Bab 41 : Stunning

27.4K 1.1K 37
                                    

"Sayang... wakey wakey." Wajah Hana diusap lembut. Rambut yang jatuh di muka isterinya diselit ke belakang telinga. "Abang dah buat breakfast."

Hana membuka matanya apabila mendengar perkataan breakfast. Tiba-tiba perut terasa lapar. Apabila dikerling ke jam di meja tidur, hari sudah hampir ke pukul 11 pagi. Nasib baik tidak terlalu lama dia terbabas tidur kali ini selepas semalaman overtime. Selepas subuh pagi tadi, dia terus menyambung tidur kerana masih letih, manakala Affendy pula katanya hendak ke gim.

"Good morning, sunshine." Affendy berkata lalu mencium dahi Hana sekejap. "Jom makan."

"Abang buat apa untuk breakfast?" tanya Hana yang kagum kerana menyangka suaminya boleh memasak.

Affendy tersengih. "Cereal dengan susu."

Mata Hana membulat. "Hah?! Itu budak kecik pun boleh buatlah!"

Affendy ketawa. "Abang bukan tahu masak. Selalunya hujung minggu macam ni abang terus brunch kat luar lepas habis gim. Lupa pulak sekarang dah ada isteri... jadi kena balik makan dengan isterilah."

"Tulah... buatlah lupa selalu dekat isteri macam hari tu. Sekarang bila perlu baru nak cari kan...." perli Hana selamba sambil bangkit dari katil dan mengemas cadar sedikit.

Affendy menggaru kepala yang tidak gatal. Dia ingatkan selepas malam semalam, Hana sudah boleh memaafkannya. Yelah, kalau tidak takkan Hana tidak menolak permintaannya, kan? Ingatkan sudah boleh berdamai pagi ini. Rupa-rupanya belum lagi!

"Apa tengok-tengok?" tanya Hana garang apabila dia lihat Affendy memandangnya tidak berkelip. "Jangan nak mengada-ngada eh. Hana dah lapar."

Affendy ketawa besar. "Abang tak cakap apa pun. Sayang yang fikir lain ni...." usik Affendy dengan senyuman nakalnya.

Hana menjeling. "Dah mandi ke belum lepas balik gim tadi? Busuk tau!" ujarnya cuba untuk menukar topik.

"Belum. Sayang nak mandikan ke?" Tak habis-habis lagi Affendy mahu mengusik. T-shirt yang dipakainya sengaja dibuka di hadapan Hana.

Hana menggeleng laju. "Mandi sendirilah! Dah besar kan?"

Affendy bangun lalu melangkah ke arah isterinya. "Siapa kata dah besar orang tak boleh mandikan? Masa kat Krabi hari tu...."

"Eeeee pergi mandi cepat!!!" Hana memotong ayat Affendy dan terus menolak tubuh suaminya ke dalam bilik air.

Affendy terus ketawa. Hana... Hana. Pantang kena usik sikit!

Tidak mahu mengusik lagi, Affendy akur dan masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri yang terasa berlengas kerana peluh. Apabila dia sudah selesai mandi, Affendy keluar dari bilik air tetapi dia lihat Hana sudah tiada di dalam bilik tidur mereka. Pasti Hana sudah keluar apabila dia sedang mandi tadi. Affendy cepat-cepat bersiap lalu keluar dari biliknya.

Keluar sahaja daripada bilik, dia sudah terbau sesuatu yang sedap menerpa hidungnya. Ini tak lain tak bukan mesti Hana yang sedang memasak. Kalau bukan Hana, memang misteri nusantara!

"Sedapnya bau... sampai buat abang rasa lapar terus! Isteri abang masak apa ni?"

Hana meletakkan semangkuk tomyam yang masih berasap panas dengan berhati-hati di atas meja makan. "Tomyam campur!" ujar Hana dengan senyuman. "Abang beli barang ya lepas habis gim tadi?" tanya Hana sambil meletakkan mangkuk berisi nasi pula di atas meja. Sementara Affendy mandi sebentar tadi, dia ke dapur untuk memasak. Apabila dibuka sahaja peti ais, sudah penuh peti ais itu dengan bahan memasak, termasuklah barang basah yang sudah siap dicuci.

Cinta Jangan Pergi ☑Where stories live. Discover now