelawa dia seperti aku pula yang reserved dinner kami berdua malam ni.

*******

MASING - MASING senyap sahaja sepanjang menikmati makanan yang terhidang di atas meja. Haura berasa agak kekok malam ni walaupun sudah dua atau tiga kali dia keluar makan malam dengan Zafran.

Tetapi selalunya Hanis temankan dan malam ini pula Zafran kata yang dia inginkan privacy.

'Entah apa lah yang Zafran nak buat dengan aku ni?' Fikiran negative mula menguasai aku. Takkanlah dia nak ungkit soal kahwin itu lagi pada malam ini?

Haura betul-betul tak bersedia untuk menggalas tangganjawab sebagai seorang isteri dalam masa terdekat ini. Jadi, dia mengambil keputusan untuk bersuara terlebih dahulu

"Zaf.."

"Ya. Kenapa?" Mata mereka berdua bertemu.

Sesaat.. dua saat..

"Ehem.... Tak, aku sebenarnya nak tahu kenapa kau ajak aku keluar malam ni? Tahulah bukan pertama kali kita keluar macam ni tapi kenapa kali ni Hanis tak boleh ikut sama?"

"Oh.. Tentang kita"

'Err dua patah itu sahaja yang dia jawab? Aku cakap panjang lebar kot tadi! Takpa takpa cool Haura. Sabar'

"Kau betul-betul nak jadikan aku isteri kau ke? Benda ni bukan boleh buat main-main. It's a serious matter. Dah fikir masak-masak ke? Aku ni banyak sangat kekurangannya. Takkan kau tak kenal aku lagi?"

Haura berhenti seketika untuk mengambil nafas.

"...Kita dah kawan lama. Hampir 5 tahun. Lepastu aku jadi PA kau, aku follow kau ke mana-mana. Kau pun dah kenal aku macam mana. Apa yang ada pada aku? Kosong. Aku takda apa-apa pun, Zafran."

"Tapi..." Zafran ingin berkata sesuatu tetapi pantas Haura potong.

"Kau takkan bahagia dengan aku. Aku tak sempurna Zaf"

Kata Zafran sebelum ini, setakat ini hanya Haura seorang sahaja yang memanggilnya Zaf. Eh eh kenapa tiba-tiba timbul isu nama ni?

'Haura Haura wake up. We're talking about your future'

"Haura...Tolonglah terima aku. Kahwin dengan aku? Pedulikan semua kekurangan tu. A-Aku tak peduli. Please Haura? Kau aje harapan aku sekarang ni. Aku mana ada kawan perempuan" Zafran masih merayu pada Haura.

Imperfect WIFE ✔Where stories live. Discover now