Special Chapter 5 : Pertemuan

27.4K 1.1K 239
                                    

Berombak-ombak dada Hana menahan marah selepas menamatkan panggilan bersama Cikgu Khairul tadi. Dia menghubungi Khairul untuk memberitahu bahawa dia akan menjemput anaknya sedikit lewat kerana hal kerja yang tidak dapat dielakkan. Kemudian jalan pula sesak teruk. Jadi dia meminta tolong Khairul memberitahu Adam supaya tunggu di dalam kawasan sekolah sehinggalah dia datang.

Tetapi alangkah terkejutnya dia apabila Khairul memberitahu Adam sudah pulang dijemput ayahnya. Sedangkan dia baru sahaja berjumpa Ilham tadi. Adam hanya ada 'Daddy' selama ini. Mana pernah ada ayah. Gila!

Hana tahu lelaki itu yang buat hal. Berani-beraninya dia mengambil Adam tanpa pengetahuan Hana. Dia ingat dia siapa?!

Selepas mendapat nombor telefon lelaki itu melalui Ilham, Hana terus mendail.

"Hello...."

"Mana kau sorok anak aku hah?!" jerkah Hana sebaik sahaja dia mendengar suara Affendy.

"Please... come over. Adam tengah tidur." Tenang sahaja suara itu menjawab walaupun sudah dijerkah. "Abang share location."

Hana terus mematikan talian. Telefon dicampak geram ke seat sebelah. Geram dia mendengar suara yang tenang itu. Kemudian telefon itu diambil semula untuk melihat lokasi yang dihantar. Dengan hati yang sebal dia mengikuti sahaja ke mana Waze membawanya.

Sampai sahaja di hadapan rumah banglo besar itu, Hana mematikan enjin keretanya. Dia keluar dari kereta dan dengan marah dia menekan loceng rumah berkali-kali. Biar bingit telinga orang yang di dalam rumah itu. Sakit hatinya belum surut lagi.

Pintu pagar automatik tiba-tiba terbuka dan Hana terus menjenguk ke dalam. Buat pertama kalinya selepas tujuh tahun lamanya, Hana melihat susuk tubuh lelaki itu di hadapan matanya. Pertemuan pertama sejak sekian lama. Dia tidak tahu perasaan apa yang menjalar dalam hatinya sekarang ini. Rindu, dendam, benci. Semuanya ada.

Hana terus mendekati lelaki itu dengan berani. Tanpa memberi isyarat....

Pang! Satu penampar diberikan ke pipi kiri Affendy.

"Mana anak aku!!!" jerit Hana dan tanpa dapat ditahan lagi, dia menitiskan air matanya. Dia sendiri tidak tahu air mata itu untuk apa.

Affendy menghela nafas berat. Tadi dia terpegun melihat Hana. Cantik berseri lagi-lagi sekarang isterinya itu sudah berhijab. Ketika dia lihat Hana yang berjalan ke arahnya tadi, dia ingatkan dapatlah pelukan ke, ciuman ke. Rupa-rupanya makan penampar dia hari ini. Memang patut pun. Padan muka kau, Affendy.

Hana menggenggam tangannya yang telah menampar suami sendiri tadi. Sumpah dia tak menjangka dia akan menampar Affendy. Entah kenapa tangan itu ringan sahaja naik ke wajah lelaki itu tanpa dipinta. Mungkin kerana rasa marahnya yang meluap-luap membuatkan dia melakukannya.

"Kenapa menangis ni? Abang tak buat apa-apa pada Adam. He's fine." Affendy berkata lembut, seolah-olah tidak terkesan dengan tamparan Hana. Perit tu perit juga, tapi apalah sangat kalau hendak dibandingkan dengan apa yang telah dia lakukan.

Hana masih lagi menangis. Benci pula pada diri sendiri kerana tidak dapat menahan tangisan di hadapan lelaki ini.

"Jangan pernah sesekali awak buat macam ni lagi! Jangan ambil Adam tanpa pengetahuan saya! Saya boleh saman awak!"

"Saman abang sebab nak jumpa anak sendiri?" tanya Affendy masih lagi lembut. Matanya memandang terus ke dalam mata Hana.

"Siapa anak awak? Adam tu anak saya!" Hana menjawab tegas. Senang-senang nak mengaku anak. Tujuh tahun menghilang tak sedar diri ke?!

"Anak kita...." ujar Affendy membetulkan dengan tenang. Masih melihat wajah Hana yang merah. Mungkin kerana marah. Mungkin kerana sedang menangis. "Adam kenal abang, Hana. Thank you."

Cinta Jangan Pergi ☑Where stories live. Discover now