Bab 14 : Bunga untuk Bunga

28.4K 1.2K 101
                                    

"THE thing is..." ujar Hana cukup perlahan. "Anne sendiri tak pernah tahu saya ada asma."

Affendy menarik nafas lemah. Dia tahu dia tidak boleh lari lagi. Mungkin ini masanya untuk dia beritahu Hana tentang hal itu.

Atau mungkin juga tidak. Dia mahu Hana ingat peristiwa itu sendiri dan bukan kerana dia yang membuka cerita.

Kebisuan Affendy semakin meyakinkan Hana. Apabila lelaki itu menyebut tentang penyakitnya sebentar tadi, Hana tersentak. Tidak ada sesiapa yang tahu dia mempunyai penyakit asma yang teruk selain daripada keluarganya. Dia yakin tentang itu. Hatta Anne kawan baiknya juga tidak pernah tahu!

Dan juga lelaki itu. Lelaki yang menyelamatkannya 10 tahun yang lepas.

Hana dan Affendy masing-masing membisu. Mata Hana masih lagi memandang Affendy. Cuba mencari persamaan antara Affendy dan lelaki itu. Kemudian perlahan-lahan Hana menyentuh rantai di lehernya.

"Abang... Abang Fendy?" Perlahan suara Hana menuturkan nama itu.

Affendy tersenyum lebar. Akhirnya....

"It took you so long to recognise me, Bunga!" ujar Affendy seperti tidak berpuas hati. Sengaja dia memanggil Hana dengan panggilan Bunga agar gadis itu lebih mengingatinya.

Mata Hana membulat. Sungguh dia tidak sangka! "Tapi... tapi... Abang... Tuan..." Tergagap-gagap dia ingin menuturkan ayatnya. Nampak sangat dia betul-betul terkejut.

"Abang mula ingat awak dah lama dah. But it took you so long to remember me. Kenapa tak ingat abang? Abang nak tahu sikit kenapa...!" ujar Affendy seperti berpura-pura marah.

"Because it doesn't make sense!!!" Hana berkata dengan riak wajah yang masih terkejut. Nafasnya berentak laju kerana jantungnya berdegup kencang tiba-tiba. "Dulu abang lain, tak macam sekarang!" Panggilan tuan, bos, monster semuanya hilang begitu sahaja apabila lelaki itu mula membahasakan dirinya sebagai abang.

"That was 10 years ago. Mestilah abang dah lain, Hana."

"Tapi... tapi kenapa abang tak pernah bagitahu saya?"

"Sebab abang nak awak yang ingat abang sendiri," ujar Affendy dengan senyuman.

"Kalau saya tak ingat macam mana?"

"Of course Hana akan ingat jugak lambat laun." Affendy masih tidak lokek dengan senyumannya. "Because you are still wearing my 'other half' until now."

***

10 TAHUN sebelum....

Hana masih setia menunggu Anne di bawah pokok di mana mereka berjanji untuk berjumpa pagi itu. Semalam, Anne yang merancang untuk berjogging di pagi hujung minggu itu. Hana tahu Anne bukannya berniat mahu berjogging sangat pun. Anne hanya mahu berjumpa dengan teman lelakinya di taman itu, dan Hana hanya menjadi alasan supaya Anne dapat keluar dari rumahnya pagi itu.

Sudah hampir sejam Hana menunggu tetapi Anne masih juga tidak muncul. Hendak menghubungi Anne, dia tiada telefon bimbit sendiri. Terpaksalah Hana melilau mencari pondok telefon awam berdekatan taman itu.

Hati Hana lega melihat ada sebuah pondok telefon awam tidak jauh dari tempatnya berdiri. Hana melangkah ke arah pondok telefon awam itu. Nasib baik telefon itu masih boleh berfungsi dan belum di vandalismekan oleh orang awam.

Sekeping duit syiling lima puluh sen dimasukkan ke dalam kotak telefon itu. Nombor telefon bimbit Anne yang sudah sedia dihafal itu ditekan pantas pada kotak telefon di hadapannya.

"Anne! Kau kat mana ni? Aku dah lama tunggu tahu tak!" marah Hana sebaik sahaja Anne menjawab panggilannya.

"Hanaaaaa...." panggil Anne meleret-leret. "Aku dah ada dengan Hazim ni. Tadi dia ambil aku kat hujung simpang. Aku nak inform kau, tapi kau tak ada handphone. Apa aku boleh buat?"

Cinta Jangan Pergi ☑Where stories live. Discover now