Special Chapter 9 : Misi Berjaya

30.6K 1.1K 167
                                    

Tengahari itu Affendy membawa Hana ke LOKL Coffee untuk makan tengahari. Misi hari ini mahu memujuk si cinta hati agar setuju untuk hidup bersama semula. Plan untuk hari ini bertemakan: Menggamit Memori.

Cuba ingat semula di manakah kali pertama dia keluar makan berdua-duaan bersama Hana? Ya, di LOKL Coffee inilah! Affendy ingat lagi pagi itu dia membawa Hana ke kafe ini untuk bersarapan sebelum ke pejabat. Di sini jugalah Hana berjumpa dengan Ilham semula. Siapa sangka Ilham yang pada mulanya seorang kawan, telah bertukar menjadi lawannya kerana seorang Hana Dahlia, dan kini kembali menjadi kawannya semula juga kerana seorang Hana Dahlia.

Dan sebenarnya hari ini yang menjaga Adam bukanlah dua orang gajinya, tetapi Ilham dan isterinya. Yelah, hari ini bakal menjadi hari yang panjang buat dia dan Hana. Takkan dia mahu tinggalkan Adam bersama orang gaji pula. Jadi sekali lagi dia terpaksa meminta bantuan Ilham. Nasib baik Adam okey saja dengan daddynya tu. Sudah diberitahu kepada Ilham bahawa dia akan pulang lewat hari ini.

Atau mungkin tak pulang langsung. Tengoklah macam mana keadaannya nanti hehehe....

"Sayang ingat tak tempat ni...." Affendy berpura-pura tanya.

"Ingat... kat sinilah Hana jumpa Ilham balik." Selamba saja Hana menjawab. Bukan dia tak tahu apa yang Affendy sedang lakukan. Bawa ke tempat yang mereka berdua pernah pergi dahulu. Nak pujuklah tu!

Alahai sayang... itu pulak yang dia jawab.

"Sayang ni kan...." Affendy lalu mencuit hidung Hana manja. "Memanglah sayang jumpa Ilham kat sini. Tapi sayang datang dengan siapa masa tu? Dengan abang tau! Kan kita dating kat sini. Exactly here. Dekat meja ni jugak."

Nasib baik masa mereka berdua datang tadi, tidak ramai orang pula di kafe ini dan tempat yang Affendy mahukan kosong saja. Selalunya kafeini sentiasa penuh. Macam tahu-tahu je hari ini ada pasangan pengantin lama nak mengimbau kenangan dekat sini.

Hana ketawa kecil. "Mana ada dating. Abang interview Hana dekat sini, masa kita tengah breakfast. Potong selera Hana je masa tu...."

Affendy tersengih. "Interview untuk jadi mentee, last-last jadi isteri...."

"Lepas tu kahwin lari...." sambung Hana selamba.

"Tapi buat juga kenduri... jadi raja sehari...." balas Affendy tak mahu kalah.

"Kekal sampai hari ni...." ujar Hana dengan senyuman. Kemudian kedua-duanya ketawa. Macam berbalas-balas pantun pula.

Indahnya dunia apabila dapat melihat senyuman isteri tercinta. Affendy mencapai tangan Hana di atas meja lalu digenggam erat. "I miss your smile so much. When I was sick, that smile of yours makes me strong. Abang sentiasa membayangkan senyuman Hana setiap kali abang rasa sakit. Hana buat abang rasa nak sembuh cepat-cepat supaya abang dapat lihat semula senyuman ni...." Sebelah lagi tangannya menyentuh pipi Hana dan mengusap perlahan di situ.

Hana menyentuh perlahan tangan Affendy yang mengusap pipinya. "Abang masih sakit lagi ke? Doktor cakap apa?"

Affendy tersenyum dan menggeleng perlahan. "Alhamdulillah semua rawatan yang abang buat tunjuk kesan yang positif. Actually at first they didn't work. But I keep going on and finally at one point it started to shrink. Abang jalani pembedahan untuk buang kanser tu dan masih teruskan rawatan kemoterapi untuk elakkan kanser tu daripada kembali. Sampailah akhirnya abang disahkan bebas daripada kanser. Empat tahun sayang... sakit dia hanya Allah yang tahu. Taubat dah tak sentuh rokok lepas tu."

"Sebab tu abang balik? Sebab abang dah sihat?"

Affendy mengangguk.

"Kalau abang belum sihat, maknanya abang takkan ada depan Hana hari ni?"

Cinta Jangan Pergi ☑Where stories live. Discover now