Bab 47 : Torn

22.2K 839 107
                                    

Perjalanan pulang mereka berdua hanya senyap-sunyi tanpa sebarang suara daripada kedua-duanya. Affendy hanya diam dan kelihatan runsing sejak mereka keluar daripada hospital tadi, dan Hana pula mendiamkan diri apabila suaminya diam. Sesekali dijeling Affendy di sebelah yang seperti fokus memandu, tetapi Hana tahu dalam fikiran lelaki itu sudah sarat dengan masalah.

"Abang okey?" tanya Hana perlahan. Tangan Affendy yang berada di atas paha dicapai dan digenggam lembut.

Affendy memandang Hana sekilas kemudian hanya membalas dengan sebuah senyuman yang kelihatan pahit.

Hana mengusap perlahan tangan yang berada di dalam genggamannya seperti cuba untuk mengurangkan kerunsingan lelaki itu. "Hana akan sentiasa sokong segala keputusan abang, walaupun pada akhirnya akan ada hati yang terluka," ucap Hana perlahan dan berhati-hati. "Tapi jangan hati seorang ibu, abang. Jangan sakiti hati seorang ibu."

Affendy terus memandang isterinya di sebelah. Matanya tajam memandang Hana apabila mendengar kata-kata isterinya itu. "Hana cakap apa ni?"

Hana menelan air liurnya yang terasa berpasir. "Hana tak nak kerana Hana, hubungan abang dengan mama terpisah. Dan Hana pun tak sanggup tengok kawan Hana menderita macam tu...."

"Apa maksud Hana?"

"Abang terimalah Anne semula. Hana sanggup... if that's the only thing that will make everyone's happy."

Affendy terus menarik semula tangannya daripada genggaman Hana. "Abang tak suka Hana cakap macam ni!"

"Abang, that's the truth! Sampai bila abang nak melawan cakap mama? Sampai bila abang nak biar mama bencikan Hana? Abang sanggup hilang keluarga semata-mata sebab Hana? Hilang ibu semata-mata kerana isteri?" tanya Hana bertubi-tubi. Air matanya juga sudah turun tanpa dipinta.

"Ya, Hana! Abang sanggup!" jawab Affendy sedikit menjerit. Tangannya memegang erat stereng kereta untuk mengawal marahnya.

"Tapi Hana tak sanggup...."

Tidak semena-mena Affendy menghentak stereng keretanya dengan sebelah tangan. Bahu Hana sedikit terhinjut kerana terkejut dengan reaksi suaminya. Affendy tidak berkata apa-apa dan hanya mendiamkan diri. Tetapi Hana tahu Affendy sedang marah dan mungkin sedang menahan kemarahannya itu.

Sudahnya, mereka berdua kembali mendiamkan diri di dalam kereta itu. Hana memberi peluang kepada suaminya untuk menenangkan diri, dan Affendy pula sedang memberi dirinya sendiri masa untuk bertenang.

"Tolong jangan suruh abang buat benda yang abang tak nak, sayang. Please." Affendy berkata setelah sekian lama mendiamkan diri. Mereka berdua sudah sampai di hadapan rumah Puan Melati, tetapi masing-masing belum lagi keluar dari kereta.

"Tapi ini untuk kebaikan kita semua, abang...." pujuk Hana dengan lembut.

"Abang takkan pernah menduakan Hana."

"You won't," ujar Hana lalu mencapai tangan kiri Affendy dan diletakkan di dadanya seolah-olah dekat di hati. "Separuh hati Hana ada pada abang. Dan separuh hati abang ada pada Hana. No one in between."

"But you're trying to put her in between us. Kita dah happy macam ni, sayang. We don't need anyone else. Biarlah kat Anne tu. She was never a good friend to you too."

"Habis tu, mama? Takkan abang nak biarkan mama macam tu je? Itu mak abang!"

Affendy terdiam. Meskipun Puan Syarifah Azilah merupakan sekadar ibu saudara merangkap ibu tirinya, tetapi wanita itu sudah menjaganya seperti anak sendiri sejak dia kecil. Memandangkan maknya seorang pesakit asma yang kronik, Puan Syarifah Azilah yang juga adik bongsu kepada mak yang sering menggantikan tempat mak dalam menjaganya. Oleh itu dia sudah menganggap Puan Syarifah Azilah seperti ibunya sendiri selepas mak. Lebih-lebih lagi apabila mak meninggal 15 tahun yang lepas dan abahnya berkahwin dengan Puan Syarifah Azilah beberapa tahun selepas itu, ibu saudaranya itu sudah dianggap betul-betul seperti ibunya sendiri.

Cinta Jangan Pergi ☑Where stories live. Discover now