Bab 24 : Please, Let Me Love You

27.4K 1.3K 137
                                    

Kapal terbang sudah selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi. Affendy memandang Hana di sebelahnya. Gadis itu masih lagi nyenyak tidur sambil bersandar pada lengan kirinya. Pasti Hana tidak sedar dia sedang tidur sambil bersandar di lengannya.

Kalau boleh, Affendy tidak mahu mengejutkan Hana. Dia rela Hana tidur beralaskan lengannya sampai bila-bila jika itu dapat membuatkan Hana berada dekat dengannya selalu. Lenguh pun, lenguhlah. Affendy tidak peduli. Tetapi dia tahu mereka perlu mula bergerak keluar dari kapal terbang sekarang.

Perlahan-lahan rambut yang jatuh ke wajah Hana ditolak ke belakang. Affendy tersenyum melihat wajah polos Hana yang nyenyak tidur seperti tiada apa yang sedang berlaku. Pasti gadis itu penat kerana terpaksa bergegas sejak pagi lagi. Ini semua kerana dia menyuruh Hairi menipu Hana. Dia tidak ada cara lain lagi untuk memaksa Hana ke Langkawi hari ini juga.

"Sayang, bangun...." Tanpa segan silu tangannya memegang pipi Hana dengan lembut. Ibu jarinya mengusap pipi mulus itu untuk mengejutkan Hana. "Wake up, sayang... kita dah sampai."

Sedar ada sesuatu yang sedang bermain di pipinya, sedikit demi sedikit Hana membuka matanya. Terkebil-kebil dia memandang wajah Affendy yang terasa begitu rapat dengan wajahnya. Apabila otaknya mula mencerna apa yang berlaku, pantas Hana duduk secara menegak.

"Kita dah sampai ke?" tanya Hana berpura-pura tidak tahu.

"Dah, sayang. Sejam je perjalanan kita. Nyenyak tidur tadi?" tanya Affendy dengan senyuman manisnya.

Hati Hana mula berdebar-debar. Ish, jangan membelot eh, hati! Ingat sikit siapa tuan kau! Jangan termakan dengan senyuman dia tu!

"Kenapa panggil saya sayang?" tanya Hana dengan garang. Matanya dibulatkan seperti marah.

"Sebab abang sayang awak. Simple."

Hana sekadar menjeling. Mahu bergaduh lebih-lebih, dia perasan beberapa orang pramugari yang lalu-lalang sudah memandang ke arah mereka. Pasti mereka sedang memberi isyarat untuk dia dan Affendy supaya lekas turun, memandangkan tiada penumpang lain lagi di situ selain mereka berdua.

"Jomlah turun. Stewardess dah pandang-pandang tu...." bisik Hana perlahan lalu berdiri untuk keluar.

Affendy turut bangun dari tempat duduknya untuk memberi ruang supaya Hana yang duduk di tepi tingkap keluar dahulu. Apabila Hama sudah keluar, tangan Hana digenggam erat lalu dipegang sepanjang jalan di lorong itu untuk ke pintu kapal terbang.

"Sorry, we took some time to get out. Isteri I sakit kepala sikit," ujar Affendy selamba kepada pramugari yang berdiri di muka pintu kapal terbang itu.

"Oh, nevermind sir. Are you okay now, ma'am?" tanya pramugari itu dengan prihatin.

Membulat mata Hana mendengar pernyataan Affendy. Sejak bila aku isteri dia? Ah, ini tak boleh jadi!

"No, actually I'm not...." Belum sempat Hana mahu menjawab, Affendy terlebih dahulu menyampuk.

"Yes, you are sayang. Tadi sayang sakit kepala kan? Sebab tu tidur je dekat lengan abang sepanjang perjalanan tadi. Kesian dia...." ujar Affendy dengan senyuman mengusiknya yang Hana sudah kenal sungguh. Tidak cukup dengan itu, bahu Hana dirangkul rapat pada tubuh Affendy. Sudahnya, Hana hanya mampu tersenyum sahaja kepada pramugari itu dengan keterpaksaan.

"Aww, both of you are so sweet! Are you guys on a honeymoon trip?"

Affendy rasa seperti mahu tergelak tetapi segera ditahan. Dia memandang ke arah Hana yang jelas sedang mengukir senyum palsu di wajahnya.

"Hmm, are we sayang?" tanya Affendy kepada Hana dengan senyuman nakal.

Hana membalas dengan senyuman terpaksanya yang kelihatan seperti kerang busuk sahaja. "No. Definitely not honeymoon. There might be no moon at all during our stay here." Sesudah mengucapkan ayat itu, kaki Affendy dipijak dan dia terus berlalu meninggalkan Affendy di belakang.

Affendy hanya mampu menahan sakit apabila kakinya dipijak oleh Hana. Riak wajah sedaya upaya dikekalkan seperti tiada apa yang berlaku. Dengan pantas dia mengucapkan selamat tinggal kepada pramugari itu lalu mengejar Hana. Nasib baik gadis itu masih belum jauh lagi.

