Bab 32 : Tinggalkan Affendy

23.2K 1K 67
                                    

Affendy mencampak telefon bimbitnya ke tempat duduk pemandu di sebelahnya dengan geram. Baru sahaja sebentar tadi dia menerima panggilan daripada pejabat security yang mengatakan ramai wartawan sedang menunggu di luar kawasan kondominiumnya. Nasib baik mereka semua tidak mempunyai akses untuk masuk ke dalam. Kalau tidak, pasti lebih runsing kepalanya.

Nak pergi ofis pun payah!

Kalau diikutkan hati, dia tidak mahu ke pejabat hari ini dan dia mahu mencari Anne. Tetapi memandangkan dia perlu ke mahkamah untuk satu kes perbicaraan, niatnya harus ditangguhkan dahulu. Sebaik sahaja kerjanya selesai sebentar lagi, Anne Maisarah akan dicari sehingga ke lubang cacing.

Dia tahu Anne sedikit sebanyak pasti sedang takut. Buktinya, semalam berkali-kali dia menelefon Anne tetapi Anne langsung tidak menjawab. Sedangkan sebelum ini, pantang nombornya naik di atas skrin telefon Anne sahaja, tak sampai sesaat pasti terus diangkat. Apabila dia terus ke rumah Anne malam semalam, Anne kelihatan seperti tidak ada di rumah. Tidak tahulah sama ada betul-betul tak ada atau hanya berpura-pura tak ada sahaja.

Affendy tahu Anne pasti takut jika dia datang. Tetapi, siapa suruh Anne yang mencurahkan minyak ke dalam apinya? Kini sudah terbakar, memang tak dapat nak diturunkan lagi dah! Panggil bomba pun belum tentu boleh surut!

Tidak mahu menunggu lama lagi, Affendy terus menghidupkan enjin keretanya dan memandu keluar dari kawasan kondominium meskipun wartawan-wartawan di luar itu cuba menghentikannya.

***

Hana terkocoh-kocoh berlari untuk membuka pintu rumah apabila loceng rumahnya berbunyi berkali-kali sehingga membingitkan telinga. Siapalah yang tak reti nak bersabar sangat ni?! Hana sudah berura-ura mahu memberi amaran keras jika yang menekan loceng rumahnya seperti orang gila itu wartawan-wartawan yang sudah mula berkampung di hadapan rumahnya sejak selepas subuh tadi.

Menyusahkan betul! Sampai aku tak boleh nak pergi kerja!

Sebaik sahaja Hana membuka pintu rumah, memang betul masih ada wartawan di hadapan rumahnya. Elok sahaja dia membuka pintu, mulalah flash kamera menyala sana sini cuba untuk mengambil gambarnya. Hana buat tak peduli.

Nak sangat ambil gambar kan? Nah, ambillah!!!

Sudah puas dia mengalah dengan keadaan semalam, hari ini Hana sudah berazam untuk tidak menjadi lembik lagi!

Tetapi... yang membuatkan Hana musykil, bukan wartawan-wartawan itu yang menekan loceng rumahnya. Tetapi seorang wanita yang kelihatan sudah agak berusia dan memakai cermin mata hitam besar itu yang menekan loceng. Wanita itu berdiri tegak di hadapan pintu pagar rumahnya sambil dikelilingi wartawan-wartawan kepochi yang sama sibuk seperti ingin tahu siapakah gerangan wanita itu juga.

"Cari siapa?" tanya Hana dari muka pintu. Tak kuasa dia mahu dekat dengan pintu pagar. Bingit telinganya menahan soalan-soalan daripada wartawan-wartawan kepochi tu.

"Bagi saya masuk. Kita bincang dekat dalam."

"Puan ni siapa?"

"Someone close to your lover. Now, let me in."

Sedar bahawa wanita separuh abad itu ada kena mengena dengan Affendy, Hana pantas memakai selipar dan melangkah ke arah pintu pagar. Pagar dibuka dan ditutup semula dengan pantas sebaik sahaja wanita itu masuk ke dalam kawasan rumah.

"Cik Hana... Cik Hana... you all nak bincang apa tu?"

"Cik Hana, komen sikit tentang video semalam...!"

"Cik Hana betul ke you ni best friend Anne Maisarah?"

"Cik Hana you ada scandal dengan ex-husband Anne Maisarah ke? Sila jawab...!"

Cinta Jangan Pergi ☑Where stories live. Discover now