Bab 17 : I Hope It's Not You

27.7K 1.3K 113
                                    

Sebab ramai yang request, jadi saya bagilah satu lagi update minggu ni. Ini hadiah untuk korang yang sentiasa sabar menunggu. Nah bunga untuk awak. 🌸🏵🌹🌺🌻🌼

***

Hana tersenyum lebar apabila melihat dulang yang dibawa Affendy. Ada satu set ayam goreng McDonald's kegemarannya, aiskrim McFlurry Caramel, dan satu set burger Double Spicy Chicken McDeluxe. Itulah... tadi konon-konon tak mahu ikut makan McDonald's dengan Affendy, tetapi baru sahaja kereta Affendy membelok ke arah restoran itu, terus sahaja Hana tersenyum lebar.

Cis, memang tak boleh pakai betul kau ni Hana!

"Nasib baik mesin aiskrim tu tak rosak...." ujar Affendy sebaik sahaja meletakkan dulang di atas meja.

"Kalau rosak?" Sengaja Hana bertanya.

"Abang suruh dia baiki right there and then. Dia tak tahu ke Hana dah lama mengidam aiskrim ni?" Affendy berkata berpura-pura marah.

Hana tergelak. Iyalah tu...! Dia ingat pekerja McD tu McGyver ke boleh baiki mesin senang-senang?

Tangan Hana lincah membawa keluar makanan di atas dulang itu. Set burger diletakkan di hadapan Affendy dan set ayam di hadapannya.

"How do you usually eat your fries?" tanya Hana tiba-tiba.

"As long as it is still fries, I don't really mind."

Mendengar jawapan itu, Hana terus menuang semua isi di dalam kotak kentang goreng Affendy ke atas dulang yang sudah kosong. Perkara sama juga dilakukan pada kentang gorengnya. Dia suka apabila kentang goreng dilonggok bersama di atas dulang. Nampak banyak dan menyelerakan!

Affendy mula menyuap kentang goreng ke dalam mulut manakala Hana menyuap aiskrim dahulu kerana aiskrim itu sudah mula mencair.

"Sedapnya... but a little bit sweet," komen Hana. "Nak rasa?" Cawan aiskrim itu disuakan kepada Affendy tanpa ragu-ragu.

Affendy tersenyum nakal. "Suaplah," ujarnya selamba.

"Gatal...!" Hana menjeling.

Affendy ketawa besar. Faham sangat dengan perangai Hana. Pantang diusik langsung. Baru nak usik sikit dah kena marah.

"Garang betul! Tapi bila kena kejar anjing tahu pulak takut! Patutnya anjing tu yang takut awak, bukan awak takut dia!" Affendy tak henti lagi mahu mengusik. Cawan aiskrim milik Hana dicapai lalu dengan selamba aiskrim itu disuap ke dalam mulut. Sedap, tetapi manis. Sesuailah dengan Hana. Manis saja orangnya.

Hana menjegilkan matanya. "Anjing, anjing jangan main eh... sensitif tau!"

Affendy tergelak lagi. "Tapi nasib baik kena kejar anjing... kalau tak, abang tak jumpalah awak dulu tu."

Hana mengangguk-angguk. Betul! Kalau tidak kerana hari itu, pasti dia tidak akan berjumpa dengan Affendy.

Hana mencapai kentang goreng dan dicolek sedikit dengan aiskrim lalu disuap ke dalam mulut. Berkerut dahi Affendy melihat Hana buat begitu.

"Mana belajar makan fries dengan aiskrim ni? Pelik betul!"

"Laaa... tak pernah cuba ke? Loser!" ejek Hana selamba. Jari ibu dan jari telunjuk tangan kanan membentuk huruf 'L' lalu diletakkan di dahi.

 Jari ibu dan jari telunjuk tangan kanan membentuk huruf 'L' lalu diletakkan di dahi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Cinta Jangan Pergi ☑On viuen les histories. Descobreix ara