"Aduh, sakitnya kaki ni. Macam dah bengkaklah...." ujar Affendy mengada-ngada. Sakit tu memanglah sakit, tapi tidaklah sampai bengkak. Apa sangatlah bila kaki Hana yang bersaiz lima itu memijak kakinya yang bersaiz sepuluh. Tak luak pun sakitnya!

Hana tidak berhenti melangkah tetapi matanya menjeling Affendy di sebelah. Takut juga kalau lelaki itu betul-betul sakit, kerana bukan perlahan apabila dia memijak kaki kiri lelaki itu tadi. Apabila melihat wajah Affendy yang berkerut-kerut dan berjalan terhincut-hincut di sebelahnya, Hana berhenti melangkah.

"Sakit betul ke?" tanya Hana perlahan seperti serba salah.

"Sakitlah... ingat abang main-main ke?" Affendy masih lagi dengan lakonannya. Dia mahu lihat bagaimana reaksi Hana apabila dia berpura-pura sakit begitu.

"Sorry-lah... siapa suruh tuan buat lawak tak kelakar depan stewardess tadi," gumam Hana masih dengan serba salah. "Boleh jalan tak? Saya pimpin...." Lengan kiri Affendy disangkutkan pada bahunya dan tanpa sedar tangan kanannya memeluk pinggang Affendy. Nasib baik ketinggiannya dan Affendy tidaklah begitu ketara, walaupun lelaki itu nyata lebih tinggi daripadanya. Niat Hana ketika itu hanya mahu memimpin lelaki itu berjalan sahaja.

"Kalau macam ni punya gaya... awak nak pijak kaki abang tiap-tiap hari pun abang sanggup sayang," bisik Affendy sambil tangannya juga tanpa teragak-agak memeluk bahu Hana apabila Hana bertindak meletakkan tangannya di atas bahu gadis itu. Alang-alang menyeluk pekasam kan....

Hana yang sedar dirinya sudah ditipu, pantas sahaja mencubit pinggang Affendy. Wajah kacak lelaki itu dijeling geram.

"Kalau tuan buat lagi perangai macam ni... saya balik KL!" ugut Hana.

"Okay, okay. I'm sorry." Kedua-dua belah tangan diangkat paras bahu tanda mengaku kalah. "But you are not being fair. Asyik panggil abang, tuan, tuan. Panaslah telinga ni!"

"Habis tu?"

"Abang, sayang. Abang." Tangan Hana dipegang erat lalu dia kembali melangkah ke arah tempat mengambil beg. "Biasakan panggil macam tu. Baru tak tergeliat lidah nanti. Tengok abang... dah mula belajar panggil awak sayang tau!"

Hana menjeling geram. "Tak ada siapa suruh pun!"

Affendy hanya melemparkan senyumannya. Apabila beg miliknya dan Hana lalu di hadapannya, pantas sahaja dia mencapai dua buah bagasi itu dari atas belt. Ketika Hana sibuk memeriksa beg rodanya jika terdapat sebarang kerosakan, tiba-tiba dia merasakan Affendy meletakkan tangan di atas kepalanya, membuatkan Hana serta-merta mendongak. Apabila dia mendongak, secara spontan Affendy memegang kedua-dua belah pipi Hana dengan lembut. Matanya memandang tempat ke arah sepasang mata bundar milik Hana.

"Only God knows how much I miss you, Hana. Tak pernah ada satu hari pun yang abang tak menyesal dengan keputusan abang untuk buang awak dari hidup abang. I regretted my decision every second. Pagi ni bila awak pandang mata abang dan menangis, I just can't take it anymore. Hati abang sakit bila berjauhan dengan awak, Hana...."

Hana terdiam dan tidak mampu berkata apa-apa. Yang dia tahu, dia sungguh tersentuh dengan apa yang dikatakan Affendy tadi. Kenapa hatinya terasa sungguh lemah apabila Affendy berkata-kata? Tidak pernah Hana berasa hatinya tenang apabila Affendy merenungnya begitu. Sangat mendebarkan!

"Please, Bunga...." ucap Affendy perlahan memanggil Hana dengan nama yang istimewa itu. "For once, give ourselves a chance. For once, let's forget about what people will think of us. For once, please let me love you."

Mendengar ayat yang terakhir itu, terus Hana menitiskan air matanya. Serta-merta Hana merangkul tangannya di belakang leher Affendy. Affendy membalas pelukan Hana dan membiarkan Hana menangis di dalam pelukannya.

"I miss you so much, Bunga. So much." Affendy berkata sambil meletakkan dagunya di atas kepala Hana yang lebih rendah daripadanya.

"I miss you too, abang."

***

Cukup tak dos #hanafendy untuk hari ni? Ramai yang mintak sweet-sweet je kan... saya bagilaahhh. Jangan cair dgn encik duda sudah! 😂

Cinta Jangan Pergi ☑Where stories live. Discover now