Special Chapter 1 : Berhenti Berharap

28.4K 1.2K 231
                                    

🎶 Berhenti Berharap - Sheila On 7 🎶
Play this song while reading if you want. ❤️

***

"Tak ada lelaki lain dalam hati Hana selain abang."

Affendy terjaga dari tidurnya lagi dalam keadaan dirinya yang sedang menangis. Dia bangun lalu bersandar pada kepala katil lalu meraup wajah dan rambutnya dengan kasar. Affendy memandang ruang di sebelahnya. Kosong tanpa sesiapa. Sudah hampir empat bulan begitu. Selama itu jugalah tidak pernah ada satu hari pun dia tidak merindui Hana.

Setiap hari dia termimpikan Hana, membuatkan jiwanya semakin terseksa. Hari-harinya tanpa Hana di sisi adalah satu penyeksaan. Tidak ada satu hari pun dia tidak menyesali atas apa yang telah dilakukannya. Dan kerana keputusannya yang melulu itu, sehingga sekarang dia hidup dalam penyesalan. Tidak bahagia langsung walaupun cuma secebis. Kalau dapat diputarkan masa, sudah lama dia lakukannya. Pasti kini Hana masih berada dalam dakapannya.

Affendy mencapai bingkai gambar di tepi katilnya dan menatap sayu gambar itu. "Walau apa pun yang telah terjadi, ketahuilah sayang... abang sangat mencintai sayang. Sehingga hujung nyawa abang."

Affendy cuba melelapkan matanya semula dengan gambar Hana erat di dalam pelukannya tetapi dia tidak mampu. Dan deringan telefon bimbitnya yang berbunyi di tengah hening malam itu membuatkan matanya semakin celik. Nama pemanggil dilihat dan dahinya berkerut. Tanpa menunggu lagi, talian itu diangkat.

"Hello?"

"Hana dah bersalin, Syed." Lelaki di hujung talian itu berkata terus tanpa berselindung.

Affendy tersenyum hiba. Syukur, alhamdulillah. Dia sudah menjadi ayah. Kehadiran cinta hati yang sememangnya dinanti-nantikan oleh mereka berdua dahulu kini sudah lahir ke dunia.

"Baby boy?"

"Boy. Aku dah azankan tadi."

Affendy hanya mampu tersenyum sendirian. Dia yang sepatutnya melakukan tugas itu. Tetapi peluang itu sudah terlepas. Terlepas kerana keputusan yang telah dibuatnya.

"Macam mana dengan baby girl?" tanya Affendy perlahan. Tidak sanggup rasanya mahu menyebut dua nama yang telah dipilih bersama Hana dahulu. Dia rasa dirinya tidak layak. Lagipun, masih mahukan Hana meletakkan nama Syed Adam dan Syarifah Annisa pada anak-anak mereka?

"Janin dalam keadaan sempurna. Aku dah kebumikan siang tadi...."

Affendy memejamkan matanya rapat. Maafkan ayah, Annisa....

"Hana macam mana?"

Lelaki itu terdiam sekejap di hujung talian. "Teruk bro. Dia asyik menangis. Doktor kata takut dia meroyan kalau dibiarkan lama-lama macam tu."

Affendy membuka cermin matanya lalu diletakkan di atas meja. Pangkal hidung dipicit agar sakit kepalanya berkurangan. Kalau diikutkan hati, sudah lama dia meninggalkan semuanya di sini dan pulang ke pangkuan isteri yang pasti sangat memerlukannya sekarang. Tetapi dia tahu dia tidak boleh.

"Tolong jagakan Hana sementara aku tak ada, Am. Sediakan segala keperluan Hana dan baby. Aku akan bagi kau duit untuk semua tu."

"This is not about money, bro. Dia perlukan kau. Adam perlukan kau!"

Sekali lagi Affendy tersenyum. Adam. Nama yang pernah dipilih bersama Hana dahulu sekiranya mereka dikurniakan anak lelaki. Hana meletakkan nama itu kepada anak sulung mereka.

"Tengok-tengokkan Hana sementara aku tak ada. Aku minta tolong sangat, Am. Assalamualaikum."

Affendy terus mematikan talian. Dia menarik nafas dalam. Terasa sebu hatinya memikirkan Hana dan anak yang baru sahaja dilahirkan. Dia sepatutnya berada di sisi Hana, bukannya di sini. Dia sangat risaukan keadaan Hana.

Cinta Jangan Pergi ☑Where stories live. Discover now