Bab 21 : I Miss You

27.9K 1.2K 175
                                    

Puan Syarifah Azilah mematikan talian telefon kemudian memandang Anne lama. Dia perasan wajah anak muda itu mulai gelisah apabila ditenung lama olehnya.

"Cuba Anne berterus-terang dengan mama...." ujar Puan Syarifah Azilah senada. "Apa punca sebenar Anne dan Fendy bercerai dulu."

"Kan... kan mama dah tahu." Anne berkata sedikit tergagap. "Anne dah ceritakan semuanya pada mama!"

"Betul ke semua?" tanya Puan Syarifah Azilah seperti ragu-ragu.

"Betullah, mama! Takkan mama tak percayakan Anne? Fendy ceraikan Anne sebab anak, mama. Sebab Anne tak mampu nak beri dia anak masa tu. Tapi... Anne dah menyesal. Anne dah sedia nak ada real family dengan Fendy. Anne nak get back dengan dia."

Puan Syarifah Azilah hanya mendiamkan diri sambil berpeluk tubuh. Dia tidak tahu hendak buat bagaimana lagi untuk Affendy terima Anne semula. Pada pandangan matanya, Anne sudah cukup sempurna. Dia tidak sangka Affendy sanggup menceraikan Anne semata-mata kerana Anne masih tidak bersedia mahu mempunyai anak. Bukankah hal seperti itu boleh dibincang dahulu? Tak perlu sampai bercerai-berai!

Dan bila ditanya kepada anak lelakinya itu, Affendy tidak mahu menjawab. Setiap kali ditanya, hanya jawapan 'sudah tiada jodoh' yang diberikannya.

"Mama kenal Affendy sangat Anne. Walaupun dia bukan anak kandung mama, Anne kena ingat... mama jaga Affendy bukan sehari dua. Fendy anak saudara mama yang mama dah anggap macam anak kandung mama sendiri. Mama kenal perangai Fendy. Dia takkan marah kalau tak ada sebab, Anne."

Anne mula menggigit bibir. Dia takut rahsianya terbongkar pada bekas ibu mertuanya. Perkara itu tidak boleh terjadi. Sudah cukup bagus selama ini bekas ibu mertuanya itu menyebelahi dirinya, jadi dia tidak mahu semua itu hilang. Puan Syarifah Azilah harus berada di pihaknya supaya senang untuk dia memenangi hati Affendy semula.

"Mama... Anne cakap betul mama. Anne tak tipu!" Sungguh-sungguh Anne cuba meyakinkan ibu mertuanya. "Fendy nak sangat anak, and I wasn't ready!"

"Habis tu... kenapa Fendy marah sangat?"

"Manalah Anne tahu... mungkin dia penat dengan kerja dialah kot. Lagipun tengahari tadi Anne ada kacau Fendy lepas dia keluar pejabat. Mungkin dia rimas dengan Anne sebab tulah...."

Puan Syarifah Azilah berdecit perlahan. "Anne ni pun satu! Bersabarlah sikit! Jangan kacau Fendy bila dia kerja! Anne pergi cari dia sampai dekat pejabat ke?"

Anne mengangguk perlahan seperti orang bersalah. Memang itu niatnya, mahu berjumpa dengan Affendy. Menyambut hari jadi Hana bukan motif utamanya pun. Dia sangka Affendy akan turut serta dalam jamuan tengahari tadi kerana Hana itu pelatihnya, tup tup, lelaki itu marah lalu keluar dari pejabat pula. Habis segala rancangannya!

"Lain kali, jangan terburu-buru. Dengan Fendy ni kena berlembut, kena ambil hati dia. Jangan main terjah je! Mungkin dulu pun Anne tak reti ambil hati Fendy kot, sebab tu sampai bercerai-berai!"

Cemberut wajah Anne jadinya bila ditegur begitu. Kalaulah Puan Syarifah Azilah tahu punca perceraian mereka, pasti dia terkejut besar.

Dalam hati Anne tersenyum sinis. Puan Syarifah Azilah tidak perlu tahu perkara yang sebenar. Anne sendiri tidak tahu kenapa Affendy tidak pernah berterus-terang pada kedua-dua ibu bapanya tentang punca perceraian mereka berdua. Bukankah lebih mudah untuk lelaki itu memburuk-burukkan dirinya dan biarkan dia seorang dipersalahkan dalam hal ini?

Tetapi tidak. Affendy tidak pernah membongkarkan apa-apa pun tentang perceraian mereka dan kerap kali hanya lelaki itu dipersalahkan kerana menceraikannya. Namun, tidak pernah sekalipun Affendy membentak.

Cinta Jangan Pergi ☑Where stories live. Discover now