Bab 2 : Polis Pencen

34.1K 1.2K 16
                                    

"ANNE..." Panggil Hana sambil menyudu aiskrim berperisa green tea ke dalam mulut. Mereka bertiga baru sahaja selesai makan di sebuah restoran yang terletak di dalam KLIA itu. Sekarang masing-masing sedang menikmati pencuci mulut sambil berbual kosong.

"Apa?"

"Kau ingat tak dulu-dulu aku pernah cakap yang bila kau nak kahwin..." Matanya melirik ke arah Affendy. "... aku akan soal siasat bakal suami kau macam polis pencen?" Sambung Hana sambil menaik-naikkan keningnya.

"Alah Hana... cut him some slack," pujuk Anne. Bukan dia tidak tahu perangai Hana bagaimana. Sangat protektif!

"It's okay, sayang." Affendy bersuara sambil memegang tangan Anne supaya gadis itu tenang. 

Hana tersenyum kemenangan. Setakat ini dia hanya tahu bahawa Anne dan Affendy berkenalan hanya lima bulan yang lepas ketika Affendy berada dalam penerbangan untuk ke Singapura dan kebetulan Anne juga bertugas di dalam kapal terbang yang sama. Yang selebihnya, Hana belum tahu!

"How old are you?" Hana memulakan pertanyaan.

"28 years old."

Mata Hana membulat dan memandang ke arah Anne. Anne sekadar tersenyum pahit. "Age is just a number, babe." Ujar Anne membela diri.

Pergh, beza lapan tahun tu! Okey, tak apa. Masih boleh diterima. Setakat umur tu... apalah sangat!

"Your job?"

"A lawyer."

Hana angkat kening dan memandang Anne lagi. "Not bad, Anne..." usik Hana. "Kita dalam bidang yang sama la!"

"You're studying law right now?" tanya Affendy sambil angkat kening.

Hana mengangguk. "Macam neraka dunia..." gumam Hana tatkala teringat bidang yang sedang dipelajarinya sekarang. Memang dia suka dan minat dalam bidang ini sejak zaman sekolah lagi, tetapi apabila dia berada dalam bidang perundangan ini sekarang, ternyata ianya bukan mudah! Very challenging!

Affendy tergelak. "Been there, done that. You belajar dekat mana?"

"Lincoln's Inn."

Affendy mengangkat kening. "Not bad...."

"Sebelum kenal Anne, are you single, someone's boyfriend, or even worst, someone's husband? Ataupun duda?" Hana menyambung soalan.

"Hana...." Anne memandang Hana tajam tapi Hana buat tak peduli.

Affendy tergelak perlahan. "Positively single."

"Kenapa baru sekejap you kenal Anne, terus nak kahwin? Do you have any other intention, Fendy?" tanya Hana lagi dengan mata yang sengaja dikecilkan tanda curiga dengan lelaki itu.

"Jawapan kepada soalan you... I rasa ini semua jodoh. We have that chemistry, kan sayang?" tanya Affendy sambil memandang Anne. Anne mengangguk laju tanda setuju.

"Walaupun baru lima bulan kenal? Seriously?" Hana mengecilkan matanya lagi memandang Affendy. Sebenarnya dia masih belum pasti tentang lelaki yang ingin berkahwib dengan kawan baiknya itu.

"Serious."

Hana terdiam. Dia kekeringan idea untuk bertanya soalan lagi.

"Dah selesai, pak polisi?" tanya Anne dalam nada bergurau.

Hana meletakkan jari telunjuknya di dagu. "One more," ujar Hana. "You will take care of my best friend right?"

"With all my heart," jawab Affendy tenang.

Cinta Jangan Pergi ☑Where stories live. Discover now