Bab 25 : Perfect

28.7K 1.1K 107
                                    

Hana terjaga daripada tidurnya apabila mendengar telefonnya berbunyi. Belum sempat dia menjawab panggilan itu, bunyi telefon terlebih dahulu mati. Hana membiarkan sahaja. Terasa malas mahu bangkit daripada tidur dengan bau aromaterapi bilik hotel yang amat menenangkan. Tidak silap keputusannya untuk menempah bilik penginapan di Telaga Terrace Boutique Resort sepanjang tiga hari dua malam mereka bakal bercuti di sini. Sudahlah cantik, dekat dengan Pantai Cenang pula tu!

Selepas puas bergolek-golek di atas, barulah Hana mencapai telefon bimbitnya di atas meja tidur. Nama Monster yang muncul di skrin telefonnya. Hana tersenyum. Baru sekejap sahaja mereka berpisah, Hana sudah mula rasa rindu. Sedangkan biliknya dan Affendy sebelah-menyebelah sahaja!

Haish, mabuk bercinta la ni!

Hana seperti tidak percaya akhirnya dia memberi kebenaran kepada Affendy untuk mencintai dirinya, dan dia juga akhirnya memberi ruang buat diri sendiri untuk turut mencintai Affendy. Untuk kali ini, Hana tidak mahu berfikir tentang orang lain lagi. Apa salahnya jika dia mahu bahagia? Sekali sahaja... dia mahu mementingkan kebahagian dirinya juga.

Dan apabila Affendy berkata bahawa buat sekali ini sahaja dia patut beri peluang untuk mereka berdua, Hana tidak mampu menolak kebenaran itu. Memikirkan bagaimana dia memeluk Affendy di tengah-tengah lapangan terbang sebentar tadi membuatkan Hana termalu sendiri.

Hana... Hana. Kau ingat ni cerita Hindustan ke?

Sebelum Hana mahu menghubungi Affendy semula, dia menukar dahulu nama Affendy di dalam log book-nya daripada Monster kepada Abang Monster Handsome. Kemudian gambar Affendy yang memang sudah tersedia ada dalam telefon bimbitnya dipilih satu lalu dijadikan sebagai display picture lelaki itu.

Seperti tahu-tahu sahaja, telefon bimbit Hana kembali berbunyi dan memaparkan nama dan gambar Affendy sepenuh-penuh skrin telefon bimbitnya. Hana tersenyum melihat gambar kacak Affendy.

"Hey... are you up already, sayang? Or did I wake you up?" tanya Affendy lembut sahaja sebaik sahaja panggilannya berjawab.

"Nope, I'm already up. Kenapa abang call Hana?"

"Sebab rindu."

Hana tergelak kecil. Dalam masa yang sama dia mencapai bantal lalu dipeluk erat kerana malu.

"Mengada-ngadanya...."

"Dengan awak je abang mengada-ngada." Affendy juga tergelak kecil di hujung talian. "Sayang lapar tak?"

Dengar sahaja perkataan lapar, terus perut Hana berbunyi. Dia baru tersedar bahawa dia hanya sempat makan roti dan sebotol 100plus sahaja tengahari tadi. Kini jam sudah hampir ke pukul lima, dan dia masih belum menjamah makanan berat walaupun sedikit.

"Lapar sangat...." ujar Hana sambil memegang perut yang kian terasa lapar.

"Abang dah agak dah. Okey... sekarang sayang siap-siap. Lepas tu kita jumpa kat lobi dalam 30 minit. Boleh?"

"Boleh!" jawab Hana penuh semangat. "Kita nak makan dekat mana?"

"Kita makan tepi pantai, nak?"

"Nak, nak! Bestnya!" Hana sudah tidak sabar-sabar. Dia terlebih teruja kerana ini kali pertama dia menjejakkan kaki ke Langkawi sepanjang 25 tahun dia hidup. "Abang tunggu Hana ya. Hana nak siap-siap kejap!"

"Okey, sayang. Take your time...."

Sebaik sahaja Hana mematikan talian, dia terus melangkah ke bilik air untuk  mencuci muka dan menggosok gigi. Selesai, dia duduk di meja solek dan mula melakukan solekan ringkas. Dia sekadar memakai foundation H&M yang hanya sheer coverage untuk mendapatkan efek 'no make-up, make-up look' berbanding jika dia memakai foundation yang kebiasaannya dia akan pakai ke pejabat. Kemudian Hana melukis kening, memakai maskara, mencalit lipstik ke bibir, meletakkan sedikit highlighter di pipi, dan akhir sekali menyembur setting spray ke muka dan dibiarkan kering sendiri.

Cinta Jangan Pergi ☑Where stories live. Discover now