Special Chapter 8 : Plan Affendy

28.2K 1.1K 129
                                    

Affendy melihat dirinya di dalam cermin di ruang tamu buat seketika. Sut hitam sepasang tersarung elok pada tubuhnya. Walaupun tidak sado seperti dulu, tapi Affendy masih fit kerana sudah kembali ke gim. Tidaklah kurus sangat seperti waktu dia sakit dahulu. Masa tu makan pun tak lalu, apatah lagi nak bersenam.

Akibat bertahun-tahun dia meninggalkan senaman ketika sedang sakit, badannya jadi susut teruk. Tak ada lagi otot-otot pejal yang tinggal. Yang nampak cumalah isi membaluti tulang. Kurus sangat dia masa tu. Rasa macam tak sanggup nak ingat semula. Kini selepas sudah kembali sihat, Affendy cuba kembali aktif. Bukannya mahu sado sangat pun, cukuplah sekadar fit and healthy. Lagipun dia bukannya muda lagi nak jadi sado. Dah 41 tahun dah. Jadi tak payah nak berangan sangat.

Affendy mengemaskan pula rambutnya yang sudah sedia kemas. Nasib baik selepas tamat rawatan kimoterapi dan yang seangkatan dengannya, rambutnya mula tumbuh perlahan-lahan dan disulami dengan uban-uban putih disebalik rambut hitam lebat itu. Jangan gelak... tapi dulu dia pernah botak licin sebab rambutnya terlalu banyak gugur. Jadi dia ambil keputusan untuk botakkan saja. Jangan bagitahu Hana tentang ni tau. Nanti Hana mesti gelak.

Pagi ini seperti biasa dia akan menjemput Adam di rumah dan membawa ke sekolah. Sudah seminggu rutinnya jadi begitu. Setelah dipersetujui oleh Hana, tugas menghantar dan mengambil Adam ke sekolah sudah menjadi tugasnya. Hujung minggu pula, Adam akan pulang ke rumahnya dan hari minggu di rumah Hana.

Tapi jangan salah faham... Hana dan Affendy belum bercerai.

Hana kata dia mahukan sedikit masa dan Affendy dengan rela hati memberikan ruang untuk Hana berfikir dahulu. Sambil-sambil tu sempatlah dia nak memujuk hati yang sudah berduka-lara tu. Sudah-sudahlah berjauhan macam ni. Dia sendiri pun dah tak sanggup rasanya. Hari tu ketika Hana duduk di atas ribanya, ingatkan dah boleh berbaik-baik. Rupa-rupanya belum lagi. Hailah sayang... mulut kata tak nak, tapi hati nak sebenarnya kan?

"Hari ni kena pergi court ke?" tanya Hana sebaik sahaja dia membuka pintu rumah. Selalunya bila Affendy pakai sut sepasang begini, mesti sebab perlu ke mahkamah. Kalau tidak, Affendy sekadar berseluar slack, kemeja dan tali leher sahaja.

Walaupun firma suaminya dan Hairi fokus kepada conveyancing yang tidak perlu ke mahkamah, tetapi ada beberapa peguam-peguam senior di situ yang membuat litigation juga. Antaranya ialah Hairi dan suaminya. Sebab itu mereka kerap ke mahkamah berbanding orang lain.

Melihat Affendy begitu, dia terasa rindu pula mahu masuk ke mahkamah. Semenjak dia berhenti kerja di firma lamanya selepas melahirkan Adam, Hana sudah tidak masuk ke mahkamah lagi. Kini dia menjadi In-House Lawyer sahaja dan bekerja sebagai legal advisor di syarikat tempat abang iparnya bekerja. Orang kata peguam yang tak masuk mahkamah ni peguam yang dah hilang taringnya. Ya, dialah tu. Dah lama hilang taring semenjak ada Adam. Tak apalah, yang penting kerja baru ini lebih tenang dan mengikut masa. Jadi lebih banyak masa dapat dia fokuskan untuk Adam.

"Tak. Hari ni nak pergi interview kerja," jawab Affendy sambil mencapai beg baju Adam. Minat Spiderman rupanya anak aku ni. Semuanya nak Spiderman saja.

Minggu ini buat pertama kalinya Adam akan tinggal di rumah Affendy seperti yang telah dijanjikan. Hujung minggu harus di rumah Affendy. Hari lain seperti biasa Adam akan tinggal bersama ibunya.

Dahi Hana berkerut. "Kerja apa pulak? Abang kan memang dah kerja?" Bukannya Affendy itu penanam anggur pun. Dia sudah kembali bekerja di firma lamanya bersama Hairi. Jadi nak cari kerja apa lagi?

"Part time sayang. Cari duit lebih sikit untuk anak isteri. Tak salah kan...."

"Kerja apa?"

Cinta Jangan Pergi ☑Where stories live. Discover now