Bab 10 : Kena Marah

28.2K 1.2K 82
                                    

HANA memusing-musingkan pen hitam di tangannya, satu tabiat yang tidak dapat dikikis sejak dari dulu lagi apabila dia sedang berfikir panjang. Borang 1 dan 2 yang berhelai-helai di hadapannya perlu diisi dengan segera tetapi Hana seperti tidak boleh fokus memikirkan ayat Affendy semalam. Sampaikan malam semalam dia tidak boleh tidur memikirkan tentang hal itu.

"Are you sure that you have never seen me before?"

Ayat itu berulang lagi di dalam  fikirannya. Sedaya-upaya Hana cuba memerah otaknya semula. Pernah ke aku jumpa dia sebelum ni? Dekat Lincoln's? Rasanya tak! Pertama kali aku jumpa dia masa Anne perkenalkanlah!

"Hana...."

Fikir Hana, fikir!!! Mungkin kau pernah ternampak dia sebelum ni? Mungkin masa dengan Ilham? Tapi... rasanya macam tak ada. Serius tak ada!

"Hana."

Entah-entah kau yang tak ingat ni Hana... banyak sangat makan semut!

"Hana!" Affendy menghempas sebuah fail tebal di atas meja Hana secara mengejut. Sudah dua kali dia memanggil gadis itu tetapi gadis itu masih tidak menyahut. Nampak sangat mengelamun!

Hana yang terkejut terus berdiri serta-merta apabila mendengar bunyi hempasan yang sungguh kuat yang disangkakan bom jangka. Kemudian dia mengurut dada apabila sedar bunyi itu datangnya daripada fail yang dihempas monster, bukannya bunyi bom jangka yang baru meletup.

"Yes, boss!"

"Kau ni dari tadi aku tengok asyik mengelamun je! Aku panggil tadi tak dengar?!" marah Affendy tanpa selindung lagi. Bahasanya juga sudah bertukar tanda dia sudah betul-betul marah. "Kau ni nak buat chambering ke nak buat part-time mengelamun hah?!"

Terangkat bahu Hana dengan tengkingan Affendy. Dia hanya mampu menunduk kerana sedar bahawa dia yang salah dalam hal ini. Sepatutnya dia membuat kerja, bukannya menerawangkan fikirannya entah ke mana-mana.

"Borang 1 dan 2 dah habis isi?" tanya Affendy dengan tegas.

"Be... belum selesai lagi tuan." Hana menjawab perlahan sambil menunduk.

"Belum selesai?!" Affendy sudah menyinga. "Kau ni nak buat chambering ke tak sebenarnya? Kau tau tak kalau borang-borang tu kau tak failkan, kau belum secara rasminya boleh buat chambering? Kau nak tunggu berapa lama lagi baru nak buat filing? Kau ingat mahkamah tu nak tunggu kau sorang je?!" Matanya sudah menjegil memandang Hana kerana marah dengan sikap sambil lewa pupil-nya itu.

"I'm sorry. Saya akan buat secepat mungkin. Esok saya akan submit dekat mahkamah. I promise."

Affendy masih lagi kelihatan tegang walaupun selepas mendengar janji Hana. "Mana homework kes yang aku bagi kau semalam? Esok aku kena pergi hearing."

Ketika itu Hana rasa seperti mahu menghantukkan kepalanya ke dinding berkali-kali. "I'm not done yet with that one, sir. Ada benda yang saya tak pasti...."

"Kalau tak pasti tanya!" Affendy menempik. Ketika itu seluruh mata-mata di pejabat itu sudah memandang ke arah mereka. Kalau boleh, Hana rasa seperti mahu menyorok di bawah meja sahaja kerana malu. "Kau ni kalau aku kata bodoh, nanti kau marah! Sekarang ni kes simple yang aku bagi pun kau tak boleh siapkan, macam mana aku nak pergi hearing pagi esok? Kau nak pedajalkan aku ke apa ni?!"

Hana tidak dapat menahan lagi rasa sedih di dalamnya lalu air matanya mula menitis. Tetapi, tidak sedikitpun bunyi tangisannya kedengaran. Dia hanya menundukkan kepala sahaja ketika dimarahi Affendy kerana kesalahannya sendiri.

"Tak, tuan." Hana menjawab perlahan.

"Now, stop crying and start doing your work! Selagi fail kes yang aku bagi semalam tu tak siap, kau jangan balik rumah! Aku nak fail tu ada atas meja aku pagi esok! Faham?!"

Cinta Jangan Pergi ☑Where stories live. Discover now