Special Chapter 3 : Kembali

24.9K 1.1K 217
                                    

7 tahun kemudian....

"SYED ADAM! Cepat sikit! Kita dah lambat ni!" laung Hana dengan kuat apabila anaknya masih tidak keluar dari bilik tidurnya. Jam sudah menginjak ke angka tujuh. Sebelum 7.30 pagi anak terunanya itu perlu sampai ke sekolah. Sudahlah ini hari pertama bagi pelajar darjah satu. Dia mahu Adam menunjukkan contoh yang baik. Bukannya lambat ke sekolah macam ni!

"Kejap ibu!" balas Adam sambil terkocoh-kocoh keluar dengan beg sekolah bergambar Spidermannya. Jenuh nak mencari tau! Bukan main cerewet lagi Syed Adam ni. Tak nak Spiderman zaman Tobey Maguire, tak nak Spiderman zaman Andrew Garfield, nak Spiderman zaman Tom Holland jugak! Hailah anak... banyak cekadak jugak ya!

Hana memimpin tangan Adam dan kelam-kabut keluar dari rumah. Butang bawah pada lif ditekan dan sambil menunggu lif sampai, Hana tak henti-henti membebel pada Adam.

"Ibu tak nak Adam lewat lagi macam hari ni ya. Ibu tak suka kita kelam-kabut macam ni. Pagi-pagi dah terlari-lari, penat tahu tak!" bebel Hana lagi sebaik sahaja mereka masuk ke dalam kereta. Kemudian dia memandang sekilas pada cermin pandang belakang. "Aduh, tengok ni tudung ibu. Senget dah!" Pantas tangannya membetulkan kedudukan selendangnya yang sudah tersenget sedikit.

"Sorry ibu... next time I'll be faster. Like Spiderman!" ujar Adam lalu ketawa.

Hana turut ketawa. Adam... Adam. Memang tak boleh buat ibu marah lama-lama!

Melihat jalan pagi itu, Hana sudah pasrah. Sesak yang amat! Naik bosan dia tunggu kereta yang bergerak sedikit demi sedikit. Rasa macam mahu buat auto-pilot je kereta ni. Tapi nak buat macam mana... pakai kereta lama. Masih Honda Civic warna merah hati itu.

"Adam look... I want to avoid this, okay. If we left the house just a little bit earlier, we wouldn't be here now. Adam mesti dah sampai school, boleh duduk depan dalam kelas."

"Adam duduk at the back. Teacher won't see me." Senang Adam menjawab.

Hana menjegilkan matanya. Pipi tembam anaknya dicubit geram. "I want the teacher to see you. Kalau buat perangai, ibu suruh babap je Adam ni. Don't be naugty okay baby... ibu tahu Adam good boy kan?"

"Don't worry ibu. Adam kan memang always a good boy. Adam jaga ibu every day. Protect ibu like Spiderman!"

Hana tersenyum bahagia. Rambut lebat anaknya diusap penuh kasih. Tanpa Adam... dia tak tahulah apa yang akan terjadi. Kecil-kecil sudah pandai begini. Menjaganya ketika susah dan senang. Berada di sisinya setiap masa.

Sampai sahaja di sekolah, jam sudah di angka lapan. Sudah lambat 30 minit. Murid-murid juga sudah masuk ke dalam kelas. Sambil memimpin tangan Adam, Hana berjalan laju menuju ke kelas 1 Marikh. Nasib baik dia memang hadir ke briefing ibu bapa bagi murid tahun satu minggu lepas. Jadi dia sudah tahu kedudukan kelas Adam di mana.

"Maaf cikgu, kami terlambat. Jalan sesak sangat tadi dekat area KLCC," terang Hana tanpa berselindung kepada seorang guru lelaki yang sedang berdiri di muka pintu. Sudah buat salah kan, mengaku sajalah. Dalam kepala sudah merancang, esok mesti keluar awal sedikit. Pening juga tinggal di kawasan KLCC ni. Baru keluar pondok jaga tak sampai berapa minit, sudah perlu menempuh kesesakan.

Tapi kenapa kau tak keluar je dari rumah tu, Hana Dahlia?

Soalan yang tiba-tiba menerpa di dalam fikirannya cepat-cepat ditangkis. Tak ada masa nak fikir sekarang!

"Tak apa puan." Cikgu lelaki yang memakai tag nama Khairul berkata dengan senyuman. "Syed Adam, kan?"

"Yes, teacher!" jawab Adam penuh semangat membuatkan Hana tergelak kecil.

Cinta Jangan Pergi ☑Where stories live. Discover now