Bab 26 : She's My Girl

26.5K 1.2K 70
                                    

"Hana... kenapa kau datang awal ek?" tanya Faezah sebaik sahaja dia masuk ke dalam bilik yang bakal dikongsinya dengan Hana. Pagi tadi apabila dia dan kawan-kawan yang lain tiba di lapangan terbang, dia hairan apabila Hana tidak ada di situ. Apabila dia menelefon Hana, dia terkejut rupa-rupanya Hana sudah pun berada di Langkawi.

"Pihak hotel telefon aku katanya ada masalah reservation sikit. Memandangkan aku takde buat apa semalam, aku terus fly ke sini la. Senang nak berurusan." Cepat sahaja otak Hana merangka penipuan. Dia tahu pasti Faezah akan bertanyakan soalan itu, dan Hana seperti sudah tahu apa soalan seterusnya.

"Kenapa diorang tak call aku? Bukan selama ni aku yang handle hotel ke?"

"Entah, mana aku tahu. Mungkin sebab masa awal-awal dulu aku yang berurusan dengan diorang kot sebelum aku pass dekat kau," jawab Hana acuh tidak acuh. Faezah, Faezah... tak habis-habis tak puas hati!

"Habis tu, macam mana Encik Syed boleh ada sama?"

Ting! Hana sudah meneka pasti Faezah akan bertanyakan tentang itu.

"Dia risau aku datang sini sorang-sorang, jadi dia katalah yang dia nak temankan. Itu je...." ucap Hana lagi. "Aku kan tak pernah datang sini. Tak ke naya kalau apa-apa jadi nanti...!"

Faezah masih lagi kelihatan tidak puas hati. Seperti ada sesuatu yang tidak kena sahaja. "Tapi, Hana...."

"Eeee, takde tapi-tapilah Eza!" ujar Hana geram seraya mencubit pinggang Faezah membuatkan gadis yang sedang menyangkut baju di dalam almari itu terlompat sedikit. "Aku nak mandi kejap, lepas tu aku nak pergi breakfast. Nak ikut tak?"

"Takpelah, kau pergi dulu. Kejap lagi baru aku turun. Aku nak rehat kejap. Penatlah flight pagi ni. Mengantuk pun tak habis lagi," ujar Faezah sambil menguap kecil.

Hana mengangguk. Dia pasti yang lain juga pasti turut penat kerana terpaksa bangun awal untuk mengejar penerbangan pada pukul 6.30 pagi. Nasib baik Affendy sudah berbincang dengan pihak hotel lalu pihak hotel memberi kebenaran untuk mereka check-in pagi dan turut memberikan mereka sarapan pagi juga.

Selesai membersihkan diri, Hana sekadar berpakaian ringkas sahaja dan tidak memakai sebarang alat solek memandangkan dia hanya mahu turun untuk bersarapan. Apabila Hana tiba di ruang makan, agak ramai juga yang sudah turun. Dan di suatu sudut di ruang makan itu, Hana dapat lihat Affendy dan Hairi sedang duduk bersembang sambil minum kopi. Affendy duduk membelakanginya, jadi Hana pasti lelaki itu tidak perasan akan kehadirannya, dan dia juga sebenarnya tidak mahu mengganggu.

"Hana!"

Hana berpaling apabila mendengar namanya dipanggil. Dia tersenyum melihat Shahran yang sedang berjalan ke arahnya dari lobi hotel ke ruang makan.

"Hai, Shah! How's flight?" tanya Hana sambil berjalan bersama-sama dengan Shahran ke meja buffet untuk memilih makanan.

"Okey je," jawab Shahran. "By the way, why are you here early?"

"Ada masalah sikit dengan reservation...." Hana berkata sambil mencapai pinggan.

"Sampai kena datang sini nak selesaikan? Call je tak boleh ke?"

Hana sekadar mengangkat bahu sahaja. Dia tidak mahu menjawab lagi apa-apa soalan. Cukup-cukuplah dia menipu untuk hari ini. Dalam hati dia berharap agar jangan ada sesiapa lagi yang bertanyakan soalan yang sama.

Shahran turut mendiamkan diri apabila Hana tidak mahu menjawab persoalannya. Kalau diikutkan hati, banyak lagi soalan yang mahu ditanya, lebih-lebih lagi apabila melihat Affendy yang pada awalnya tidak mahu ikut serta, tup tup ada di Langkawi sehari awal juga seperti Hana. Tetapi niat di hatinya dibiarkan sahaja. Malas mahu menjadi tukang sibuk hal orang lain.

Cinta Jangan Pergi ☑Where stories live. Discover now