Bab 50 : Berjumpa Semula

21.2K 906 82
                                    

Hana membuka matanya apabila jam loceng berbunyi tepat pada pukul enam pagi. Terasa segar bugar terus matanya pagi ini, tidak seperti pagi-pagi lain di mana dia akan liat sekali bangun dari tidur. Semalaman dia tidak nyenyak tidur memikirkan tentang pagi ini. Sudahnya, dia hanya tidur-tidur ayam sahaja.

Hana berkalih ke kiri menghadap suaminya yang masih tidur. Tubuh itu dipeluk kejap. "Abang...." panggil Hana untuk mengejutkan suaminya. "Abang, bangun...." Jambang kemas Affendy dimain-mainkan untuk menyedarkan lelaki itu daripada tidur.

Affendy yang baru tersedar kerana usapan di jambangnya itu, terus membalas pelukan Hana. "Good morning, baby...." ujar Affendy dengan mata yang masih terpejam.

Hana tersengih. Setiap kali Affendy memanggilnya baby, dia selalu rasa kelakar. Terasa geli pula dah besar panjang begitu tetapi masih dipanggil baby. Nasib baik hanya sekali sekala sahaja Affendy memanggilnya begitu.

"Good morning, husband. Sekarang ni bangun dan teman sayang." Hana berkata sambil menarik selimut yang menyelubungi mereka. Rasa tidak sabar-sabar dan juga berdebar sebenarnya untuk mencuba alat ujian kehamilan itu.

Affendy membuka mata dan turut tersenyum. "Mandi?"

Hana ketawa lalu mencubit pipi Affendy geram. "Not today. Pagi ni abang kena pergi court kan? Nanti lambat!" kata Hana lalu bangkit dari katil dan mencapai kain tuala. Kemudian dia melangkah ke arah almari dan mengambil sesuatu di situ.

"Habis tu, teman apa?" tanya Affendy seolah-olah kecewa. Dia juga sudah bangun dan duduk di birai katil.

Hana menunjukkan alat ujian kehamilan di tangannya kepada Affendy dengan senyuman. "We have to make sure of something this morning."

Affendy menarik tangan Hana dengan lembut dan didudukkan Hana di atas ribanya. Kemudian tubuh Hana dipeluk dari belakang dan kedua-kedua tangannya mendarat di perut isterinya itu.

"Abang harap ujian tu positif. Harap-harap dalam ni ada baby ayah...." ujar Affendy lembut sambil mengusap perut Hana.

Hana tersenyum dan turut meletakkan tangannya di atas tangan Affendy. "Ibu pun harap dalam ni ada baby ibu...."

"Okey, jom...." Affendy bangun, membuatkan Hana turut bangun semula. Tangan Hana ditarik ke bilik air.

"Eh, kejap. Abang tunggu luar. Biar Hana je masuk."

"Tadi suruh teman?" Affendy pura-pura tanya, sengaja mahu mengusik isterinya.

Hana menjegilkan matanya. "Memanglah, tapi takdelah sampai teman masuk dalam. Biar Hana buat sendiri. Abang duduk diam-diam kat luar ni." Tanpa menunggu lagi dia terus masuk ke dalam bilik air dan mengunci pintu dari dalam.

Hana membuka kotak alat ujian kehamilan itu dan mengeluarkan alat digital berbentuk seperti bujur. Arahan di luar kotak itu dibaca dengan teliti. Setelah faham dan jelas dengan arahan yang dibacanya itu, Hana memulakan proses ujian mengikut langkah-langkah dan arahan yang diberi.

Selesai, dia meletakkan alat itu di atas rak mandi kerana perlu menunggu sekurang-kurangnya 15 minit untuk keputusan tertera pada alat itu. Hana membuka pintu bilik air dan Affendy masih setia berdiri di situ. Melihat Hana, terus lelaki itu mengukirkan senyuman.

"Macam mana?" tanya Affendy tidak sabar-sabar.

"Kena tunggu 15 minit."

Affendy mengangguk faham. Sementara menunggu debaran 15 minit itu, mereka berdua sama-sama memberus gigi dan mencuci muka di singki yang sama. Sempat jugalah Affendy bermanja-manja sambil menyuruh Hana mencuci mukanya pagi ini. Hana pun turutkan saja.

Cinta Jangan Pergi ☑Where stories live. Discover now