Bab 9 : Pernah Jumpa?

27.2K 1.2K 56
                                    

HANA termenung sendirian sambil tangannya menguis nasi goreng kampung dengan sudu dan garfu. Sejak dari tadi lagi dia begitu, sehinggakan nasi goreng kampung yang ditapau dari rumah dan dipanaskan menggunakan microwave di pantry pejabat itu sudah kembali sejuk. Namun, nasi goreng itu belum sampai separuh pun dimakan.

Kalau hendak diikutkan, banyak lagi hal yang perlu dia selesaikan hari ini. Dia perlu mengisi borang-borang 1 dan 2 secepat mungkin untuk secara rasminya memulakan latihan dalam kamar. Kemudian dia perlu ke mahkamah di Jalan Duta untuk membuat e-filing borang-borang itu pula. Belum lagi ditambah dengan kerja yang diberikan oleh master-nya.

Hana mengeluh berat. Dia tahu dia tidak boleh bersikap begini — menjadi tidak profesional dengan mencampur adukkan hal peribadi dalam hal kerja. Tetapi Hana juga tidak dapat menafikan yang hatinya terasa berbolak-balik apabila bertemu dengan lelaki itu pagi tadi, selepas hampir empat tahun tidak bertemu.

Lelaki itu merupakan lelaki pertama yang dicintainya. Dan lelaki itu jugalah yang menghancurkan hatinya buat kali pertama.

Tetapi Hana tidak pernah menyalahkan Ilham seratus peratus. Jarak antara Malaysia dan United Kingdom bukannya dekat. Ramai yang memberi amaran kepada mereka bahawa percintaan jarak jauh ini bukannya mudah. Ketika itu mereka berdua yakin yang mereka boleh menghadapinya. Tetapi ternyata baru sahaja setahun terpisah, perkara yang paling ditakutinya terjadi.

Ilham minta untuk berpisah.

"Kenapa? Apa salah saya?" soal Hana dengan suara yang sudah berubah nada seperti ingin menangis.

"Tak... awak tak salah apa-apa. Saya yang salah." Ilham bersuara di hujung talian. Sungguh dia rasa bersalah dengan Hana atas apa yang telah dilakukannya. Tetapi dia tidak dapat mengelak lagi, hatinya sudah terjatuh pada wanita lain.

"Kalau saya tak salah, kenapa awak nak tinggalkan saya?" Ilham dapat dengan yang Hana sudah menangis teresak-esak di hujung sana. "Please don't do this to me. Awak tahu saya sayang awak...."

Ilham mengeluh berat. "I have a new girl. Saya dah curang, Hana. Saya tak nak tipu awak lagi. That's why I want to break up with you. Saya tak nak awak kecewa dengan lebih teruk lagi. You deserve someone better, Hana. And that's not me."

Hana memejamkan matanya dengan air mata yang turun bercucuran mendengar pengakuan Ilham. Hatinya sakit bagaikan dirobek-robek sahaja ketika ini.

"Sampai hati awak, Ilham. You've promised me!"

"It's not easy for me Hana! Saya struggle sorang-sorang dekat sini, and I nearly gave up to finish my PhD. But she's always with me through my ups and downs. Awak takkan faham, Hana...."

"You think it's easy for me, Ilham?! Awak fikir awak sorang je, saya ni macam mana? I'm in London, Ilham. I'm in a freaking London, while you're in Malaysia! Awak ingat saya tak struggle dekat sini? You're selfish, Ilham. Selfish!"

"Hana...."

Dan itu kali terakhir Hana mendengar suara Ilham memanggil namanya kerana dia terus mematikan talian selepas itu.

"Hana! Mengelamun...."

Teguran Iqbal mematikan lamunan Hana terus. Dia senyum memandang Iqbal. "Sorry, day dreaming pulak."

"You okay Hana?" tanya Iqbal.

"Yeah."

"Pagi tadi lambat masuk dengan bos. Ada apa ke?" tanya Faezah di kubikel sebelah yang tiba-tiba sahaja menyampuk. Faezah juga pupillage juga sama sepertinya. Cuma yang berbeza, Hairi merupakan master kepada Faezah.

Cinta Jangan Pergi ☑Where stories live. Discover now