Bab 12 : Sacrifices

28.2K 1.3K 88
                                    

"BERHENTI jelah Hana... cari firma lain je!"

Hana hanya mampu mendiamkan diri mendengar bebelan ibunya sejak pagi tadi. Semalam selepas dia dikeluarka dari wad, Hana terus dibawa pulang ke rumah oleh ibunya. Dan sejak itu tidak habis-habis dia dibasuh supaya berhenti bekerja di firma Affendy.

"Ma tak nak jadi macam hari tu lagi. Hana pengsan dekat pejabat tak ada siapa yang tahu! Kalau jadi lagi macam mana?" bebel Puan Melati lagi.

"Hana pengsan sebab apa Ma? Sebab overdose caffeine dan tak cukup rehat kan... Because of what? Because I didn't do my work properly-lah Ma...." Hana cuba menerangkan kepada ibunya bahawa perkara itu terjadi atas kesalahannya sendiri.

"Tapi dia patut tahu Hana ni perempuan! Mana boleh ditinggalkan sorang-sorang dekat pejabat macam tu! Bukannya kerja tu tak boleh bawak balik rumah. Kalau jadi apa-apa dengan anak Ma ni macam mana?"

Hana mengeluh lemah. Dia yang pengsan, tetapi ibunya pula yang melebih-lebih. "Ma... Ma nak Hana jadi lawyer kan? Ataupun Ma nak Hana stop chambering, lepas tu cari kerja terus. Jadi legal advisor jelah senang kan, Ma!" Hana cuba menggunakan teknik reverse psychology​ terhadap ibunya pula.

Kini giliran Puan Melati pula yang terdiam. "Bukanlah suruh berhenti buat chambering... cuma tukarlah cari firma lain! Lagipun, dia tu ex-husband Anne, your bestfriend, Hana!"

"Ma... walaupun kerja dekat firma tu teruk, tapi Hana nak stay. I need someone strict like him to be my mentor. Kalau tak, nanti Hana tak boleh jadi bagus macam dia. At first Hana pun tak nak kerja situ sebab dia ex-husband Anne. But this is for my future, Ma. Syed Affendy, siapa tak kenal dia? He's very good in this field!"

"Ramai lagi yang bagus, Hana! Bukan dia seorang!"

Hana mengeluh berat. Ma ni masih tak fahamlah....

"It's too late to find a new firm, Ma. Kalau cari firma lain, nanti Hana kena start dari awal semula. Tak naklah! Lagipun, elaun yang Encik Fendy bagi tu masyuk dah! Susah nak cari firma lain yang nak bagi elaun banyak macam ni dekat budak chambering tau!"

Puan Melati menjeling geram. "Hana ni memang tak nak kalah kan?"

Hana tersenyum seperti kanak-kanak. Tahu ibunya sudah mahu mengalah. "Mestilah, lawyer mana boleh kalah okey!"

"Tapi... dia bekas suami Anne, Hana!" Sekali lagi Puan Melati mengulang fakta yang satu itu.

"So what? Hana kerja dengan dia, bukannya bercinta dengan dia pun!"

"Sekarang memanglah! Esok lusa macam mana? Ma tak nak dengar cerita yang bukan-bukan antara Hana dengan dia ya! Patutlah hari tu masa bos datang jemput pagi-pagi, cepat aje Hana berdesup keluar dari rumah! Rupa-rupanya nak sorok si Affendy tu ya!"

Hana menjulingkan matanya. Ma ni... paranoid sangat!

"Mana ada sorok... Hana cuma tak nak Ma bising-bising macam nilah bila dapat tahu Encik Fendy tu bos Hana!" ujar Hana membela dirinya sendiri.

"Ma bising sebab concern dekat Hana tau!"

Sekali lagi Hana mengeluh lemah. Susahnya nak meyakinkan hati seorang ibu.

"Hana tahu... tapi Ma tak perlu risau lagi, okey? Antara Hana dengan dia tak akan pernah ada apa-apa. It will never happen, Ma. I promise."

***

HANA sedang bersiap-siap untuk ke pejabat pagi itu apabila tiba-tiba sahaja telefon bimbitnya berbunyi. Tangannya mencapai telefon bimbit sambil sebelah lagi tangan mencapai beg tangan lalu disangkutkan ke bahu.

Cinta Jangan Pergi ☑Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