Special Chapter 4 : Syed Affendy

26.7K 1.1K 193
                                    

Hana termenung di ruang tamu itu sambil matanya memandang tepat ke televisyen. Entah apa yang sedang berlaku dengan Zac Efron dan Zendaya dalam The Greatest Showman itu pun dia sudah tidak tahu lagi. Fikirannya teringat-ingat apa yang dikatakan Ilham petang tadi.

"Awak tak nak jumpa dia ke Hana?"

"Untuk apa, Am? Dah tujuh tahun, kan!"

"Get a closure, Hana. Betul cakap awak... dah tujuh tahun. Tapi sampai bila nak macam ni?"

"Saya dah tak kisah, Am. Biarlah apa nak jadi pun. Yang penting saya ada Adam. Itu dah cukup untuk saya."

"Saya tahu awak masih mengharap, Hana. Kalau tak, dah lama awak minta cerai."

Hana terdiam lama. Betulkah dia masih mengharap? Dia sendiri tidak tahu jawapannya.

"Leraikan apa yang tersimpul, Hana. Kesian Adam. Dia tak tahu apa-apa!" ujar Ilham lagi apabila melihat Hana hanya diam.

"Baguslah dia tak tahu apa-apa, Am. Lebih baik dia tak tahu apa yang ayah dia dah buat pada saya. Cukup bagus saya masih ada hati dan perasaan untuk cerita pada Adam tentang dia. Kalau nak diikutkan hati dan perasaan marah saya, dah lama saya kata ayah dia dah meninggal!"

"Jangan terlampau mengikutkan perasaan, Hana...."

"Saya ikutkan perasaan? Salah ke saya ikutkan perasaan saya bila dia dah letak saya dekat tapak kaki dia? Tak ada isteri yang minta untuk ditinggalkan, Am. Hidup saya kacau-bilau lepas dia tinggalkan saya!"

Giliran Ilham pula yang mendiamkan dirinya apabila melihat Hana sudah mula menitiskan air mata.

"Hana, look. I want to be honest with you. Syed ada jumpa saya. Dia nak jumpa awak."

"Sejak bila awak keep in touch dengan dia ni?" tanya Hana musykil bagaimana Ilham boleh berhubung dengan Affendy pula.

"Awak nak tak jumpa Syed?" Ilham tidak menjawab soalan Hana. Takkan dia mahu memecah rahsia yang dialah pemberi maklumat kepada Affendy selama ini.

Tujuh tahun Affendy hilang, tiga tahun pertama itu dialah pemberi segala maklumat tentang Hana dan Adam kepada lelaki itu. Tetapi entah kenapa selepas itu Affendy mendiamkan diri. Langsung tidak menghubunginya. Nombornya juga sudah bertukar. Kini selepas empat tahun tidak berhubung dengan Affendy, semalam lelaki itu tiba-tiba menghubunginya semula. Dan Syed Affendy kata dia sudah pulang ke Malaysia — for good.

"No. Saya tak nak ada apa-apa kaitan dengan dia." Hana menjawab tegas.

"Tapi awak sedar kan yang awak masih isteri dia?"

"Awak bagitahu dia, kalau dia masih ada rasa tanggungjawab, ceraikan saya. Saya tunggu surat cerai daripada dia."

"Ibu menangis ke tu?" Suara Adam mematikan lamunan Hana. Adam melihat dari tangga itu. Dari jauh dia nampak ibunya seperti sedang menangis. Betul ke?

"Mana ada ibu nangislah...."

"Ibu... nak tengok gambar ayah boleh?" tanya Adam tiba-tiba. Dia berdiri di hadapan Hana dengan robot Spiderman di dalam pelukannya.

Hana terus mengangkat Adam dan diletakkan di atas ribanya lalu dipeluk. "Kenapa tiba-tiba nak tengok gambar ayah pulak malam ni?" soal Hana lembut kemudian mencium ubun-ubun Adam.

"Tadi masa dekat sekolah cikgu suruh perkenalkan diri. Perkenalkan ibu. Perkenalkan ayah. Adam hanya tahu nama ayah dan ayah kerja apa je. Kawan-kawan lain cerita panjang-panjang."

Cinta Jangan Pergi ☑Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu