Bab 34 : Janji

25.1K 1.1K 93
                                    

"Tell them!" jerkah Affendy lagi. Anne sudah tersedu-sedan menangis. "Tell them how you looked me in the eyes that night, and told me that you had just done an abortion!"

Anne melurut jatuh ke lantai apabila Affendy menuturkan ayat yang paling ditakutinya itu. Semua yang berada di ruang tamu itu terkejut. Puan Syarifah Azilah sampai terduduk di atas sofa mendengar pengakuan Affendy. Hana pula menutup mulutnya kerana terlalu terkejut.

"Tell them, Anne." Suara Affendy sudah menurun. "Tell them exactly the way how you told me that night that the baby wasn't mine." Affendy sendiri sudah menitiskan air matanya. Air mata kekesalan yang turun kerana dia tahu dia juga bersalah. Bersalah kerana tidak mendidik Anne dengan elok ketika Anne masih isterinya.

"I minta maaf, B...." ujar Anne sambil tersedu-sedan menangis. Kaki kanan Affendy dipeluk erat seperti ingin meminta ampun.

Affendy menarik kakinya semula, tidak mahu disentuh oleh Anne. Kemudian dia memandang ke arah mamanya yang juga sedang menangis. "Inilah dia perempuan yang mama sanjung sangat tu. Perempuan yang kononnya tak bersedia lagi nak kandungkan anak suami sendiri, tapi rupa-rupanya sanggup kandungkan anak lelaki lain!"

Puan Syarifah Azilah menangis teresak-esak. Dia tidak sangka Anne yang selama ini disanjung-sanjung rupa-rupanya berperangai sebegitu.

"You cakap Hana perempuan sundal? Sekarang ni you jawab soalan I Anne... siapa yang sundal?!"

Makin teruk esakan Anne jadinya apabila mendengar soalan itu keluar dari mulut Affendy. Dia menggeleng-gelengkan kepalanya. "I silap sekali tu saja, B. Maafkan I... I tahu I salah."

"I dah lama maafkan you, Anne... tapi bila you mula cari pasal dengan orang yang I sayang, I tak boleh berdiam diri lagi."

"I masih sayangkan you, B. Tolonglah B... you tinggalkan dia dan kembali pada I. Kita bina hubungan kita semula. I janji... I akan ikut segala kata-kata you kali ni," rayu Anne dan sekali lagi dia memeluk kaki Affendy. "Hana tolonglah... tolonglah lepaskan Fendy pada aku semula. Aku perlukan dia Hana...."

Hana hanya mampu terdiam mendengar rayuan Anne.

"Anne, I dah lama move on dari you! Please understand, Anne. Sebaik sahaja I lafazkan cerai pada you, seluruh perasaan I pada you pun turut hilang sama." Affendy berkata. Kemudian dia memandang ke arah mama dan juga abahnya yang masih kelihatan seperti terkejut. "Fendy dah buat keputusan untuk kahwin dengan Hana, tak kiralah mama dan abah setuju atau tidak. I will still marry her, and that's my final decision."

Sebaik sahaja ayat itu diucapkan, Affendy terus menarik tangan Hana dan berlalu keluar dari rumah itu. Hana menurut tanpa sebarang bantahan. Apabila mereka sampai sahaja di kereta, Affendy tidak terus masuk tetapi dia hanya berdiri di luar kereta sahaja. Kemudian terdengar dia mengeluh berat.

Hana mendekati Affendy lalu lengan lelaki itu disentuh lembut. "Jangan salahkan diri sendiri...." ujar Hana seperti tahu-tahu sahaja apa yang sedang bermain di dalam fikiran Affendy. "Bukan salah abang."

Affendy mempamerkan segaris senyuman walaupun senyuman itu kelihatan sedikit sayu. Tangannya naik menyentuh pipi Hana dengan lembut.

"Kahwin dengan abang. Kita jangan fikir tentang orang lain lagi."

Kali ini tanpa ragu-ragu lagi, Hana mengangguk.

***

Sudah hampir sebulan berlalu sejak peristiwa Anne menyerang Hana di pejabat dahulu. Kerana peristiwa itu jugalah, Hana telah bertekad untuk bernikah dengan Affendy. Ya, mereka berdua membuat keputusan untuk berkahwin tanpa pengetahuan keluarga.

Cinta Jangan Pergi ☑जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें