Bab 37 : Overtime

27.4K 967 29
                                    

"Abanggggg...."

"Ya sayangggg...."

Hana ketap gigi. Eeee dia ni... sama sibuk nak berlagu macam aku jugak! Dah la aku tengah lapar ni! Karang ada yang kena gigit!

"Cepatlahhhhh... buat apa lagi lama-lama dalam tu?" tanya Hana geram. Rasa seperti sudah nak berjanggut dia menunggu suaminya yang tidak siap-siap lagi sejak tadi. Sejak dari dia keluar dari bilik air dan Affendy pula masuk, lelaki itu sehingga sekarang belum keluar. Sampaikan dia sendiri sudah selesai bermekap tetapi Affendy belum selesai juga! Mengalahkan orang perempuan nak bersiap!

"Nak cepat-cepat nak kejar apa sayang...." sahut Affendy dari dalam bilik air. Kemudian bunyi pancuran air berhenti tanda lelaki itu sudah selesai mandi.

"Lapar sangat dah ni... lapar... lapar... Hana lapar tahu tak?" Hana berkata dengan suara yang dibuat-buat seperti sudah kebuluran sangat dah. "Kalau abang tak keluar sekarang, Hana gigit abang!"

Serentak itu pintu bilik air terbuka dan Affendy keluar dengan hanya memakai sehelai tuala yang membaluti pinggang hingga lutut lelaki itu sahaja. Hana terus terdiam melihat makhluk Tuhan paling seksi sedang berjalan di hadapannya dengan selamba.

Hailah laki aku ni... tahulah badan tu sado, tapi jangan tunjuk sangat boleh tak? Tergugat iman tahu tak!

Untuk mengelakkan wajahnya semakin panas dan merah bagai tersimbah sebotol minyak Cap Kapak, Hana terus mengalihkan pandangannya ke arah lain. Affendy pula terasa seperti mahu ketawa apabila melihat wajah Hana yang terpinga-pinga melihat dirinya keluar dengan hanya berkain tuala sebentar tadi. Tetapi ditahan sahaja ketawanya itu sehabis mungkin.

Hana... Hana. Bukannya pertama kali tengok! Sudah semalaman mereka membelek satu sama lain, takkanlah masih malu lagi?

Sengaja mahu mengusik Hana lagi, Affendy tidak jadi melangkah ke arah almari baju tetapi dia melangkah semula ke arah Hana yang sedang duduk di birai katil. Wajah Hana jelas terkejut apabila Affendy berdiri di hadapannya dengan hanya berkain tuala.

Ah sudah... kali ni kau kena cuba tepis Hana! Kalau tak memang tak makan nasi la kau sampai malam!

"Tadi kata nak gigit abang. Haa, gigitlah sekarang. Abang bagi ni!" ujar Affendy lalu menyuakan wajahnya kepada Hana.

Secara automatik Hana terus ke belakang apabila Affendy sengaja merapatinya.

"Laa... tadi kata nak gigit? Ni kenapa ke belakang pulak?" usik Affendy lagi tak habis-habis. "Ataupun.. sayang nak abang yang gigit sayang sebenarnya ni? Eh... macam dah hilanglah tanda kat leher tu. Meh sini abang nak tambah lain...."

Mata Hana terus membulat lalu ditolaknya bahu Affendy perlahan-lahan sambil tersengih. Habislah... dia tak tahu aku penat cover tanda kat leher ni dengan concealer tadi! "Tak nak... tak nak... kita pergi makan ek? Please... jom cari nasi dengan tomyam!" pujuk Hana pantas.

Affendy terus ketawa tanpa dapat ditahan lagi. Perlahan-lahan dia mula menjauhkan wajahnya daripada Hana dan melangkah semula ke arah almari baju.

"Kesian sayang abang ni... lapar dah ya? Dari malam semalam lagi tak makan."

Hana mencebik apabila Affendy sedang menyarungkan t-shirt dan tidak memandang ke arahnya. Macam mana tak lapar... dua-dua lena sampai ke tengahari. Penat overtime punya pasal!

"Abanglah punya pasal."

Affendy ketawa lagi. "Abang sorang je ke? Haa... cuba fikir balik. Bukan ke semalam—"

"Tak dengar... tak dengar...." Hana pantas menutup telinga dan berpura-pura tidak mahu mendengar lagi. "Abang cepat sikit eh siap... dah la mandi lama tadi! Lapar dah Hana tunggu abang tau."

Cinta Jangan Pergi ☑Where stories live. Discover now