Bab 35 : Isteri Abang

29.4K 1.1K 69
                                    

Affendy memberhentikan keretanya selang beberapa buah rumah daripada rumah Hana. Jika diikutkan hati, mahu sahaja dia menghantar Hana sehingga ke dalam rumah, ataupun senang-senang, balik sahaja ke rumahnya. Tetapi Affendy tahu masanya masih belum tepat. Lagipun, Hana sendiri meminta kepadanya agar rahsia mereka ini disimpan dahulu buat sementara waktu.

Affendy mencapai tangan Hana lalu digenggam erat. Kemudian tangan itu dibawa ke bibir dan dikucup lama. "I don't want you to go...." ujarnya seakan-akan berharap agar Hana bersetuju.

"But you know I have to...." Hana memujuk lembut. "Kalau Hana tak balik malam ni, apa alasan Hana nak bagi dekat Ma?"

Affendy mengeluh berat. "Tapi nanti abang rindu...."

"Esok kita jumpa lagi, okey?" pujuk Hana lagi.

"But tonight is supposed to be our first night...." ucap Affendy lagi seolah-olah sedang kecewa.

Wajah Hana terus berubah. Terasa panas mukanya apabila Affendy berkata begitu. Apabila dia lihat Affendy tiba-tiba ketawa, Hana terus mencubit lengan lelaki itu geram. Sengaja tau dia ni!

"Esok tak jadi jumpa!" ujar Hana seraya membuka pintu kereta dan berpura-pura seperti mahu keluar.

Affendy pula terus mencapai tangan Hana untuk mengelakkan daripada gadis itu melangkah keluar. Apabila Hana menutup semula pintu kereta, dia pantas menekan butang child lock agar Hana tidak dapat keluar.

"Janganlah... dah janji nak jumpa abang esok kan?" Affendy berkata lembut sambil jari-jemarinya bermain-main dengan jari-jemari Hana. Kemudian, tangan Affendy tiba-tiba mencapai glovebox di bahagian tempat duduk Hana lalu dibuka. Sebuah kotak kecil dibawa keluar lalu glovebox itu ditutup semula. "Untuk isteri abang yang tercinta...." Kotak kecil itu dibuka dan sebentuk cincin berlian menyapa mata Hana.

Mata Hana membulat apabila melihat sebentuk cincin yang sangat cantik di hadapannya. "Abang, cantiknya...."

Affendy tersenyum mendengar pujian Hana. Cincin berlian itu dikeluarkan dari kotaknya untuk disarungkan ke jari Hana. "Abang ukur ikut jari kelingking abang tau. Let's see whether it fits or not...." Tangan kanan Hana dicapai lalu perlahan-lahan cincin emas putih bertatahkan sebutir berlian itu disarungkan ke jari manis Hana. Bibirnya mengukir senyuman lebar apabila cincin itu muat dengan elok di jari runcing Hana.

"Muat!" ujar Hana turut terkejut apabila cincin itu betul-betul muat walaupun sekadar diukur mengikut jari kelingking suaminya. "Maknanya, Hana memang jodoh abanglah ni?"

"Kalau sayang bukan jodoh abang, kita tak kahwinlah hari ni sayang...."

Hana mengangguk tanda bersetuju. Matanya masih membelek cincin yang kelihatan sungguh cantik di jarinya itu. "Cantik... tapi sayangnya Hana tak boleh pakai selalu."

"Kenapa?"

"Nanti Ma dan Kak Ika nampaklah...."

Affendy mengeluh lemah. "Beritahu abang bila abang boleh berterus-terang dengan Ma dan Kak Ika, okey? Abang minta maaf... I know we shouldn't get married in this way. But we already did. Abang sayang awak... cintakan awak... I just don't want to lose you."

"I love you too, three, four, five!" ucap Hana ceria sambil cuba mengubah suasana yang tadi terasa sedih. "Kalau Hana tak cintakan abang, abang rasa Hana setuju nak kahwin dengan cara macam ni?"

Affendy tersenyum lebar. "Terima kasih sebab cintakan abang. Terima kasih sebab terima abang, walaupun abang ni duda...."

"Duda terlajak laris tau!" potong Hana pantas. "Hana kena beware mulai sekarang. Takut nanti ada orang nak rebut suami Hana ni!"

Cinta Jangan Pergi ☑Where stories live. Discover now